Nikah Semasa atau Selepas Tamat Belajar?

Pada pemerhatian dan pendapat peribadi, Hari Raya ‘Idulfitri tahun ni sangat menarik berbanding kebiasaan. Sebab apa? Topik berkaitan nikah sangat hangat diperkatakan, bahkan mendapat liputan akhbar-akhbar arus perdana di negara ini. Bermula dengan bab nikah masa belajar atau lepas habis belajar, isu hantaran yang mahal dan harga diri wanita dan keluarga, monogami vs poligami, punca bilangan kes penceraian tinggi dan sebagainya.

Aha. Tujuan post ni bukan nak bahaskan dengan begitu ilmiah tentang topik ni, tapi lebih kepada komen peribadi secara ringkas dan santai daripada apa yang fikir saja melalui pengetahuan diri yang terhad dan sikit ini. Ehe.

Pertama sekali, soalan yang sangat kerap ditanya kat aku: “Bila kau nak nikah ni?”, Baik. Untuk pengetahuan sema, memang aku plan nikah tahun depan. Ulang lagi sekali, plan! Aha. Namun, kita percaya dan yakin bahawa Allah jualah yang tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dialah sebaik-baik planner. Kita hanya usaha atas ijtihad/keyakinan diri diiringi doa & tawakkal.

Ada dalam kalangan golongan anak muda yang selalu ulang pendiriannya: “Aku akan bernikah lepas graduate!”, tapi akhirnya dia pula yang nikah dulu dan semasa belajar pula tu. Pelik? Tak. Pendirian boleh berubah dalam sekelip mata. Ada yang terbalik, asalnya jadi pejuang nikah semasa belajar, akhirnya dia bernikah selepas tamat belajar dan sudah bekerja lamanya. Mungkin sebab banyak masalah yang timbul dalam proses nak bernikah.

Tak kurang juga, ada yang plan dia jadi kenyataan, sama ada plan tu nikah semasa belajar atau selepas belajar. Alhamdulillah, baguslah kalau begitu, kan?

Walau apapun yang berlaku, sama ada ikut plan ataupun tidak, kita harus redha, syukur dan sabar. Ai. Cer tengok banner blog aku kat atas nun, antara perkara penting(bagi aku) yang mesti kita ingat dan berpegang: Those who believe in Allah realize that everything happens for good reasons. Hu.

Apabila kita berbahas tentang topik nikah ni, antara benda yang penting ialah cara kita pandang nikah tu, dan ia mesti dilihat dari pelbagai sudut dan perspektif. Kita mesti elak daripada terbelenggu dengan perang persepsi, dogma dan trend masyarakat melalui drama-drama di TV, kisah-kisah dalam novel, diskusi di laman sosial dan sebagainya.

Perkara pokok yang mesti dibahaskan atau difikirkan apabila bercakap soal nikah ialah niat dan tujuan nikah tu sendiri. Apa goal kita? Kenapa kita nak sangat nikah? Sebab terikut ramai orang atau sahabat sendiri? Nafsu kuat sangat? Atau apa?

Kalau goal yang kita letak dalam mindset kita tu tercemar atau corrupted dengan unsur-unsur negatif walau sikit, tidak peliklah kalau rumah tangga yang didirikan tak bertahan lama, walapun pasangan berkenaan dipandang sebagai orang yang soleh dan solehah.

Dulu aku berpendapat, orang yang hendak bernikah, kena penuhi beberapa syarat dan ciri-ciri yang sama-sama kita boleh bahaskan. Namun, pendirian aku kini berubah, setelah melihat situasi semasa dan membaca atau mendengar pengalaman rumah tangga orang lain.

Ada orang yang jenis mudah belajar secara praktikal berbanding teori, menyebabkan apabila dia bernikah dalam keadaan tak bergitu bersedia dari sudut ilmu dan kewangan, rumah tangga yang didirikan dapat bertahan walaupun banyak sangat masalah yang menimpa pasangan ini. Bahasa lain dia, sanggup belajar daripada pengalaman dan kesilapan, serta bersabar dengannya.

Sebaliknya, berapa ramai pula mereka yang dikatakan bersedia tetapi akhirnya bercerai disebabkan masalah yang timbul, walaupun mereka memang saling mencintai? Okay. Bab statistik penceraian dan sebagainya tu kita letak tepi. Bukan tak signifikan, tapi benda tu hanya sebagai supporting details atau side-arguments je.

Maka, aku berpendirian, isu dalam mendirikan rumah tangga bukanlah nikah awal atau lambat, tetapi sejauh mana kita pandang, fikir dan faham hakikat nikah tu.

Soal layak atau tidak, bersedia atau tidak, diri sendiri yang kena jawab, selepas istikharah memohon petunjuk-Nya yang Maha Mengetahui atas segalanya, selain consider pendapat ibu bapa tercinta dan sahabat handai yang rapat. Pernikahan bukan melibatkan dua orang saja, tapi juga dua buah keluarga besar.

Tuntasnya, setiap orang menjalani kehidupan dalam corak yang unik. Ulang lagi sekali, unik! Aha. Jadi, setiap orang diuji sesuai dengan corak kehidupan yang dilaluinya. So, please avoid generalize things. Tak kiralah nak kata nikah muda bagus, atau nikah lambat lebih menjamin kebahagiaan. Senang kata, jangan kita sibuk nak berasa jadi ‘tuhan’. Sebab bermasalah dalam berfikir, menyebabkan benda kecil pun jadi besar, serta kita sibuk benor dengan benda yang tak ada kena mengena dengan kita.

InsyaAllah, perkara-perkara yang aku bebel tadi akan diterjemahkan dalam drama “Sebenarnya Saya Suami Dia” di blog aku bermula lusa, 16 Ogos 2013, disiarkan setiap Jumaat jam 9.15 malam, selang seminggu, dengan 25 episod. Baca yo! Moga Allah redha.

Winking smile

2 Responses to “Nikah Semasa atau Selepas Tamat Belajar?”

  1. Saya ingin menjawab dengan dua bentuk jawapan dari sudut yang berbeza.

    Pertama, saya mengiyakan kenyataan saudara. Sebabnya saya berhasrat bernikah dalam tempoh setahun. Maka ia jadi sesuatu yang besar bagi hidup saya. Doakan ia jadi kenyataan. Selain itu, saya ingin mengubah sudut pandang dan gaya pemikiran golongan muda terhadap hakikat pernikahan ini ke arah lebih matang dan berilmu. Bukan tenggelam dalam permainan emosi dan syok sendiri.

    Kedua, saya ingin menafikannya. Artikel ni ditulis tiga bulan yang lalu semasa isu kos perkahwinan yang mahal hangat diperkatakan dalam media massa. Drama Sebenarnya Saya Suami Dia di blog ni juga tidaklah memfokuskan kepada isu pernikahan jikalau saudara mengikutinya, hanya tajuk yang seakan membesarkannya. Status FB atau tweet saya juga jarang sekali bercakap soal pernikahan.

    Harap menjawab persoalan saudara. Semoga Allah Ta’ala sentiasa meredhai kita dan mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini. Amiin.
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

  2. Boleh saya tahu, sebagai mahasiswa, mengapa topik kahwin sangat mendapat tempat di hati saudara?

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: