“Daku Ingin Kembara Lagi!”

988409_10152350653167990_1154445334_n

Dah sebulan lebih blog ni tak updated. Fuh. Itulah ujian yang besar dalam hidup ni; istiqamah. Ramai orang mampu berteori dan sembang kencang tentangnya, tetapi hanya diri sendiri mampu menilai hakikat sebenar sejauh mana dia mempratikkan apa yang dia perkatakan. Moga Allah ampuni kekurangan dan keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini.

Berbalik kepada tajuk entry ini. Sebagai pembuka bicara, Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

لَقَدۡ كَانَ فِى قَصَصِہِمۡ عِبۡرَةٌ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ‌ۗ مَا كَانَ حَدِيثً۬ا يُفۡتَرَىٰ وَلَـٰڪِن تَصۡدِيقَ ٱلَّذِى بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَتَفۡصِيلَ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman” – Surah Yusuf, QS12:111

Dunia ini sangat sempit, tetapi kehidupan ini sesuatu yang luas. Tidaklah kita terasa gelisah dan resah melainkan kita enggan untuk berubah, hanya ingin berada dalam zon selesa dalam corak hidup seperti sedia ada. Sama ada kita suka atau pun tidak, dengan masa berubah, cara berfikir insan juga akan berkembang dan berubah, yang menuntut perubahan gaya hidup.

Seseorang yang hanya hidup dalam suasana dan kelompok masyarakat yang sama sejak kecil mempunyai kecenderungan untuk menjadi seorang yang berfikiran sempit, berbanding seseorang yang pernah bersama masyarakat yang berbeza budayanya, lain cara hidup dan berfikir. Persoalannya, mengapa?

Secara peribadi, aku melihat pemikiran Plato dalam memahami hakikat dunia ini sangat menarik walaupun ia terlalu abstrak, malah dikritik oleh anak muridnya sendiri iaitu Aristotle, sebagai tidak praktikal. Dalam teori Plato berkenaan ilmu, beliau membahagikan dunia kepada perkara yang dilihat(visible) dan perkara yang difahami(intelligible), manakala minda manusia melalui empat mod berbeza dalam proses memperoleh ilmu, imaginasi(imagining), kepercayaan(belief), berfikir(thinking) dan kecerdasan(intelligence).

Dalam mengembara, sama ada dengan tujuan untuk menimba ilmu, atau hanya makan angin bersama keluarga, kita akan memerhatikan gelagat dan kerenah manusia yang bermacam ragam. Keadaan ini pasti mengetuk akal kita untuk berfikir banyak benda tentangnya. Malah, banyak perkara baru yang lahir dalam minda kita disebabkannya.

Kita boleh lihat kesan orang yang banyak mengembara dalam hidupnya. Sangat lunak pendekatannya. Tidak keras dalam memberikan pendapat dan komen terhadap sesuatu perkara. Berbeza dengan cara dia sebelumnya. Dia punya banyak pengalaman bersama bermacam jenis orang, yang menyebabkan dia melihat sesuatu isu dalam banyak dimensi dan kerangka yang lebih luas.

Allah telah membentangkan banyak petanda akan kebesaran kerajaan-Nya dalam dunia yang sementara ini untuk kita lihat dan berfikir menggunakan akal yang dikurniakannya. Akal yang sejahtera tidak akan menafikan akan kewujudan Tuhan yang mencipta alam ini. Insan yang berjiwa luhur akan terus menerus mencari kebenaran dalam menjawab persoalan yang bermain dalam fikirannya akan apa tujuan dia hidup yang sebenarnya.

Kembara akan membuka sudut pandang dan fikiran dengan lebih luas lagi, malah lebih banyak petanda kehebatan ciptaan-Nya dapat kita lihat. Maka, ia mendekatkan kita kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Penyayang. Tunduk dan berserah diri sepenuhnya dengan penuh rasa kerdil dan kehinaaan kepada Yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡ‌ۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡ‌ۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّـٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِہِمۡ سُرَادِقُهَا‌ۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٍ۬ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِى ٱلۡوُجُوهَ‌ۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; Sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. (Hal ini) Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, Amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang” – Surah Al-Kahf, QS18:29

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: