Antara Suka, Cinta dan Couple

Tiga istilah dalam tajuk ini memang amat dekat dan sinonim dengan kehidupan remaja. Maklumlah pada peringkat usia remaja inilah benih-benih kematangan sebagai insan yang normal mula tumbuh dan membesar dan berkembang.

Sebagai seorang insan yang biasa dan mempunyai perasan, sudah jadi fitrah bagi seorang lelaki untuk tertarik dan mempunyai perasaan terhadap perempuan, begitu juga sebaliknya. Apabila seorang lelaki tertarik dan lakukan hubungan seksual dengan lelaki, atau wanita dengan wanita, maka ini sudah jelas menyanggahi fitrah yang Allah ciptakan bagi makhluk-Nya sama ada insan atau haiwan.

Bagi golongan remaja, istilah couple boleh dikatakan tidak asing lagi bagi kita. Bahkan seolah-olah sudah jadi trend atau budaya sebahagian pelajar yang anggap kononnya ia satu keperluan. Ada yang pernah bertanya aku, apakah pendapat aku tentang couple ni. Benarkah ia haram?

Hakikat Cinta

Rasa suka terhadap seseorang yang baik akhlaknya, baik budi pekertinya, malah mencintainya atas dasar keimanan kepada Allah adalah suatu yang biasa sebagai seorang manusia. Begitu juga jatuh cinta dengan seseorang yang berlainan jantina dengan rasa syahwat adalah suatu fitrah yang diciptakan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Bukan satu kesalahan untuk mempunyai perasaan ini. Namun, yang menjadi isu atau masalah adalah macam mana kita handle perasaan itu.

Di sebalik itu, tidak dinafikan juga ada situasi di mana terdapat orang yang berlainan jantina yang kita sekadar suka tetapi tiada langsung dalam fikiran kita untuk menjadikannya teman hidup, jauh sekali untuk melakukan hubungan seksual dengannya. Dalam erti kata lain, suka tidak semestinya cinta, tetapi kalau dah cinta mesti suka.

Bukan salah untuk mempunyai rasa cinta terhadap seseorang yang berlainan jantina, tetapi persoalan yang besar ialah bagaimana kita mengendalikan perasaan itu, atau bahasa mudahnya, apa tindakan kita selepas itu?

Tujuan Couple

Sebelum kita nak meletakkan hukum bagai, kita bahaskan root of the issue first. Apa sebab couple?

Ada yang berkata:Aku couple sebab dah aku sukakan dia. Lagipun nak booking orang yang aku suka tu. Bukannya kami selalu berjumpa dan berdua-duaan pun.

Persoalan yang ingin dibangkitkan; Kalau nak ‘booking, memang mesti couple ke? Kalau sekadar saling berjanji untuk setia sehingga disatukan dengan ikatan pernikahan, tak boleh?

https://i2.wp.com/www.psych.nyu.edu/couples/join/couple%20picture.jpg

Tinggalkan sebentar persoalan itu, kita masukkan satu lagi situasi.

Ada pula yang  berkata: Saya bercouple untuk dapat semangat dan inspirasi untuk belajar dan sebagainya. Bukannya pernah keluar bejalan bersama-sama pun. Setakat mesej saja. Call pun kadang2 tapi jarang sangat la. Takkan tak boleh?.

Persoalan yang ingin dikeutarakan; Perlukah couple untuk dapat sumber inspirasi dan semangat daripada orang yang kita cinta? Kalau sekadar berkawan sama seperti orang lain, ada bezakah?

Ini bab couple. Ada satu bab lagi iaitu abang, kakak dan adik angkat. Ini satu lagi cerita. Ada orang yang berangkat-angkat ini dengan alasan mereka sangat rapat seolah-olah mereka adik beradik kandung, saling membantu dan menjadi sumber inspirasi antara satu sama lain.

Perlukah letak status ‘official’ untuk couple atau berangkat-angkat ini? Adakah untuk mengkhabarkan kepada orang lain? Untuk bab couple, biar ia antara kita dengan si dia, tak perlu nak hebohkan seperti mana perlunya mengrahsiakan atau tak hebohkan pertunangan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Untuk bab angkat-angkat pula, cukuplah sekadar kita menggangap dia seperti abang atau kakak atau adik kita tanpa menjadikannya official untuk pengetahuan umum.

Aku Apa Cerita?

Ada orang pernah tanya aku sama ada aku ada awek atau kekasih. Nak tahu apa jawapan aku?

Hmm. Aku memang ada suka seorang sister yang pada pemerhatian aku memang layak dijadikan isteri tapi dia tak tahu perasaan aku tu dan aku juga tak tahu perasaan dia pada aku. Hee. Biar dia tak tahu. Aku pun tak tahu. Kalau aku  ditakdirkan oleh Allah untuk bersatu dengannya atas ikatan pernikahan, pasti ia berlaku. Jika tak, insyaAllahaku akan jumpa orng yang seperti dia atau mungkin yang lebih baik lagi”.

Sebagai insan yang beriman dengan Allah, kita wajib percaya dengan-Nya  bahawa Dia telah tentukan jodoh kita dengan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Maka sama-sama kita rajin berdoa kepada-Nya agar mendapat pasangan yang baik suatu hari nanti dengan syarat kita pun berusaha untuk menjadi baik juga.

Sumber inspirasi yang utama

Apabila kita berfikir dan merenung balik, siapakah yang lebih layak untuk kita bergantung harap dan menjadikannya sumber inspirasi dalam perjalanan kehidupan di dunia yang sementara ini. Adakah Tuhan atau manusia?

Tentu sekali kita dengan mudah akan menjawab Allah yang kita beriman dengan-Nya dan pasti akan kembali kepada-Nya. Dengan menjaga  hubungan dengan-Nya melalui solat, membaca Al-Qur’an, zikir dan ibadah-ibadah lain, semua ini menjadi sumber kekuatan dan makanan kepada ruh kita yang menjadikan kita tabah dan bersemangat untuk hidup.

Saban hari kita membacakan dalam surah al-Fatihah, “Hanya pada-Mu kami menyembah dan hanya pada-Mu kami mohon pertolongan” – QS1: 5

Kita diajar oleh Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam satu wirid yang digalakkan untuk diamalkan pada waktu pagi dan petang yang cukup syahadu dan mendalam maksudnya:

ياَ حَيُّ ياَ قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ اِلىَ نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ

Maksudnya: “Ya (Allah) Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri(Mengurus segala makhluk), dengan rahmat–Mu sahajalah aku mohon pertolongan. Oleh itu perbaikilah urusanku semua sekali. Janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata”  -  Hadis sahih, Riwayat Al Hakim(1/545), daripada Anas bin Malik radiallahu ‘anh

Maka, dapat kita fahami dengan jelas hakikat kebergantungan kita dengan Allah Ta’ala. Kita sangat memerlukannya. Bukan salah untuk kita mengharapkan bantuan dan sumber inspirasi daripada manusia, tetapi hakikat sebenar apa yang kita dapat ialah daripada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Dalam satu wirid lain yang juga digalakkan untuk diamalkan pada waktu pagi dan petang:

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، لَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ
 
Maksudnya: "Ya Allah, apa sahaja apa yang aku terima daripada nikmat atau diterima oleh seseorang dalam kalangan  makhluk-Mu, maka hakikatnya ia adalah daripada-Mu. Maha Esa Engkau tidak ada sekutu bagi-Mu. Bagi Engkau segala pujian dan bagi Engkau kesyukuran(dari seluruh makhluk-Mu)" – Hadis hasan, Riwayat Abu Daud(5073) dan Ibn Hibban(2361) ; daripada Abdullah bin Ghannam radiallahu ‘anh

Tidak salah untuk kita meminta kepada manusia, tetapi seperti yang kita sedia maklum, hakikat yang memberi adalah Allah ‘Azza Wa Jalla. Kalau Allah tidak mahu beri, maka tiada sesiapa dapat berikan. Ini jelas dalam sebuah hadith yang mana ia salah satu bacaan yang boleh kita amalkan dalam solat ketika i’tidal:

اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ

Maksudnya: "Ya Allah tidak ada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada pula yang dapat memberi apa yang Engkau halangi" – Hadis Riwayat Imam Muslim(477)

Persoalan pokok sekarang adalah macam mana kita meletakkan priority antara Tuhan dan makluk-Nya. Apabila kita berhajat akan sesuatu, maka yang terbaiknya adalah memohon kepada Allah dengan berdoa dan bersolat, kemudian barulah kita berikhtiar untuk meminta pertolongan manusia.

Nak Couple Juga?

Selepas berbahas agak panjang dan masih rasa nak couple, aku taklah nak kata nak couple, couple sajalah. Namun, kalau dah rasa sangat perlu juga couple ni bagi inspirasi untuk belajar ke apa, buat sajalah. Namun dengan syarat, hati dan perasaan tu mesti dijaga betul-betul lagi-lagi tindakan tu sebab tindakan berhasil daripada hati dan perasaan. Mampu ke? Kalau kata mampu, aku rasa korang ni bukan manusia yang normal. Pelik aku kata macam tu? Memang patut pun, sebab korang bukan normal.

Dalam usul fiqh mengikut kaedah ‘saddus zaraiq’, perkara2 harus yang boleh bawa kepada perkara yang haram adalah haram. Walaupun hukum couple ni tak dibincangkan oleh majlis fatwa, jauh sekali nak diwartakan atau digazetkan, tetapi jika kita couple dan mempunyai tendency untuk  melakukan zina, maka hukum couple dalam situasi kita memang jadi haram.

https://i0.wp.com/www.pahang-delights.com/images/pengantin-akad-nikah.jpg

Penutup

Cinta yang sejati adalah cinta kepada ALLAH. Justeru, kita perlu jaga sebaiknya hubungan kita dengan-Nya agar matlamat dan hala tujuan kehidupan kita sentiasa jelas dan terarah untuk pasti kembali kepada-Nya satu hari nanti.Walau bagaimanapun, itu sama sekali tidak menidakkan cinta sesama insan malah itu merupakan fitrah yang Allah ciptakan kepada setiap insan yang diciptakan-Nya.

Seorang lelaki memerlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya, untuk disatukan sebagai suami isteri yang sah seterusnya melahirkan zuriat. Namun, proses dan tindakan dalam merealisasikannya haruslah kena pada tempat, masa dan keadaan dengan petunjuk agama, bukan mengikut nafsu kita. Agama tidak menyuruh kita agar mengunci nafsu tetapi mengawalnya dengan baik. Nafsu juga adalah ciptaan Allah untuk insan. Seorang perempuan yang tidak ada nafsu takkan teringin dan sanggup untuk berasa seksa mengandungkan seorang anak. Betul tak? Hehe.

Ketaqwaan kepada Allah dalam hidup yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah perlu disemai dan disuburkan dalam cinta sesama insan. Jangan melampau atau obses dalam cinta sesama insan sampai abaikan cinta yang agung dan sejati dengan Tuhan sehingga sanggup korbankan harga diri, masa depan dan hidup kita.

Akhir kalam, semoga kita mendapat cinta sejati iaitu cinta ALLAH akan kita disamping cinta sesama insan. Akhirnya, sama-sama kita rajin mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah Sollalahu ‘Alaihi Wasallam yang merupakan doa Nabi Daud ‘alaihi salam:

  أَللَّهُمَّ، إِنِّي أَسْألُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ،  وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.  أَللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي، وَالْمَاءِ الْبَارِد

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu akan cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu dan amalan yang membawaku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cintaku kepada-Mu lebih daripada cintaku kepada diriku sendiri, keluargaku dan air yang dingin” – Hadis hasan, riwayat Tirmidzi, Hakim, Abu Nu’aim & Abu Qaani’ dari Abi Darda’ radiallahu ‘anh

*Artikel ini dinaikkan semula, diiterbitkan pada 30 Januari 2010

45 Responses to “Antara Suka, Cinta dan Couple”

  1. zoro-nah Says:

    saya suka dekat awak,bolehkah kita bercinta?

  2. faiz: haha. okay

    famiroe: artikel ni 3 tahun lepas. sekarang cerita dia dah lain😛

  3. famiroe Says:

    admin nk tnye sket..awk penah tepikir x nk ambl next step utk sister yg awk minat tu?..hehe

  4. baca semua komen, bukan sy kate ke admin, silap tulis..sory..komen tak habis..hihi

  5. susah bila org bukan ahli, bercakap psal agama..terpesong

  6. Nije: hehe. baru perasan kau komen.🙂

  7. mantap! hehe

  8. apa shaikh2 ni. hahah.

  9. mantop sheikh. thumbs up

  10. mantop sheikh. hahah

  11. Silakan untuk kongsikan dengan sahabat2 lain. kalau nak copy paste kandungan artikel ni, tolong sertakan link sumbernya. syukran.

  12. Salam..

    good article..
    blh saya share..?

  13. nur islam Says:

    “aku couple sebab dah aku sukakan dia…lagipun nak ‘booking’ orang yang aku suka tu..bukannya kami selalu berjumpa dan berdua2an pun..”. Kalau dah suka, memang mesti couple ke? Kalau nak ‘booking’ pun, memang mesti couple ke? Suka tak sama dengan cinta..suka tak bermakna cinta tapi kalau dah cinta sudah semestinya suka.Biasa la kita menyukai seseorang hatta sama jantina.barangkali sebab akhlaknya, keperibadiannya dan lain2.Kalau couple sebab suka, mungkin dalam sekelip mata saja akan suka kepada orang lain pula dan tak suka pula pada si dia yang pertama ni.

  14. Maksud Nazyha Zyha, cinta yang berputik hanya selepas disatukan dengan ikatan pernikahan?

    soal cinta ni sangat subjektif. ada orang mencintai seseorang tu dek pandangan pertama dan akhirnya ditakdirkan untuk bersama si dia itu sebagai teman hidup. maka, nak kata cinta selepas berkahwin yang terbaik adalah kurang tepat. bukan salah. tapi macam dikatakan la sangat subjektif mengikut individu.

    Statement tu reliable sebab jika cinta berputik sebelum berkahwin bisa menjerumus seseorang ke kancah dosa, lebih berbahaya sampai berzina. Na’uzubillah.

  15. bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik..hehe

  16. hamba Allah Says:

    penerangan yg mantap dan penuh isi,mampu menyedarkan kebenaran dan hakikat sebenar couple remaja masa kini…thumbs up!

  17. nabila amira Says:

    haha..seriously memang mantap..
    abg jew yg cte, saya nk cte jugak(padahal nh memang blog abg)
    whatever la~
    antara suka, cinta & couple
    orang yang saya suka-saya bebas bercerita apa saja walaupun hal peribadi saya..semua secret saya, dia tahu..macam best friend la jugak ktorg nh..saya suka dia sebab dia baek sangat ngn saya…
    orang yang saya admire-saya bahagia tengok dia bahagia dengan awek dia..
    orang yang minat saya-saya layan dia macam abang saya sebab dia pon dah ada awek..saya pon tak faham ape maksud dia minat saya padahal dia dah ada awek..saya selalu gak keluar ngn dia..kdg2 dia ajak jog tp area ukm jew la..

    apa pandangan abg kamil tentang tindakan saya??!ade pape advice??!

  18. jazakallahu khairan al-akh sheikh mu’adz. hehe..

  19. wahh.. bagos3.. pd pandangan sy, pape pun pemandangan kte perlu la djaga.. bak kte org dari mata turun ke aty.. I’Allah!! =D

  20. teruskan beramal!! =)

  21. silakan..silakan..boleh je share. kalau nak letak dkt blog ke apa, diharap sertakan sekali link ke post asal di blog ni ye. =)

  22. thanks. mohon share..bacaan yang baik untuk anak-anak remaja yang peel nya berubah bila dah mula bercouple..

  23. good title…

  24. wa’alaikumussalam. .
    thanks for the feedback given. =)

  25. eLly-rauDah Says:

    salam…support ur opinion…
    good article(^^)

  26. good article…=)

  27. zakiah Says:

    sedap sungguh bicara anta….masyaalah…syer sokong 100% kata2 anta….yep,uat ap nak bercuple…uat mse jek…lgpn…ble kite berduan..akn wjdlah orng ketiga.. iati syaithan..tol x>>? bleh x bg hujah utk mnlk kte2 nye…ada kwn syer kata, x semestinya couple tue dosa…mcm mner law orang couple secara islam…tp x taulah cara isalm yg dmksdkan cm ner…allahualam…

  28. nabilah Says:

    setuju!!may Allah bless🙂

  29. Thanks a lot! hehehe..insyaALLAH..

  30. A ggod article..Like dis..Very thought provoking..Keep writing!^^

  31. hehe..terima kasih..tggal di jejawi.

  32. bagus penulisan ni
    Perlis tang mana ?

  33. syukran jazilan.. ske yg ne..

  34. Huhuhu..memahami apa yg awk fikirkan?
    Apa yg dikatakan dlm artikel ni cuma apa yg saya rasa nak kata.
    Yup..masing2 boleh menilai tindak tanduk masing2 sama ada menjurus ke arah positif atau negatif..

  35. alhamdulillah, ada jgk remaja leleki y memahami ap y sy fikirkn. Allah berfirman supaya menjauhi zina.,, dan bg sy couple mmg mnjurus kpda zina bg sesape y tdk kuat iman.

  36. Hehe..terima kasih..
    huhu..

  37. stju sgt3..

  38. Oh…ex-SMKAA ke? hehe…ok..insya ALLAH…
    qualified to be semekarian? huhu..
    thanks for the opinion….

  39. totally agree wif u:)

  40. mawar wardah Says:

    nice blog…junior🙂 at last, i found somebody that qualified to be semekarian..keep up ur gud job…

  41. oh..yeke?
    artikel saya best? huhu..
    apa yg bestnya?
    Saya tak pernah couple tapi faham bab ni sebab pengalaman insan sekeliling yang ceritakan.
    hehe..

  42. umm..couple blh wt kte gle n skit hati..umm ku pernah dikecewa kn oleh insan istimewa..

  43. sy slalu bce atikel awk best lah..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: