Arus Permodenan yang memecah belahkan?

Dewasa ini, kebanyakan manusia kagum dengan kecanggihan teknologi yang ada. Komunikasi sesama insan sudah menjadi pantas, mudah dan percuma. Talefon pintar bersama pelan internet semakin menjadi pilihan.

Kalau dulu, komunikasi hanyalah melalui perbualan talefon bimbit atau SMS.

Sekarang, dengan adanya social networks terutama Facebook dan Twitter, selain application seperti Whatsapp, membuatkan perhubungan banyak hanya menerusi tulisan dan jari jemari.

Tak perlu bersemuka atau bersuara. Ketiadaan dua elemen penting ini memberikan impak yang besar dalam komunikasi.

Tak faham? Baik. Cuba baca ayat berikut:

Tolong kaji elok2 sikit. Jangan main cakap ikut sedap hati je okay. Macam orang lain tak tahu

Apa yang anda rasa? Gembira? Sakit hati?

Apabila kita terlalu banyak berinteraksi hanya melalui medium seperti yang disebutkan, ia menjadikan kita mudah untuk salah tafsir sesuatu ayat, malah kita mudah membaca sesuatu ayat dari sudut negatif.

Kita membaca sesuatu ayat mengikut nada yang kita nak, bukan mengikut nada si penulis.

Dah. Pergi tidur

Kalau ayat di atas kita dah terbiasa dengan kawan-kawan, bergurau senda, mungkin ia sukar disalah erti.

Namun, bagi orang yang tak biasa? Ia mungkin dianggap seperti satu arahan atau satu perlian, lalu dibalas, “Ikut suka aku lah nak tidur pukul berapa”.

Aku tak bercadang nak tulis panjang. Tulis panjang-panjang pun bukan orang nak baca. Eh.

Kita boleh pilih untuk tulis dengan bahasa yang baik dengan penuh adab.

Kita juga boleh pilih untuk baca sesuatu tulisan yang biasanya terbuka pada pelbagai tafsiran, dengan nada yang baik seiring sangka baik akan niat murni yang tersemat dalam jantung hati si penulis.

Akhirnya, ia berbalik kepada falsafah hidup sebagai sebuah pilihan.

Nak cari gaduh? Nak perang bersindir? Nak sakitkan hati orang demi puaskan hati sendiri? Semuanya adalah pilihan kita sendiri.

Muhasabah balik apa goal(s) of our life.

Soal diri sendiri: Apa yang aku nak sebenarnya?!

Moga Allah rahmati kita dan pastinya ampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini. Amiin.

Kata-kata yang jujur dan ikhlas dari jantung hati akan sampai ke jantung hati juga. Kata-kata yang kenchang tetapi bukan dari diri yang berjiwa luhur, hanya sampai ke telinga pendengar atau mata si pembaca”

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: