Cerpen "Sebenarnya Saya Suami Dia" – Akhir

Bekas rakan sebilik Sumaiyyah di Mahallah Maimunah iaitu Asiah, ternampak Sumaiyyah sedang berdoa sambil mengalirkan airmata. Melihat keadaan Sumaiyyah seperti itu, Asiah teringat dia pernah menyatakan pandangan peribadinya agar Sumaiyyah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk bernikah ataupun tidak dengan Akmal, tetapi tidak bermaksud dia menafikan kebaikan peribadi Akmal.

Melihat kelibatnya di situ, Sumaiyyah terus pergi memeluknya. Mereka berdua menangis bersama. Tiada perkataan yang terkeluar daripada mulut mereka berdua, sehingga seorang lagi rakan sebilik Asiah, iaitu Fatimah balik ke bilik mereka.

Eh korang. Korang okay tak ni?”, tanya Fatimah.
Okay je. Cuma aku tak tahan pula bila tengok mai nangis”, jawab Asiah.
Serius aku rasa tawar hati lah Timah”, kata Sumaiyyah dengan nada yang rendah.
Maksud kau mai? Kau betul-betul nak cerai dengan Akmal?”, tanya Fatimah lagi.
Ha’ah”, jawab Sumaiyyah dengan ringkas.
Kau tak nak bagi peluang dekat dia ke? Atau tak percaya dia teraniaya dalam kejadian tu?”, tanya Asiah pula.
Entahlah As. Aku rasa aku percaya kat dia, tapi hati aku tetap rasa nak cerai”, jawab Sumaiyyah.

Rafizi yang terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Akmal, berasa amat kecewa dengan tindakan Akmal yang merahsiakan pernikahannya daripada pengetahuan mereka sekelas.

Dia terus pulang tanpa mendengar penjelasan lengkap daripada Akmal. Akmal cuba memanggilnya tapi dia tak mengendahkannya dan terus kembali ke Mahallah At-Tabari.

Fasobrun jamil ya akhi”, kata Adzam.
Ujian yang hebat hanya untuk orang yang hebat mal”, kata Faiz pula.
Kami sentiasa sokong kau mal. Rasul dan orang-orang bersama mereka diuji hebat, untuk tengok sejauh mana tinggi iman dan kebergantungan diorang dengan Allah”, kata Izham.
Thanks guys. Syukur dapat sahabat macam korang”, kata Akmal dengan senyuman.
Kitorang pun sama mal. Tak pernah lekang dengan senyuman. Hehe”, balas Adzam.
Hohoho. Betul betul betul”, sampuk Faiz dan Izham.
Jom g bazar Ramadhan? Ingat nak iftar(berbuka) dengan korang. Sumaiyyah g tumpang bilik classmate dia sejak semalam”, ajak Akmal.

Hampir seminggu berlalu, Akmal dan Sumaiyyah masih tidak berjumpa selepas kali terakhir mereka bertemu di Café Kulliyyah of Pharmacy.

Ramadhan kian beransur pergi, Syawal pula akan kembali. Akmal menghubungi Sumaiyyah untuk mengajaknya berbuka puasa bersama, selain berbincang tentang masa depan hubungan mereka sebagai suami isteri.

Saya nak awak nikah dengan Afifah tu”, kata Sumaiyyah.
What? Sayang nak abang nikah dengan dia? Abang tak nak. Abang tak yakin abang mampu berlaku adil kepada korang berdua”, balas Akmal.
Abang nikah dengan dia, tapi ceraikan saya dulu”, kata Sumaiyyah yang membuatkan Akmal sangat terkejut.
Tapi kenapa? Takkan sayang tak percaya abang dianiaya?”, tanya Akmal.
Saya percayakan abang. Tapi saya rasa ini yang terbaik untuk kita lepas istikharah dan istisyarah. Tolong terima keputusan saya, kalau abang masih sayangkan saya”, jawab Sumaiyyah sambil menitiskan air mata.

Akmal terima keputusan Sumaiyyah dengan hati yang terbuka. Dia juga menerima lamaran Afifah yang sebelum ni tergila-gilakannya sehingga sanggup menculik dan menidurinya, malah sengaja memberikan maklumat kepada pihak jabatan agama tentang perbuatannya tetapi dengan informasi yang diputar belit, agar mereka berdua tertangkap dan Akmal terpaksa bernikah dengannya.

Namun, Akmal dengan tegas semasa itu tidak mahu bernikah dengannya, malah berkata mahu berjuang di mahkamah dengan memberikan kenyataan bahawa dia diculik dan difitnah oleh Afifah.

Akhirnya, keputusan Akmal tersebut ternyata menggembirakannya yang berumur 27 tahun, lebih tua 6 tahun daripada Akmal. Ibu bapa Akmal yang berada di Perlis, terkejut dengan apa yang berlaku tetapi mereka redha dan restui untuk Akmal bernikah dengan Afifah.

Kau ni memang bikin panas lah mal. Kitorang ni terkejut bila dapat tahu daripada Rafizi kau dah nikah. Tengok-tengok cerai, lepas tu nikah lagi pula. Kau ni legend. Serius legend”, kata Aiman, bekas rakan sebilik Akmal sebelum dia berpindah ke rumah di Taman Gelora itu.
Hehe. Aku langsung tak pernah jangka semua benda ni nak jadi lah man”, kata Akmal.
Rasa bersalah aku tak hilang lagi lah kat kau mal”, kata Rafizi.
Relax bro. Prinsip hidup aku, kalau ada orang buat kat aku, aku serahkan kat Allah untuk balas. Kau sedar silap kau, Dia Maha Pengampun”, kata Akmal lagi.
Eh. Kes kau tu apa cer?”, tanya Aiman.
Alhamdulillah. Mahkamah dah tutup kes, dan perintahkan dia bayar denda dan kos pengurusan”, jawab Akmal.
Best lah raya dengan isteri baru tu, dah lah kaya”, kata Rafizi.
Betul betul. Jealous kitorang tengok. Tahun depan dengan anak pula. hoho. Raya kat belah family dia kat Kuantan ni or dengan family kau dulu?”, kata Aiman.
Mesti belah family aku dulu. Family aku nak jumpa dia”, kata Akmal.
Kau jampi ke apa ha sampai dia berubah jadi macam tu?”, tanya Rafizi.
Eh eh kau ni fizi. Mentaliti kemelayuan! Hoho. Gurau je. Ada orang yang masuk syurga kerana dosa, tapi of course dengan rahmat dan izin Allah”, kata Akmal tetapi dipotong oleh Rafizi.
Apa?”, kata Rafizi
Kejap kejap. Bagi habis ayat dulu. Tu lah. Trend dengar sekerat-sekerat pastu sesatkan orang. Hehe. Gurau versi 2.0. Maksudnya orang tu buat dosa dan dia sangat menyesal, buatkan dia nak berubah jadi baik, dengan tu Allah bagi hidayah kat dia”, jelas Akmal.

Berakhirnya sudah Ramadhan, hari kemenangan untuk diraikan. Hari raya kali ini sangat bermakna bagi Akmal kerana ia lain dari yang lain. Malah, dugaan yang menimpanya sepanjang Ramadhan sangat mengajarnya erti hidup yang sebenar. Keluarga dan saudara mara Akmal gembira melihat kelibatnya dan isterinya di kampung mereka di Perak.

Selamat hari raya abang. Abang, sayang nak minta maaf atas apa yang sayang buat dulu. Maafkan sayang ea”, kata Afifah sambil mengalirkan airmata.
Ish ish. Tak perlu minta maaf, sayang. Abang dah maafkan lama dah. Jangan menangis, nanti tak cantik isteri abang. Hari raya kan hari kemenangan, hari bergembira, bukan hari sedih sedih”, kata Akmal dengan senyum lebar.
Terima kasih abang. Semoga Allah terima amal kita”, kata Afifah sambil mencium tangan Akmal, dibalas dengan kucupan Akmal di dahinya.

Ketika itu, keluarga Sumaiyyah datang ke rumah datuk Akmal di Kuala Kangsar, Perak. Kedatangan mereka jelas mengejutkan Akmal kerana mereka langsung tidak memberitahunya akan niat mereka untuk berkunjung ke rumah datuknya.

Dia juga risau kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku dan mencemarkan kesucian hari lebaran itu. Afifah tersenyum melihat gelagat suaminya yang lain macam seperti itu.

Apa khabar abi? Kenapa tak beritahu kata nak datang? Hehe“, kata Akmal sambil mencium tangan Bapa Sumaiyyah.
Memang abi saja tak nak beritahu Akmal. Nak buat surprise“, kata Bapa Sumaiyyah.
Hoho. Memang surprise abi. Memang surprise“, balas Akmal.
Abang, sayang yang jemput diorang datang sini“, kata Afifah.
Apa? Sayang yang jemput? Eh. Apa maksud semua ni haa?“, tanya Akmal kehairanan.
Mai mengandungkan anak kamu, mal. Abi minta mai pertimbang untuk rujuk balik dengan kamu dan harap kamu terima“, kata Bapa Sumaiyyah.
Tapi abi….“, kata Akmal tapi dipotong oleh Sumaiyyah.
InsyaAllah, saya percaya abang mampu berlaku adil. Umur bukan pengukur kematangan. Yang penting abang buat yang terbaik, memang abang akan lebih sayang saya atau fifah, tapi tu hak abang dan kami hormati“, kata Sumaiyyah dengan memandang tepat ke arah mata Akmal untuk menyakinkannya, Akmal memandang Afifah dan Afifah hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan Sumaiyyah.
Sebenarnya saya suami dia, dan saya juga suami awak!“, jerit Akmal dan dibalas dengan gelak ketawa oleh mereka semua yang berada di sana.

:: TAMAT ::

Selamat hari raya daripada bakal pengantin. hee

p/s: SELAMAT HARI RAYA ‘IDULFITRI kepada para pengunjung blog ini. Semoga Allah menerima amalan daripada saya, juga daripada kalian. Amiin.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: