Isu Mesir: Iktibar Daripada Kisah Nabi Musa

Oleh: Prof Hafidzi Mohd Noor

Kita umat Islam khususnya dan manusia sejagat yang mempunyai rasa perikemanusiaan menyatakan rasa dukacita yang amat sangat ke atas saudara-saudara se iman yang dizalimi dan dibunuh dengan sewenang-wenangnya di bumi anbiya’ – bumi Mesir. Sudah ramai rakyat Mesir termasuk wanita dan kanak-kanak yang sudah terkorban syahid. Bilangan yang tercedera sudah menjangkau lebih dari ribuan orang. Kini, berapakah pula bilangan umat Islam yang terkorban syahid akibat perbuatan kelompok zalim dan tidak berperikemanusiaan ini?

Apa yang amat menyedihkan ialah umat Islam di Mesir dibunuh tanpa belas kasihan oleh tentera Mesir sendiri. Apakah jenayah mereka sehingga diperlakukan dengan begitu biadap. Bukankah tugas tentera ialah menjaga keselamatan negara dari pencerobohan musuh dan anasir luar. Dalam situasi Mesir sudah tentulah musuh utama yang paling hampir menjadi ancaman kepada keselamatannya ialah Israel. Namun apa yang berlaku sejak tarikh Presiden Morsi digulingkan, tentera nampaknya lebih berminat untuk menjamin keselamatan Israel dengan membunuh rakyatnya sendiri.

Kenapa General Abdul Fattah As sisi sanggup mengerah tentera untuk bertindak bukan sahaja di luar batas syara’ (Islam) bahkan melampaui batas kemanusiaan, apapun prinsip dan dasarnya. Tindakan kebinatangan ini meletakkan kelompok yang menyokong kudeta ke atas Presiden Morsi dan kerajaan beliau yang sah berada semakin jauh terperosok ke dalam kesalahan jenayah yang dilakukan.

Allah SWT mengingatkan kita di dalam al Quran tentang kesah Musa a.s. yang berhadapan dengan kekuasaan Firaun. Firaun telah melakukan kezaliman yang tidak terperi di bumi Mesir.

Firman Allah SWT:

clip_image001

Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu”Al-Baqarah QS2:49

Firaun telah mengerahkan pasukan perisik dan bala tenteranya untuk memburu anak-anak Bani Israel dan membunuh mereka. Firaun berusaha untuk menghapuskan keturunan Bani Israel yang dibimbangi akan melenyapkan kekuasaan di atas muka bumi.

Namun Allah SWT maha berkuasa untuk menghapuskan kezaliman Firaun dengan cara-cara yang tidak disangka sama sekali oleh manusia.

clip_image002

"Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini

clip_image003

"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:

clip_image004

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu”

Allah yang akan memelihara agama Nya. Perhatikan bagaimana Musa a.s. yang diburu oleh Firaun langsung dihantar oleh Allah SWT kepada Firaun itu sendiri di dalam bakul bayi yang dihanyutkan ke hilir Sungai Nil. Pastinya Firaun yang berhasrat untuk menghapuskan kaum lelaki Bani Israel tidak akan teragak-agak untuk menghapuskan bayi lelaki yang ditemuinya.

Tetapi sebaliknya bayi lelaki yang tidak berdaya itu di selamatkan oleh Allah dengan pandangan kasih seorang wanita. Isteri Firaun yang melihat bayi itu lantas jatuh hati kepadanya dan melindungi Musa a.s. dari disakiti oleh Firaun. Cuba renungkan bagaimana kelembutan seorang wanita melindungi Musa a.s. dari seorang Firaun yang amat keras hatinya yang tidak ada belas kasihan sedikitpun tersisa di hati.

Hari ini kita berkenalan dengan seorang Firaun di zaman ini dan bala tenteranya yang tidak ada sedikitpun rasa bersalah ketika mereka menala senjata dan membidik tepat untuk membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata. Firaun yang dihantar kepada kita pada hari ini melampaui kezaliman yang dipamerkan oleh Firaun klasik di zaman Musa a.s.

Apakah mereka menyangka perbuatan mereka tidak diperhatikan oleh Allah. Allah yang sama yang menyelamatkan Musa a.s dan menghantar baginda kepada Firaun adalah Allah yang sama yang sedang menyaksikan dan memantau apa yang berlaku di medan Rabaah dan di seluruh bumi Mesir. Allah yang sama yang mengazab Firaun adalah Allah yang sedang memerhatikan setiap tindak tanduk As Sissi dan bala tenteranya.

Tidak ada yang terselindung dari pengetahuan Allah. Semuanya dirakamkan dengan penuh sehingga tidak ada ruang untuk berlepas diri dari setiap kezaliman yang mereka timpakan ke atas rakyat Mesir. Mereka akan diadili dengan sangat teliti dan keras.

Allah SWT berfirman:

clip_image005

clip_image006

clip_image007

clip_image008

clip_image009

“Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)”

Allah SWT kemudian membinasakan Firaun dan segala alat-alat kekuasaan dan kebesarannya:

clip_image010

Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. – Al-Baqarah QS2:50

Rakyat Mesir yang sedang dizalimi berada di dalam kebenaran. Mereka akan dibela oleh Allah dan dimuliakan atas pengorbanan mereka. Sebahagian besar dari mereka insyaAllah dikurniakan syahid yang didambakan oleh semua manusia yang beriman dengan Allah, RasulNya dan hari kemudian.

Persoalan kini ialah bagaimana dengan sikap dan tindakan kita terhadap saudara kita di Mesir. Apakah pantas untuk kita hanya berdiam diri. Apakah kita hanya memerhati tanpa iman kita tidak terusik sedikitpun. Di manakah hendak kita letak hadis Nabi SAW.

Umat Islam ibarat satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak bolih tidur malam

Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat ini maka ia bukan dari kalangan mereka

Sesungguhnya umat Islam pada hari ini sedang diuji oleh Allah SWT. Allah paparkan ulangan sejarah silam di depan mata untuk menilai mirip siapakah sikap kita? Apakah kita akan bersama dengan pendukong kebenaran dan menyatakan al Hak sebagai al Hak meskipun seluruh dunia berusaha untuk menghancurkannya. Musuh-musuh Islam pada hari ini bersatu hati untuk mempersempit perlaksanaan Islam dalam kehidupan dan sistem pemerintahan. Israel, Amerika Syarikat, Arab Saudi, negara-negara Teluk dan golongan secular-liberal dari sisa-sisa pemerintahan Mubarak berusaha untuk menamatkan pemerintahan soleh yang berdiri di atas akhlak dan prinsip Islam. Mereka tidak mahu Mesir bahkan mana-mana bumi Allah ini di tadbir oleh Islam dan pendukong-pendukongnya yang ikhlas. Namun Allah SWT akan tetap menyempurnakan agamanya.

clip_image011

Maksudnya: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”As-Saff QS61:8

Maka kita menyeru mereka yang memegang tampuk-tampuk kekuasaan di persada Islam ambil lah pendirian yang menepati ruh al Quran dan jalan kemuliaan yang dilalui oleh para Rasul dan mereka yang mengikuti jalan-jalan itu. Bersuaralah supaya kezaliman dan kebejatan ini dihentikan.

Sanggupkah kalian melihat darah saudara-saudara kamu terus dialirkan dengan begitu murah. Ambil lah apa juga langkah-langkah diplomatik, ekonomi dan gunalah semua saluran di peringkat antarabangsa untuk menghentikan kebiadapan yang menjolok mata ini. Mereka itu adalah saudara-saudara anda dan saudara kita. Sekurang-kurangnya beberapa negara bukan Islam telah bersuara dan mengutuk perbuatan zalim yang dilakukan oleh kerajaan paksaan Mesir.

Mereka didorong oleh rasa kemanusiaan dan tidak sanggup menyaksikan penderitaan yangh ditanggung oleh rakyat Mesir. Kita bukan sahaja punya rasa kemanusiaan bahkan kita dipertautkan oleh iman dan takwa. Tidak kah ini hubungan yang lebih kuat bahkan hubungan yang berkekalan dari dunia sampai akhirat, yang mampu untuk bingkas bangun dan menyelamatkan saudara-saudara kita?

Ingatlah kita mencari redha Allah. Kesemua kekuasaan yang ada di atas muka bumi ini meskipun mereka punya kekayaan yang melimpah ruah seperti miripnya Firaun di zaman lalu, mereka bukan tempat pergantungan. Tiba masanya Allah akan menghapuskan kekuasaan mereka lalu mereka tidak punya apa-apa. Bahkan mereka tidak mampu mengangkat satu jari pun walaupun sekadar untuk menjentik apabila datang saat itu.

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” – Ali Imran QS3:26.

*Artikel ini diambil dan disunting daripada Facebook Prof Hafidzi Mohd Noor

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: