Drama "Sebenarnya Saya Suami Dia"- Episod 4

Izham, Muaz dan Faiz terkejut melihat kelibat Akmal tatkala diorang nak cakap pasal dia. Aha. Padan muka. Apa yang diorang nak cakap sebenarnya? Err. Sebenarnya aku pun tak tahu lah weh. Tanya lah si Izham tu. Aduhai!

Adzam: Ape yang korang tengah sembang ni haa? Cer gitau.
Izham: Takde pe lah abe zam. Borak kosong je.
Akmal: Ececece. Rahsia le tu. Duk sebenarnya..sebenarnya. ehem.

Minggu demi minggu berlalu. Kesibukan tahap gaban menimpa ahli rumah ikhwah ni. Sampai sambungan drama SSSD ni tergendala lebih sebulan. Betul ke sibuk? Ke buat2 sibuk? Ai. Ape nak jadi ni? Ish3.

Adzam: Aku bukan ape mal. Aku risau tengok kau down semacam. Ape masalah sebenarnya ni?
Akmal: Tersepit woo antara 3 pihak. Ahli RI, rakan setugas dan classmates. Tengah cari kekuatan balik ni. Sehari dua ni kurang sihat pulak
Adzam: Syafakallah akhi. Hmm. Tu simptom je. Apa punca sebenar?
Akmal: Rasanya sebab busy sangat kot, terlalu banyak komitmen. Sampai time management jadi macam ape, serabut semacam.
Adzam: Aha. Tu diaaa. Kau kena lepaskan komitmen yang mana boleh. And berani kata no bila diberi tanggungjawab. Tak kisah diorang put deep trust in you.
Akmal: Isu dia sekarang,  how to say no. Huh
Adzam: Hmm. Tu lah. Aku pun lebih kurang.

Elok dua orang ni duk sembang, mai le pulak Imam Muda Hakim menyampuk. eh.

Hakim: Amboi. Dating dua orang nampak. Nak tumpang duduk sekali boleh?
Akmal: Sila sila. Atas lantai.
Hakim: Macam ni member. Layan Adzam bukan main lagi.
Adzam: Ala. Touching pulak imam kita ni.
Hakim: Haha. Weh. Dengar cerita kau bertanding PRK ni, Akmal, pro-M ke pro-A. Macam2 spekulasi aku dengar. Orang pula tanya aku. Mana aku nak tahu. Sekarang nak tahu daripada tuan badan.
Akmal: Er. Tak layak de.
Hakim: Cis tak layak kau cakap? Cer komen sikit adzam.
Adzam: Maksud tak layak dia, mal kan dah cukup banyak komitmen. Lagi haru hidup dia kalau tanding SRC dan ditakdirkan menang.
Akmal: Tepat! Jawatan SRC tu berat kot. Besar tanggungjawab dia. Bukan sekadar jaga kebajikan students dan penghubung antara admin dan students. Diorang berperanan juga dalam public mood in university.
Hakim: Okay laa. Orang busy kan. Eh. Hairan aku lah dengan BN ni. Janji dulu dalam manifesto PRU13 kata nak bagi baucer buku RM300, tengok2 RM250 je. Macam hampeh je bajet 2014. 80% untuk pengurusan je, tapi tengok2 duk teruk macam tu juga.
Adzam: Patut bagi wang tunai je daripada bagi baucer. Main point kan nak kurangkan beban mahasiswa.
Akmal: Setuju. Bagi baucer tu pun, apasal boleh guna untuk buku2 bukan untuk akademik. Komik pun boleh.

Eh. Siapa tu datang dari jauh? Macam kenal je. Sudah. Sudah. Habis lah! Heh.

Hakim: Sape tu?
Akmal: Err. Nanti lah aku beritahu. Jom zam kita belah dulu.
Hakim: Eh. Eh. Relax dulu. Apa cer ni? Siapa dia?
Adzam: Nanti kitorang cerita yo insyaAllah.
Hakim(monolog): Apasal diorang berdua ni? Sape dia tu? Pelik.

Bersambung….

p/s: Drama ini disiarkan setiap Jumaat jam 9.15 malam, selang seminggu. Episod seterusnya insyaAllah disiarkan pada 8 November 2013. Tungguuu.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: