Gred ‘A’ Bukanlah Segalanya

image

*Artikel ini diterbitkan dalam Majalah Solusi isu 58(Ogos 2013), namun terdapat suntingan dan pengubahsuaian daripada artikel asal ini.

Hakikat dalam realiti kehidupan hari ini, ‘pelajar’ dan ‘peperiksaan atau ujian’ tak dapat dinafikan sebagai mempunyai ‘hubungan yang erat’. Tatkala menyebut ‘pelajar’, maka ‘peperiksaan’ merupakan tajuk kegemaran ramai untuk diperbualkan.

Hakikat Kehidupan

Perkara yang sememangnya harus kita jelas ialah hakikat hidup ini yang merupakan suatu ujian. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan, untuk Dia menguji kamu semua, yang mana dalam kalangan kamu yang lebih baik amalnya. Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” – Surah Al-Mulk,  ayat 2

Daripada ayat di atas, jelaslah bahawa kita dihidupkan dan dimatikan adalah sebagai ujian bagi diri kita dalam tingkah laku dan amalan yang dikerjakan. Maka, dapat kita mengerti bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini adalah satu ujian, baik ujian kebaikan untuk bersyukur, atau ujian keburukan untuk bersabar. Salah suatu ujian besar dalam kehidupan ini adalah dalam soal menuntut ilmu dan mempratikkannya.

image

Tujuan Menuntut Ilmu

Kita secara umumnya telah sedia maklum tentang hakikat menuntut ilmu; yakni bahawa kita menuntut ilmu mestilah berniat ikhlas kerana Allah ‘Azza Wa Jalla, bukan dengan tujuan atau sebab lain sebagai sebab dan matlamat utama.

Maksud menuntut ilmu ikhlas kerana Allah Ta’ala ialah berhasrat menjadikan ilmu yang dipelajari untuk dimanefistasikan dalam mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan sahaja dalam sudut ibadah khusus, malah menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah melalui pelbagai aspek. Ilmu juga dimanfaatkan untuk membantu orang lain selain menjadi ‘aset’ penting dalam hidup kita.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ka’ab Bin Malik radiallahu anhu, bahawa bapanya berkata, “Aku mendengar Rasulullah Sollallahu ‘alahi wasallam bersabda”:

من طلب العلم ليجاري به العلماء أو ليماري به السفهاء أو يصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله النار

Maksudnya: "Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk berdebat dengan para ‘ulama(orang yang mengetahui ilmu tentang suatu bidang), atau untuk mempermainkan orang-orang bodoh, atau untuk mmengalihkan pandangan manusia kepadanya(demi mendapat pujian mereka), nescaya Allah akan masukkannya ke dalam neraka."

Hadis Riwayat Imam Tirmizi(2654), As-Suyuti(8840), Ibn Hibban(1/143); Dinilai gharib oleh Imam At-Tirmizi, sahih oleh Ibn Hibban dan hasan oleh As-Suyuti & Al-Abani –

image

Pembelajaran dan peperiksaan

Apakah matlamat utama peperiksaan dan ujian dalam kehidupan? Dalam satu pepatah yang berbunyi:

The difference between school and life? In school, you’re taught a lesson and then given a test. In life, you’re given a test that teaches you a lesson.”

Hakikatnya, peperiksaan bukanlah bermatlamat untuk menguji kebijaksanaan seseorang, membuktikan siapa pandai, siapa tak pandai, tetapi untuk menguji sikap, kemahuan dan disiplin kita, selain kefahaman dan ingatan kita terhadap apa yang dipelajari.

Orang yang mampu menjawab kerana faham dan ingat banyak, dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, merupakan orang yang secara umumnya baik disiplinnya, bagus disiplinnya dan jelas kemahuannya akan ilmu.

Namun, terdapat segelintir yang menjadikan peperiksaan sebagai matlamat utama, menuntut ilmu untuk peperiksaan. Habis peperiksaan, dibuang atau dijual buku dan nota dengan beranggapan tamat peperiksaan, tamatlah sesi pembelajaran dengan subjek atau ilmu berkenaan.

image

Ya. Kita akui peperiksaan itu penting bagi menjamin masa depan kita yang lebih cerah, tetapi peperiksaan bukanlah segalanya. Terdapat sebahagian pelajar yang kurang daya ingatannya, maka dia tidak mampu menjawab dengan baik seperti yang sebahagian pelajar lain, maka mereka mendapat gred ‘B’ atau ‘C’.

Namun, realitinya dia mungkin mempunyai sikap dan keperibadian yang lebih baik daripada mereka yang memperoleh gred ‘A’, membuatkan dia mungkin lebih mudah dapat kerja, atau kehidupannya lebih berjaya.

Kita yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan, melakukan usaha yang terbaik dalam menuntut ilmu dengan niat ikhlas, insyaAllah Dia akan mengurniakan kepada kita kejayaan dalam hidup di dunia dan di akhirat, meskipun bukan dapat ‘A’ dalam semua subjek.

image

Penutup

Sedarilah wahai insan yang bergelar pelajar, betulkan niat kita dalam menuntut ilmu. Fahamilah dengan jelas hakikat diri kita dalam menuntut ilmu. Ilmu hendaklah dituntut setiap hari, bukan pada musim peperiksaan, masa cuti dibiarkan kosong tanpa ilmu yang baru.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil terhadap hamba-hambaNya. Rezeki berada di tanganNya, bukan di tangan manusia. Dialah yang membahagi-bahagikan nikmat dan rezeki kepada kita. Usah dirisaukan jika ‘gagal’ memperoleh ‘A’ dalam peperiksaan kerana ia bukanlah segala-galanya.

Akhir kalam, semoga Allah Ta’ala sentiasa merahmati kita dan mempermudah segala urusan kita dalam hidup yang sementara ini. Amiin.

*Artikel ini dinaikkan semula, diterbitkan pada 14 Januari 2012

3 Responses to “Gred ‘A’ Bukanlah Segalanya”

  1. Benar Baim🙂

    Memang lumrah insani untuk hadapi naik turun semangat, yang bersangkut paut dengan iman.

    Allah menilai insan bukan atas apa yang dicapai, tapi usaha kitA yang gigih atas niat yang benar dan cara yang betul.

  2. nak maintain niat belajar ikhlas krn Allah tu sangat sukar jgak sebenarnye.. Hati manusia itu sentiasa berbolak balik, jadi mmg sukar nak jaga niat. Bukan dlm belajar je, perkara2 lain pun sama.
    Oleh krn belajar tu sukar+susah+payah+renyoh dan belajar krn Allah tu lg la Super sukar+susah+payah, maka Allah bg ganjaran pahala menuntut ilmu tu sama dgn jihad.

    Kan kamil? Kalau salah, sila2 la betuikan saya.🙂

  3. munirah i Says:

    Alhamdulillah, sy rasa post ni sgt terkesan dlm jiwa seorg pelajar. syukran atas peringatan sbg pelajar. sy setuju dgn post ini. teruskn usaha menjd dai’e yg berjaya , insyaAllah. May Allah Bless u. amiin.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: