Drama “Sebenarnya Saya Suami Dia”– Episod 2

Tadaaa. Eh. Assalamu’alaikum. Apa khabar hari ni? Bahagia? Tak? Cuba kenang sejenak nikmat kurniaan-Nya, boleh? Haaa. Banyak tak? Mesti banyak kan. Syukur. Syukur. Zahirkannya dengan perkataan dan perbuatan. InsyaAllah Dia akan tambah lagi.

Uit. Macam entry tazkirah pula. Takpe. Flexible kan. kan? Hehe. Okay guys. Kita jumpa lagi dalam drama yang sangat menarik. Hoho. SS. Eh. Tahu ape tu SS? Laa. Tak tahu? Bukan sohibus samahah, tapi syok sendiri. Kua3.

Jom kita tengok apa cerita tu kat Rumah Adzam nun kat Shah Alam. Asyik scene kat Kuantan Bandar Lestari. Jom ke Bandaraya Dalam Taman. Apa parents Adzam sembang tuu.

Nadzam: Kenapa ni yang? Termenung apa tu?
Aminah: Takde pe bang. Teringat kat anak kita nun kat Kuantan. Lama juga dia tak balik rumah ni. Kalau balik cuti pun kejap je, busy betul.
Nadzam: Oh. Baguslah ajam busy. Lagipun dia busy dengan benda2 bagus kan. Aktiviti dakwah, tarbiyyah, dengan FCR dia tu, pastu Hidayah Centre.
Aminah: Ayang suka tengok dia macam tu. Cuma takkanlah busy sangat sampai nak call, cerita keadaan dia macam mana pun tak boleh.
Nadzam: Oh. Itu ke yang ayang risaukan? Rindu benor nampaknya.
Aminah: Eh abang ni. Ibu mana tak rindukan anak dia yang lama tak jumpa, cakap on call pun tak.
Nadzam: Hehe. Saja je cakap.

Aha. Mesti ada yang tertanya-tanya dari hari tu, apa mesej yang Akmal dapat sampai terkejut gila tu? Bukan tak nak beritahu, saja nak test kejap, ingat lagi tak apa yang jadi episod lepas. Koh koh koh.

Adzam: Kenapa, mal?
Akmal(Berbisik kepada Adzam): Jom naik atas kejap, zam.
Muaz: Eh. Korang nak g mana? Kita tak habis borak lagi ni. Bukan selalu boleh duk sekali.
Izham: Haa. Betul kata muaz. Ada rahsia apa korang dua ni?
Adzam: Ada benda sikit lah. Japgi kitorang turun balik yo.

Okay. Tak jawab soalan lagi. Haha. Kesiaaan. So diorang berdua pun naik atas. Oh. Dahsyat rumah ikhwah ni dua tingkat. Kaya juga noo.

Faiz: Macam2 betul mal dengan zam ni. huhu
Izham: Entah diorang ni. Berahsia betul.
Muaz: Ala. Biarlah diorang. Eh. Helmi tak balik lagi ke?
Faiz: Haah kan. Dah pukul 1 kot. Takkan halaqah sampai pukul 1 kot.
Izham: Kalau tak silap aku. Dia cakap halaqah dia buat mabit kat masjid. So pagi nanti lepas subuh baru balik.
Muaz: Ohh ye ke.

Ish. Tak jawab pun lagi. Ngade betul”. Amboi. Sampai hati kata eden mengada. Terus stop tulis drama ni baru tau. “Eleh.. tak kisah pun”. Haha. Sentap!

Adzam: Mesej apa kau dapat tu?
Akmal: Nah. Cuba kau baca. (sambil hulurkan blackberry bold 5 miliknya)
Adzam: (membaca SMS……) Uihh. Sape dia ni?
Akmal: Aku pernah jumpa dia kat ECM hari tu. Yang aku pelik, macam mana dia boleh dapar no aku. *ECM stands for East Coast Mall
Adzam: Hoho. Dahsyat arh mal. Siap ajak kahwin lagi tu.
Akmal: Haha. Gila ke apa tetiba nak ajak aku kahwin. Dah lah aku tak kenal dia. Pelik. Pelik.
Adzam: Mana ada benda pelik dalam dunia ni, mal. Semua aturan-Nya.
Akmal: Pergh. Tu dia otai zam berbicara.
Adzam: Ye lah sifu mal. So apa kau nak buat?
Akmal: Pendapat kau?
Adzam: Entah. Tapi macam dia tu obsess dengan kau je, mal.
Akmal: Tu la. Takut juga aku. Huu.

Ooooo. Comel mesej tu. Tapi siapa nama perempuan tu? Erk. Mana aku nak tau lah wei. Tanya Akmal. Wowo. Sementara tu kat tingkat bawah rumah tu….

Izham: Jom esok kita buat kutipan derma untuk Mesir, nak?
Faiz: Bereh boh. Spread ikut kulliyyah ke?
Izham: Haah. Tapi siapa nak lead untuk KOP, KON dan KOD? *KOP, KON & KOD stands for Kulliyyah of Pharmacy, Nursing & Dentistry respectively
Muaz: InsyaAllah aku dengan helmi boleh tolong untuk KOD. KOP dengan KON boleh minta ikhwah lain yang ada.
Faiz: Bagus. Terbaik.

Kelas. Makan. Tidur. Main game. Study last minute”. Eh. Macam biasa je term tu. Aha. Memang tak dapat lari daripada life sebagai student. Ye ke? Yo lah. Bagi kebanyakan students. Kan?  Ohoi. Jom singgah kejap tengok Mahallah At-Tabari.

Aiman: Sejak Akmal keluar mahallah duk rumah sewa kat Taman Polo tu, lain je rasa.
Rafizi: Apa yang lain?
Aiman: Kau tak rasa apa2 ke?
Mukhzani: Aku rasa rindu kat dia. Hehe.
Aiman: Haha. Macam2 lah kau ni, zani.
Rafizi: Takde lah. Aku nak tahu je apa yang kau rasa. Memang rasa lain sikit. Macam ade gap pula antara kita dengan dia.
Aiman: Kau rasa macam tu ke? Aku rasa dia usaha habis baik nak rapat dengan kita.
Mukhzani: Eh. Dengar kata dia dah nak kahwin dah, betul ke?
Rafizi: What?!
Aiman: Serius ke, zani?

Bersambung…

p/s: Drama ini disiarkan setiap Jumaat jam 9.15 malam, selang seminggu. Episod seterusnya insyaAllah disiarkan pada 13 September 2013. Tungguuu.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: