Cerpen “Sebenarnya Saya Suami Dia” – Bahagian 1

Wajah Akmal kelihatan sayu menuju ke rumah sahabatnya di Taman Gelora, rumah di mana yang pernah dia duduki satu masa dahulu sebelum perubahan besar berlaku dalam kehidupannya.

Setibanya di rumah berkenaan, sahabatnya iaitu Adzam membuka pintu untuknya. Agak terkejut dengan wajah Akmal yang sangat berbeza daripada biasa, kejutannya sikit bertambah apabila Akmal bertindak memeluknya.Eh eh Akmal. Kenapa ni?”, tanya Adzam dengan nada yang rendah.
Sumaiyyah minta aku ceraikan dia”, kata Akmal dengan nada kekesalan.
Astaghfirullah. Takkan sampai macam tu sekali kot”, balas Adzam.
Dia siap cakap dia akan failkan kat mahkamah syariah untuk minta fasakh kalau aku enggan”, kata Akmal dengan suara yang perlahan.
Okay okay. Kau pergi ambil wudhu’ dulu, then solat kat bilik aku. Lepas tu kita cakap balik. Boleh?”, kata Adzam dengan senyuman.

Lantas Akmal pergi ke bilik air, mengambil wudhu’ dan pergi bilik Adzam seperti yang dinasihatkan. Airmatanya mengalir ketika sujud. Dia dapat merasai “pelukan” Tuhan ketika sujud itulah pelukan yang paling indah dan terbaik. Masalah yang menimpanya seakan hilang begitu sahaja, daripada berat seperti gunung bertukar menjadi ringan seperti kapas.

Ketika Akmal sedang menunaikan solat sunat taubat, Faiz dan Izham yang turut tinggal di rumah berkenaan pulang. Mereka berdua berasa gembira melihat motosikal kepunyaan Akmal berada di hadapan rumah mereka.

Eh Akmal datang eh? Mana dia?”, tanya Faiz kepada Adzam.
Ha’ah. Dia ada kat bilik aku. Tengah solat kejap”, jawab Adzam.
Oh ye ke. Rindu pula moments masa dia duk sekali dengan kita dulu”, kata Izham.
Tu lah. Sejak dia keluar dari rumah ikhwah, lain sikit rasa”, kata Faiz.
Aha. Korang bila lagi nak keluar?”, tanya Adzam.
”Eh. Halau kitorang pula abe zam kita ni”, balas Izham.
Bukan aku nak halau lah. Maksud tersirat aku, bila korang nak ikut langkah Akmal”, kata Adzam dengan senyum sinis.
Ai soalan tu rasanya aku tanya dekat kau lah zam. Bukan kau dulu plan nak nikah masa belajar. Aku tak pernah mention pun pasal ni. Ha. Jawab”, balas Faiz.
Betul betul betul. Aku pun sama. Ke soalan dia tu ada maksud tersirat ni. Haaaa”, balas Izham pula.
Ai korang ni. Tak pasal-pasal aku pula yang kena. Yelah. Kita cuma mampu merancang dan bertawakkal, namun Allah jua sebaik-baik perancang”, jawab Adzam.
Mantop! Macam Akmal cakap lah kan, pernikahan bukan matlamat, tapi alat. Bila nak nikah tu tak penting. Kan kan?”, balas Izham.
Kehidupan bukan sebuah novel”, kata Faiz.
Apa benda kau cakap ni, faiz?”, tanya Izham kehairanan.
Kita rancang hidup kita ibarat kita tulis kisah perjalanan hidup kita atau novel, padahal hakikat hidup ini bukan ditulis oleh manusia tapi Tuhan”, jawab Faiz.
Subhanallah. Nice lah Faiz”, kata Adzam.

Ketika mereka bertiga sedang asyik bersembang di ruang tamu, Akmal keluar dari bilik Adzam dengan wajah yang tenang dan senyum. Adzam tersenyum melihat wajah Akmal seperti itu, berbeza dengan ketika dia datang ke rumah mereka tadi. Izham dan Faiz sedikit kehairanan melihat Akmal dan Adzam, kedua-duanya tersenyum.

Allah. Shaikh kabir. Pakar maths. Suami mitahli!”, kata Izham.
Haha. Macam2 lah kau ni ijam. Tetiba rasa teringin nak duk sekali dengan korang balik”, balas Akmal.
Eh. Kau ni mal. Bukan tak boleh, tapi kau kan ada tanggungjawab sekarang ni. Tak boleh abaikan”, kata Faiz.
Macam mana dengan kes kau tu? Bila start bicara?”, tanya Izham.
Belum confirm lagi. Tapi lagi pening bila Sumaiyyah minta cerai”, kata Akmal.
Allah ye ke? Seriously? Takkan dia percaya kau buat benda tu?”, tanya Faiz.
Aku fikir tu bukan soal percaya ke tak. Tapi dia dilema tu. Yang paling penting sekarang, kau bagi dia ruang dan masa, mal, bagi dia cool kejap. Sambil-sambil tu doa dan istikharah kepada-Nya. Then, korang mesti duduk discuss sekali dan decide bersama apa yang korang rasa terbaik untuk masa depan korang”, kata Adzam.
Pergh. Dengar tu mal. Hehe”, kata Faiz.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah, mal. Masih ada harapan lagi. Lagipun korang baru lagi nikah kan”, kata Izham.
Tu lah. Orang selalu nampak atau expect nikah ni part yang bahagia, happy, romantik bagai je. Yang part dugaan, ujian yang bakal ditempuh tak fikir. Bukan aku refer kat kaut mal, in general lah ni”, kata Faiz lagi.

Ketika mereka berempat sedang berborak, datang seorang sahabat sekelas Akmal, iaitu Rafizi yang menyebabkan mereka terdiam seribu bahasa. Agak terkejut. Disebabkan perkara yang mereka sedang bualkan menjadi rahsia besar yang hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja.

Nasib Akmal ada kat sini. Kalau tak, tak pasal-pasal kita nak kena tipu”, bisik Izham kepada Faiz.
Eh Fizi. Ada apa datang sini?”, tanya Akmal.
Ni aku nak cakap sikit dengan kau ni”, jawab Rafizi.
Oh okay. pasal apa ni?”, tanya Akmal lagi.
Ada orang beritahu aku yang dia nampak kau jalan berdua-duaan dengan seorang sister kat Kuantan Parade hari tu. Apa cer ni mal? Siapa dia tu? Calon isteri? Kau lepasan sekolah agama, ada ilmu agama yang banyak daripada kami yang bukan sekolah agama. Tak kisahlah apa istilah pun, awek ke, kekasih ke, calon isteri ke, yang haram tetap haram, selagi korang tak bernikah. Aku tak cakap pun kau memang dah faham kan”, kata Rafizi dengan nada yang tinggi.
Macam ni. Biar aku jelaskan…”, kata Akmal sambil dipotong oleh Rafizi.
Kau nak jelaskan apa lagi, mal? Kau nak kata tu bukan kau?”, kata Rafizi.
Sebenarnya aku suami dia”, balas Akmal dengan senyuman.
What?!”, balas Rafizi dengan nada yang tinggi tanda terkejut besar.

Bersambung….

p/s: Klik sini untuk baca sambungannya

4 Responses to “Cerpen “Sebenarnya Saya Suami Dia” – Bahagian 1”

  1. Atas permintaan sebahagian orang, insyaAllah ada sambungan untuk bahagian ke-2 cerpen ni, yang akan disiarkan pada malam raya. Tungguuuu..

  2. Alfaqirah Smaai Says:

    cerita trgantung laa.. =,=” bwu smpy klimaks tu..

  3. haha. For the time being, the story stops here. Not to be continued.😉

  4. Nur Aza Atikah Says:

    lorhhh i’m waiting for what happen after this lah,,huhu

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: