Cersapen “Tarbiyyah Sekenchang Dakwah”

Aduh. Apa sudah jadi maa? Erk. Apa dia? Sudah lama tak update karya bersiri kat blog ni. Specifically drama bersiri “Sebenarnya Saya Suami Dia” tu. Hehe. Sorry. Tak dapat bagi komitmen yang baik untuk update 2 minggu sekali seperti yang dijanjikan. InsyaAllah minggu depan akan bersambung.

Tapi.. Untuk tak hampakan peminat blog ni, ku tampikan cerita sangat pendek yang tak ada sambungan. Cuma.. Harap baca cerita ni dengan imiginasi sekali. Seolah-olah tengok drama kat TV gitu. Moga bermanfaat!

Cerita dia gini.. Setahun dah berlalu. Ish. Cepat sungguh masa berlalu. Hmm. Malam tahun baru diraikan kat Teluk Chempedak. Lagi spesifik kat Burger King. Tempat kegemaran student UIA Kuantan selain Hutan Bandar Bistro.

Empat sekawan iaitu Aiman, Adzam, Faiz dan Izham  habiskan masa diorang pada malam tu dengan buat confession session kat sana. Wah. Cuma, kali ni berbeza sikit. Kurang seorang. Izham tak ada. Busy study untuk final exams. Oh.

Aku memang suka g pantai. Tengok laut. Alhamdulillah rasa tenang. Released stress. Terbayang bahtera kehidupan menuju pelabuhan akhirat. So rasa sangat hidup kat dunia ni kejap je. Takde apa nak dikecewakan sangat”, kata Aiman kepada Adzam ketika diorang berdua berjalan tepi pantai.
Ye ke. Nice. Eh jom lah g BK. Aku lapar lah. Kejap lagi Faiz sampai lah tu. Liqa’ usrah dia selalunya takde habis lambat sangat”, balas Adzam.

“Saya suka dengan gaya kamu, Aiman. Ada ciri pemimpin. Bagus aktif dengan volunteerism. Tapi kamu kena ingat, priority kamu kat sini untuk study”, kata Dr Abdul Karim.
Entahlah Dr, saya kekadang macam serabut nak handle semua ni. Paling susah nak say no bila orang letak harapan dan bagi tanggungjawab”, balas Aiman.
Saya faham.. Saya pun student jugak dulu. Tapi kamu nak tak nak kena tegas. Kalau kamu rasa tak mampu, keep saying no to them. Jangan sampai kamu jadi mangsa. Tak pergi kelas. Classmates kamu pandang tinggi kat kamu, kamu macam figure bagi diorang. So jangan sebab kamu aktif ni sampai affect kamu punya study dan jatuhkan imej sendiri”, nasihat Dr Abdul Karim.
”Tu lah Dr. Rasa malu dengan diri sendiri pun ada. Tambah pula orang tahu saya ikut jamaah dan tarbiyyah ni. Rasa saya ni bawa fitnah kepada jamaah je”,
kata Aiman sambil menundukkan kepala.
Biasalah tu manusia buat silap. Yang penting kita betulkan. Bukan jatuh dalam lubang yang sama. Kekadang kita rasa macam jatuh lubang yang sama, tapi sebenarnya tu lubang sebelah dia. Jangan sebab benda ni kamu jatuh semangat nak aktif dakwah to non muslims dengan Hidayah Centre tu”, kata Dr Abdul Razak sambil menepuk bahu Aiman.

Adzam. Kau free tak sekarang?”, tanya Syarif.
Free je. Kenapa?”, jawab Adzam.
Oh. Aku nak cakap sikit dengan kau ni”, kata Syarif.
Okay. Cakap je. Aku dengar. Hehe”, balas Adzam.
Macam ni. Aku tengok kau macam banyak sangat komitmen. Banyak jawatan yang kau pegang. Dengan usrah yang kau bawa lagi. Campur business lagi. Tak kira study lagi. Memang bagus. Cuma ada lah mulut mulut yang cakap belakang kata kau tak bagi komitmen yang terbaik kat tugas kau”, kata Syarif.
Erm. Ye ke? Allah. Aku ada sembang pasal ni dengan Aiman sebenarnya. Tengah usaha kurangkan komitmen mana yang boleh. Aku baru sedar benda ni. Memang silap aku sebab banyak komitmen sampai tak dapat fokus. Dulu macam tak berapa sedar. Sebab rasa macam aku stabil je”, balas Adzam.
Haa. Baguslah tu. Kita memanglah kan tak payah dengar apa orang fikir dan cakap pasal kita. Tapi kalau dah benda yang orang cakap tu betul, kita mesti nak kena perbetul kan. Kita dalam tarbiyyah ni kena seimbangkan dakwah dan tarbiyyah. Jangan kuat dakwah sampai diri terabai”, kata Syarif.
Betul. Rasa bersalah jugak sebab zalimi orang lain yang terkesan sebab aku. Aish. Macam macam hal”, kata Adzam.

Mak. Sekarang pukul berapa eh?”, tanya Faiz.
Dah pukul 11.30 alang. Apasal? Nak sambung tido lagi ke?”, tanya emaknya.
Hehe. Takde lah mak. Cukup dah kot tido tadi. Ada apa boleh alang tolong? Ingat nak masak ayam masak merah hari ni”, jawab Faiz.
Haa. Baguslah tu. Bahan semua ada kot kat dapur tu. Kalau tak ada, boleh g kedai pak man beli. Mak nak keluar kejap lagi”, balas emaknya.
Oh okay mak. Mak nak g mana?”, tanya Faiz lagi.
Mak nak g bandar kejap. Nak g bank”, jawab emaknya.
Oh. Nak alang teman?”, tanya Faiz lagi.
Tak payah. Tak payah. Alang masak ye. Dah berapa hari balik cuti ni bukan buat apa sangat pun kan. Bangun subuh pun lewat. Pastu tido balik. Tengah hari baru nak bagun. Petang malam tak menghadap laptop or tv, keluar dengan kawan-kawan. Kawan memang penting alang, tapi family no 1”, nasihat emaknya.

Aish. Macam-macam hal betul lah kan”, kata Adzam.
Tu lah. Macam malam muhasabah lah ni. Kira confession lah jugak macam setahun yang lepas”, balas Aiman.
InsyaAllah kita improve sama-sama ikhwah. Doa banyak-banyak kat Allah. Tanam azam untuk berubah. Kena positif yang Allah akan bantu. Apa yang kita lalui ni sebahagian daripada tarbiyyah dan memang kita kena mujahadah untuk berubah”, tambah Faiz.
Mantap faiz mantap. Nice!”, balas Adzam.
Mantap lah sangat. Masa kat Kuantan boleh bangkit solat subuh jamaah bagai, balik rumah, hah. Bukan setakat tak berjemaah, bangun pun lambat. Adoi”, kata Faiz.
Those who believe in Allah ‘Azza Wa Jalla realize that everything happens for good reasons”, kata Aiman.
Deep aiman deep. Cuti sem nanti kena improve betul lah. Rapatkan hubungan dengan family. Jaga mutabaah amal”, kata Adzam.

Diorang bertiga saling memandang satu sama lain, dan memegang tangan dengan genggaman yang kuat. Aiman berkata, “Janji kita untuk bangkit bersama. Saling menguatkan dengan kekuatan Yang Maha Esa!”

Ketika diorang berpegangan tangan, muncul sekumpulan lelaki tak dikenali datang ke arah mereka.

Astaghfirullah. Gay!”, kata Asyraf.
Erk. Apa ni encik. Kami bukan gay walaupun pegang tangan. Salah ke?”, jawab Faiz.
Salah. Tu simptom gay! Kami polis syarie. Sila ikut kami. Nak ambil keterangan. Ramai kena tahan malam tahun baru ni”, kata Asyraf lagi.
Erk. Maafkan kami encik. Kami saja pegang tangan. Takde apa pun. Lagipun ni kawasan terbuka kan. Kalau kami gay, mesti buat kat tempat tertutup”, balas Aiman.
”Tak kira. Dah bangun bangun. Banyak alasan pulak”, kata Asyraf lagi.

Wajah dorang bertiga berubah. Hanya sebentar diorang rasa bersemangat selepas bercerita apa yang berlaku dan harapan diorang untuk berubah. Melihat riak wajah itu, Asyraf tersenyum dan ketawa.

Kenapa encik?”, tanya Adzam.
Takde apa. Ana pun ikhwah juga sebenarnya. Izham minta kitorang spy korang. Kenakan korang. Katanya nak balas balik apa entah”, jawab Asyraf.
Hahaha. Ye ke?”, tanya Faiz.
”Ye Faiz. Kitorang ada letak kamera rakam apa korang sembang tadi, even sekarang tengah rakam lagi. Haha”, jawab Asyraf sambil menunjukkan kamera berkenaan.
Apa motif rakam tu?”, tanya Aiman.
Boleh diceritakan kat orang lain nanti untuk jadi pengajaran. Hehe. Eh. Dah pukul 2.35. Balik dulu ikhwati fillah. Asalamua’alaikum”, kata Asyraf sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dan dia berlalu pergi bersama kawan-kawannya.

Tercengang sekajap diorang bertiga. Cis. Balasan. Balas balik? No. Jangan berdendam! Let bygone be bygone!

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: