Drama “Sebenarnya Saya Suami Dia”– Episod 3

Tu dia. Rindu juga member2 Akmal kat dia, sejak dia keluar tak tinggal kat mahallah. Ye ke rindu? Haha. Pergilah tanya diorang sendiri kat Mahallah At-Tabari, Indera Mahkota 7 tuu.

Jap. Apa diorang sembang eh? Oh. Pasal Akmal nak nikah? What?! Akmal nak nikah? Biar betul?

Mukhzani: Eh, man. Kau kan roommate dia dulu, takkan dia tak cakap apa2?
Aiman: Ada. Tapi takde lah pulak dia cakap dalam masa terdekat. Habis cepat pun setahun lagi.
Rafizi: Ye ke? Nampak macam serius je dia nak nikah kan. Dia ada calon dah ke?
Mukhzani: Ada la tuu. Cuma sape aku tak tahu. Kau apa cer?
Rafizi: Eh. Aku pulak yang kena tanya. Aku so far memang lepas belajar lah kot. Tak nampak gaya masa study ni. Study pun tunggang langgang. Akmal tu lain lah. Tak study banyak pun still boleh survive.
Aiman: Haha. Pasal Akmal tu tak payah cakap la. Memang kelebihan yang Allah bagi kat dia.

Sementara tu, Akmal dan Adzam tengah sembang lagi. Pasal apa? Apa lagi, pasal baitul muslim lah. Mende baitul muslim ni? Nikah lah. Tu istilah yang biasanya orang dalam jamaah haraki pakai.

Akmal: Kalau kau dapat biasiswa tahfiz tu, perghh, boleh BM dah la.
Adzam: Amiin. Mudah-mudahan dapat lah. Nak berBM ni, memang kena ada biasiswa lah kan. Kalau tak, susah.
Akmal: Betul. Eh. jom isi borang BM. nak?
Adzam: Weh. Serius ke? Kalau kau isi, mesti ahli RI lain isi sama.
Akmal: Haha. Apasal pulak? Kalau gitu jadinya, boleh buat grand RI marriage. first time rumah ikhwah buat grand marriage. hoho
Adzam:  Haha. Nice lah kalau jadi gitu. Pastu  kita duk rumah sekali.
Akmal: Hehe. Kau pernah cakap pasal ni dulu.
Adzam: Eh. Ye ke?
Akmal: Haah. Masa aku g rumah kau last year dulu.
Adzam: Memang nice kalau jadi gitu. Tapi kan…
Akmal: Kenapa? Apa yang kau fikir?
Adzam: Takde apa2.
Akmal: Ala. cakap je lah.
Adzam: Bukan pe. bukan senang juga nak cari perempuan yang sanggup halalkan nafkah daripada suami masa belajar ni. Kalau diorang okay pun, most probably parents diorang pula tak setuju.
Akmal: Tu lah. Dahlah harga minyak baru ni, harga barang pakat nak naik belaka.
Adzam: Pastu pening tengok ustaz2 ‘bergaduh’ bagai, sindir menyindir kat FB. Ish.
Akmal: Dah tu ramai pula yang nak join sekaki. Better diam je. Kalau nak cakap juga, cakap direct kat ustaz2 tu.  Setiap diorang tu ade point yang dia nak sampaikan. Silap tu of course ade, tak dapat lari. diorang tak maksum, sama macam kita.

Jap. Kita pergi tengok rumah seseorang kejap. Siapakah dia? Sebenarnya…Sebenarnya…Sebenarnya. “Sebenarnya apa?!”
Sabaq lah sikit. Eh. Silap. Sabaq banyak. Ni haa. Rumah gadis yang minat gila kat si Akmal ni. “Oooooo

Aliya: Fifah, apasal tak tido lagi ni?
Afifah: Err. Ada kerja sikit mama.
Aliya: Kerja apa tengah2 malam buta ni? Dah…G tido.
Afifah: Fifah dah jumpa calon suami fifah.
Aliya: What?! Seriously? Siapa dia? Kerja apa? Kaya tak dia?
Afifah: Dia tengah belajar lagi lah ma. Kat UIA.
Aliya: Are you looking for someone younger than you? UIA pula tu. UIA Gombak?
Afifah: Tak, ma. UIA Kuantan. Kat IM tu. He’s good-looking. Smart. Family dia tak lah kaya mana, tapi okay lah. I really like him.
Aliya: Macam mana kenal dia ni? Dia pun suka kat fifah?
Afifah: Jumpa kat ECM hari tu. First time jumpa pun dah tertambat kot, ma. Rasanya dia pun suka kat fifah.
Aliya: Eh. Ada rasa2 pula. By the way. Ada masa nanti, bawa dia jumpa mama. Mama nak kenal dia. And one more thing. Hati2 dengan stranger. Even though dia ni UIA student, we don’t know his background. Mana tahu dia nak ambil kesempatan pula nanti.
Afifah: Ish. sampai ke situ pula, mama ni.
Aliya: Bukan apa.. Macam2 kes penipuan sekarang ni. No matter he is religious background or not.

Patah balik ke rumah ikhwah. Ish. takde tempat lain ke? Pergilah rumah Akmal kat Perlis ke, rumah sape2 ke. Asyik2 RI. Bosan lah! Adoi. Come on bro, sis. RI ni tempat scene utama kot untuk drama SSSD ni. Kalau nak tempat lain jadi scene utama, meh pakat2 bako rumah ni. haha.

Izham: Aku nak cakap sikit lah pasal Akmal. serius ni.
Muaz: Kenapa dengan mal?
Faiz: Aha. Curious ni curious.

Pada masa yang sama, Akmal dan Adzam turun ke bawah nak g minum. Yo lah. Sembang kencang bagai. Mesti dahaga kan.

Izham: Sebenarnya Akmal……(terkejut ternampak kelibat Akmal)
Akmal: Ye saya abang ijam!
Muaz & Faiz: Aaaaaaa. (terkejut juga)
Adzam: Korang cakap apa benda ni haaa?

Bersambung…

p/s: Drama ini disiarkan setiap Jumaat jam 9.15 malam, selang seminggu. Cuma episod ni lambat sikit publish sebab ade problem. Episod seterusnya insyaAllah disiarkan pada 27 September 2013. Tungguuu.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: