Drama “Sebenarnya Saya Suami Dia”– Episod 5

Tadaaa. Eh. Assalamu’alaikum. Apa khabar hari ni? Bahagia? Tak? Cuba kenang sejenak nikmat kurniaan-Nya, boleh? Haaa. Banyak tak? Mesti banyak kan. Syukur. Syukur. Zahirkannya dengan perkataan dan perbuatan. InsyaAllah Dia akan tambah lagi. Tazkirah ringkas SSSD.

Eh. Eh. Siapa yang datang sampai Akmal dan Adzam nak cabut lari tu? Jeng. Jeng. Jeng.

Aku tak tahu siapa dia. Kena tanya orang tu sendiri siapa dia. Eh. Gitu pulak. Ye lah. Aku cuma narrator je. Bukan Tuhan. Tapi tuhan dalam cerita ni. Fuh. Deep.

Afifah: Assalamua’alaikum. Saya Aliya.
Hakim: Wa’alaikumussalam. Saya Hakim. Sister nak jumpa Akmal dan Adzam ke?
Afifah: Saya nak jumpa Akmal. Diorang pergi mana eh?
Hakim: Sorry lah sis. Saya tak tahu. Diorang tetiba je pergi gitu je bila nampak kelibat sis.
Afifah: Oh ye ke. Tak pe lah kalau gitu. Thanks ya.
Hakim: Oh. Okay. You’re welcome.

Oh. Afifah rupanya. Ingatkan siapa tadi. Siapa Afifah? Ish. Tu maksudnya kau tak baca cerita ni dari awal! Pergi baca dari episod 1. Baca sekerat-sekerat mana boleh bro, sis.

Sementara itu, Adzam dan Akmal masuk ke dalam kereta Adzam setelah melarikan diri.

Adzam: Kenapa kau nampak macam tak berapa okay je, mal?
Akmal: Entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Tapi aku nak tanya something boleh?
Adzam: Kau dah tanya satu soalan pun. Hehe. Tanya je.
Akmal: Kenapa kalau aku tengok je kau, or bersama dengan kau, aku rasa dekat dengan Allah? Kau dah lah memahami aku, walaupun aku ade buat perangai entah apa2. Sebab tu aku nak kau tahu, kau sahabat yang paling aku sayang.

Pergh. Sweet nye ayat Akmal. Apa respon Adzam? Takde. Adzam hanya tersenyum tatkala mendengar apa yang Akmal dan memandu kereta Waja miliknya. Ape le.

Pada keesokan harinya, Akmal mengendalikan liqa’ usrah bersama adik-adik first year. Wuuu.. Usrah tuu.

Amri: Abang Akmal, apa pendapat abang pasal kemelut SRC kat UIA Gombak tu?
Ashaari: Haah lah kan. Macam lagi dahsyat je krisis politik kampus daripada politik kenegaraan ni. hehe.
Akmal: Aku bukan tak nak komen. Tapi kalau aku komen lebih2, rasanya tak adil. Sebab just dapat info apa yang jadi through FB or twitter. Kena dengar daripada semua pihak. Nak settle problem memang takkan dapat through FB. Kena face to face. 5 minit jumpa lebih baik daripada 5 jam diskusi dalam FB. Erm. By the way. Yang penting kita semua memang nak tegakkan keadilan, tolak kezaliman.
Ajmal: Eh. Nak sembang pasal baitul muslim boleh tak?
Akmal: Kenapa? Dah ada calon ke? Haha.
Ajmal: Takde.
Akmal: Kalau gitu, isi borang BM.
Ashaari: Ade ke?
Amri: Ai minat ke nak isi?
Ashaari: Malaslah nak fikir lagi pasal nikah ni.
Ajmal: Anta dah isi ke?
Akmal: Belum.
Amri: Apa lagi. Jom lah kita pakat2 isi. Hoho.

Tengah depa semua duk sembang pasal BM ni. Eh. Terkeluaq loghat utagha pulak. Tak pa kan. Paham kan?

Okay. ulang balik. Tengah depa semua duk sembang pasal BM ni, mai lah sorang kawan Akmal ni. Macam nak habaq mai something ja.  Ish.Kacau ja.

Zafri: Aku nak cakap something ni.
Akmal: Apa dia?
Zafri: Kau jangan percaya sangat dengan Adzam tu.
Akmal: Kenapa kau cakap camtu?
Zafri: Sebenarnya…

Bersambung…

p/s: Drama ini disiarkan setiap Jumaat jam 9.15 malam, selang seminggu. Episod seterusnya insyaAllah disiarkan pada 22 November 2013. Tungguuu.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: