Drama “Sebenarnya Saya Suami Dia”– Episod 1

Oh so sweet”, “Suami soleh, isteri solehah, baitul muslim yang berjaya!”, “Bercinta biar sampai ke syurga”. Amboi. Macam-macam ye yang akan terlintas dalam fikiran kita tatkala topik nikah dibangkitkan. Ala. Siapa tak suka cakap pasal ni kan? Eh. Ada yang tak suka? Tahu. Memang ada yang tak suka. Betul ke ada? Fikirlah sendiri. Tak penting pun. Eh. Eh. “Dah bertanya, tak nak jawab pula”. Aku memang suka tinggalkan persoalan untuk galakkan orang berfikir. “Ooooo gitu ke

Hai. Eh. Silap. Assalamu’alaikum. Aku Kamil. Orang panggil aku Mr Ordinary Guy. Eh. Silap lagi. Aku gelarkan sendiri. Koh koh koh. Marah ke aku bebel ni? Jangan marah, nanti tak cantik atau tampan sahabat aku seorang ni. Hee. Aku narrator untuk cerita merepek ni. Eh. Merepek? Tak. Tak! Saja cakap. Hampa judge sendiri cerita ni bagus ke tak. Kalau aku sendiri komen, mesti aku kata cerita ni boleh difilemkan, bajet box office gitu.

Okay. Bye. Lagi banyak cakap, lagi banyak salah. Kan. Kan? Aha. Jom tengok apa yang jadi. Kan silap lagi. Jom baca.

Akmal: Sayang. Abang nak nikah lagi boleh tak?
Sumaiyah: Amboi. amboi. Kuat benor nafsu ye bang. Kalau ayang kata tak boleh camne?
Akmal: Ala. Tanya je lah. Bukan nak nikah pun. Calon pun takde. Sape lah nak kat abang kan.
Sumaiyah: Ehem. ehem. Suami aku seorang ni memang nak main psiko betul.
Akmal: Sayang tahu kan, abang plan nak sambung bidang psikologi lepas grad degree maths nanti?
Sumaiyah: Tahuuu. Abang ada mention kat blog tu kan? Nak ambil 3 degree kalau boleh. kan?
Akmal: Wah. Sayang follow blog abang dari dulu ke? Terharunyee.
Sumaiyah: Eeee. Baru je lagi.

Amboi. Sakan suami isteri ni borak borak ye. Eh. Depa kat mana sebenarnya ni? Sebernarnya…

Adzam: Ohoi, mal. Bangun, mal! Dah maghrib ni.. Mende tido petang2 ni. Ish.
Akmal: Err. Err. Maghrib? Dah azan ke?
Adzam: Baru je habis azan 55 saat yang lalu.
Akmal: Ai. Accurate nye masa kau.
Adzam: Hoho. Well. Kau mimpi mende haa, mal?
Akmal: Eh. Takde pape lah. Biasa biasa je.
Adzam: Ye ke? Nampak macam senyum, lain macam je. Tak payah nak sembunyi dengan aku lah.
Akmal: Aku mimpi aku dah kahwin.
Adzam: Haha. Nice. Tu macam petanda dah dekat je. Kan kita discuss dulu, letak timeline nak kahwin dalam setahun setengah.
Akmal: Tu lah. Kau jangan cerita kat sesapa je lah tahu. Ni rahsia kita berdua.
Adzam: Bereh. Don’t worry, mal.

LOL. Mimpi rupanya si Akmal ni. Apa kejadah tidur lepas asar? Oh. penat sangat kot. Sangka baik. Heh. Siapa pula tiga orang ni. Oh. Tadi dah jumpa Akmal, ni bakal isteri dia pula, Sumaiyah. Eh. Memandai je aku cakap.

Asiah: Kita ni asyik sibuk dengan benda yang kurang penting je kan, mai?
Sumaiyah: Maksud hampa apa?
Fatimah: Kami rasa As maksudkan bab nikah pe. Kan la ni hangat isu Mesir.
Asiah: Pandai timah. Memang faham apa kami nak cakap. Hehe.
Sumaiyah: Mana tak ramai cakap bab tu. Dah TV duk tunjuk cerita tu, baca surat khabar pun berita pasal kahwin ni banyak. Last last, ramai dah kena virus dunia kahwin fantasi.
Fatimah: Okay. yang ni kami tak berapa nak faham. Please elaborate it, mai.
Sumaiyah: Media kita ni problem kot, buat orang kita jadi problem dalam nak fikir. Kekadang macam orang bodoh je tengok.
Asiah: Amboihh. Kasaq noo ayat hampa.
Sumaiyah: Haha. Ayat terus terang. Ada yang pandang nikah tu part best, sampai macam tak nampak yang tak best. Ada yang terbalik. Last last, haru biru jadinya. Yang nikah, cerai pulak. Yang tak nak nikah, jadi andartu lah.

Apasal macam matang je 3 orang akhawat ni.  Akhawat? Tak faham? Akhawat tu plural atau jama’ untuk ukht – saudara perempuan. Jom kita patah balik, apa cerita kat rumah ikhwah tadi tu memalam buta ni. Ikhwah pulak dah. Ikhwah tu saudara lelaki, tapi dalam bahasa arab, kira termasuk perempuan juga.

Izham: Esok turun KL jom?
Muaz: Buat pe? Demo kat kedutaan Mesir?
Izham: Haah. Yo lah. Apa lagi kan.
Faiz: Aku ada kelas pack kot esok. Takkan nak ponteng kot.
Akmal: Tak perlu kot sampai macam tu.
Adzam: Setuju dengan mal.
Izham: Alaaa. Korang. Bukan selalu.
Adzam: Memang bukan selalu. Tapi kita fikir priority kita. Memang Mesir isu besar untuk umat. Tapi study pun penting. Kalau memang free, ke kelas cancel, tu lain cerita.
Muaz: Kami budak medic ni, kalau sehari miss kelas, hui. banyak kot nak kena cover balik.
Faiz: Kau takde kelas ke, ijam?
Izham: Takde. Cancel. Tapi weekend ni ganti balik.
Akmal: Kalau gitu, kau g sorang2 lah ijam. Hoho. Gurau je.
Izham: Sampai hati. Huh. Camni ikhwah. Eh. Dah lewat malam. Jom tido. Nanti bangun qiam, doa untuk diorang kat sana.
Akmal: Aku ada kerja sikit lagi ni, nak taip.
Adzam: Bila nak siap karang buku kau ni?
Akmal: Entah. Hoho. Tapi ni bukan nak taip untuk buku, untuk blog.
Muaz: Blog? Apa? Cerita kat blog hang pasal nikah tu eh. Apa nama entah?
Faiz: Sebenarnya Saya Suami Dia. Perghh. Tajuk.

Eh. Apasal sama tajuk dengan cerita ni? Haha. Suratan atau kebetulan? Aih. Tiada kebetulan melainkan itu takdir kehendak Ilahi. Hu. Ayat. Marah ke narrator cakap banyak? Silap. Taip banyak. Takpe. Next episode tak cakap banyak dah na. Silap lagi. Itulah manusia namanya.

Akmal: Jap. Ada mesej whatsapp. Nombor sape pulak ni. (Membaca mesej yang diterima…..) Allah!
Adzam: Kenapa, mal?
Akmal: Oh. Tidak!

Bersambung…

p/s: Drama ini disiarkan setiap Jumaat jam 9.15 malam, selang seminggu. Episod seterusnya insyaAllah disiarkan pada 30 Ogos 2013. Tungguuu.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: