Aku Nak Jadi Ultraman Tiga!

Tu diaaa tajuk. Kalau siapa yang tak kenal aku kat alam nyata, sure garu kepala. Fikir apa la aku nak tulis ni. Eh. Tengah garu kepada ke? Hehe. Actually nak tulis pasal ni 2 minggu lepas kalau tak silap, sebelum raya lagi. Tapi atas kekangan tertentu, termasuk mood, tangguh. dan tangguh. dan tangguh. Eh. Cukup cukup sudah.

Aku baru hadir program Training of Trainers 202 – Handling Murtad, anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor selama 5 hari kat Shah Alam. Ia buat aku ingat balik pasal nak tulis benda ni. Haa? Aik. Ada kaitan ke ultraman dengan murtad?

Okay. Begini yo. Setiap orang ada background yang tersendiri, dalam mendalami dan memahami Islam. Kan? Setuju kan? Let me share mine. Sikit je.

Mana datang Ultraman ni? Tuhan hantar ke? Then, raksasa tu pun Tuhan hantar juga? For what?”
Kenapa raksasa ni asyik serang Jepun je?”
Adakah kita akan selamat?”
”Ya. Bumi akan selamat, selagi adanya GUTS

Persoalan ni timbul semasa aku kecil dulu. Biasa lah kan. usia kanak-kanak, suka tengok kartun. Siri ultraman antara yang aku minat tengok. Sampai terfikir nak juga jadi ultraman awal-awal layan dulu. haha.

Alhamdulillah. Masa aku sekolah rendah dulu, pendidikan agama Islam yang diterapkan boleh kata agak berkesan. Selain yang diajar dalam kelas Fardhu ‘Ain di Pusat Didikan Huda. Ustazah Amelia Binti Abdullah, my teacher in Sekolah Kebangsaan Jejawi, one of teachers that I will remember forever. Gaya dan isi yang beliau ajar sangat bagus, buatkan usaha penerapan aqidah dalam diri ni boleh kata berjaya. Malah, aku tak jadi exams-oriented sangat. Ceh. Bajet Bagus. Hee.

So, secara tak langsung ia buatkan aku dapat jawab sendiri soalan-soalan yang bermain dalam fikiran sepanjang tonton kartun Ultraman ni.

Kenapa Ultraman Tiga? Aha. Pulak. Dalam banyak-banyak siri Ultraman, aku rasa Ultraman Tiga yang paling nice & deep. Ending dia boleh kata agak unik berbanding yang lain. Apa dia? Cer tengok sendiri. Hehe.

Masa awal-awal saya tengok Ultraman Tiga, saya ingatkan saya berjumpa dengan Tuhan. Rupanya sangkaan saya silap. Dia bukan Tuhan. Tapi gabungan cahaya dan manusia

Kamu jangan lawan dengan sesuatu yang kamu takkan menang
Kita takkan tahu siapa yang akan menang, selagi kita tak berlawan dengannya
Benar. Ia buatkan saya tak percaya pada takdir, tapi kita usaha dulu

Bunyi macam pelik kan ayat kat atas ni kan? Memang pelik kalau dilihat dari sudut zahir, tapi bila fikir panjang, ia bantu kita fahami aqidah Islam yang sebenar, malah yakin dengan sebenar-benarnya akan pegangan kita.

My question is: Kenapa kita takut sangat dengan ancaman luar kalau kita yakin dengan aqidah kita? Why? Why? Bukan nafikan usaha missionary untuk serang dan lemahkan umat Islam, tapi apa sebenarnya masalah utama kita? So. What can we say is: Dalam banyak keadaan, masalah bukannya datang dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri.

That’s all. Tu je? Ye. Tu je.

Peace no war. Sekadar perkongsian ringkas untuk sama-sama kita fikir. Moga Allah sentiasa beri hidayah  kepada kita agar kekal di jalan yang benar. Amiin.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: