“Hebatnya dia.. Teruknya aku..”

Biasa tak kita rasa macam tu? Mesti pernah kan. Cuma beza kita sama ada kita luahkan atau pendamkannya.

Kadang-kadang kita berasa kerdil dan lekeh kerana melihat orang lain yang kita sifatkan lebih hebat daripada kita. Namun, kekadang kita terleka dan terlupa bahawa nikmat Allah kepada diri kita juga tidak kurang banyaknya.

Walaupun kita tidak sama dengan orang lain yang kita kata hebat itu, tapi di sisi sebahagian insan yang lain, kita juga dilihat sebagai seorang yang hebat sekali.

Setiap orang mengharungi bahtera kehidupan dengan corak yang tersendiri dan dilanda badai ujian dan dugaan sesuai dengan bentuk yang dilaluinya. Kita mungkin tak tahu apa sebenarnya yang dirasainya, melainkan kita bertanya sendiri kepadanya.

Bersangka baik dengan Allah akan kelebihan dan potensi diri yang unik membawa kepada kegembiraan dan kebahagiaan hidup.
Rendah diri yang melampau melihat kehebatan orang lain dan menghina diri sendiri membawa kepada kemurungan dan kesedihan.

Kehidupan kita di dunia yang sementara ini hanya sekali, hargainya dengan amal soleh dan ketenangan di jiwa dalam memenuhi tujuan penciptaan dan mencari erti hidup pada memberi.

Those who believe in Allah ‘Azza Wa Jalla realize that everything happens for good reasons.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: