Drama “Sebenarnya Saya Suami Dia”– Episod 6

Assalamu’alaikum. Hai semua. Apa khabar? Moga sihat-sihat ya semuanya. Kalau ada yang kurang sihat, moga cepat sembuh. Sesungguhnya sakit itu menebus dosa kita. “Ai 4 bulan dah cerita tergantung. Ape cer?” Haha. Sorry. Sorry. Macam-macam benda yang jadi dalam tempoh 4 bulan sebelum ni. Nak tahu? Keep following this drama, okay? InsyaAllah akan diceritakan nanti. Bila? Ikut suka aku lah. Hehe.

Muaz: Aku kesian lah dengan Akmal.
Faiz: Eh. Kenapa? Dia ada problem ke?
Muaz: Kan dia takde motor. Kesian jugak kekadang tu susah nak gerak. Sampai kekadang tak g kelas.
Izham: Ala. Kalau takde transport nak g kelas, mintak lah classmates dia datang ambil. Ape susah.
Faiz: Dia ade kan plan nak beli motor?
Muaz: Ade katanya. Tapi 2nd hand lah. bajet pun dalam seribu. Susah jugak nak cari.
Izham: Tak susah kalau cari betul-betul. Tapi kira okay lah Adzam selalu bagi pinjam motor dia.
Faiz: Ala. Tauke sewa kereta ade 3 bijik kereta apa susah. Hehe.
Muaz: Depa dua g mana? Tak nampak pun.
Izham: Entah. Tak tahu lah pulak.
Faiz: Mal ada halaqah kat masjid kalau tak silap aku. Zam tak tahu.

Embedded image permalink

Sementara itu di masjid UIAM Kuantan… Ingat lagi kan ending episod sebelum ni ada sorang mamat(sedap hati aku je panggil mamat) ni datang kacau Akmal masa dia tengah buat halaqah, member dia jugak sebenarnya.

Zafri: Kau jangan percaya sangat dengan Adzam tu.
Akmal: Kenapa kau cakap camtu?
Zafri: Sebenarnya dia ada burukkan kau kat belakang. Depan-depan je macam baik.
Malik: Kau ni apa pasal weh? Nak jadi batu api ke? Dah. pergi lah. Jangan kacau kitorang tengah liqo ni.
Zafri: Dasar Islamis sombong. (sambil berjalan meninggalkan mereka)
Malik: Kau tak payah dengar lah cakap si Zafri tu. Aku dah kenal perangai dia. Aku tak faham dia takde kerja lain ke.
Asri: Aku pun tak faham apa guna dia cakap macam tu kat kau. Sepatutnya kalau betul apa yang dia cakap tu, better dia g nasihat Adzam jangan burukkan orang. Buat apa g hebohkan kat orang lain.
Akmal: Entahlah manusia akhir zaman ni.. Macam-macam hal.

Kat Mahallah Maimunah. Bebudak kelas sekali dengan Akmal tengah sembang apa tu. Budak perempuan ni famous dengan gosip. “Ye ke? UIA kot ni” Student UIA bukan malaikat. Manusia biasa jugak beb.

Farhah: Aku tengok awat entah akmal tu lain macam je.
Asilah: Maksud hang?
Farhah: Takdak la. Macam selalu ja ponteng kelas. Tak pelik ka.
Zafirah: Kena tanyalah dia sebab apa dia macam tu. takde guna juga kita buat assumption sendiri. lain lah kita tahu apa-apa daripada brothers.
Farhah: Aku cakap ni kot lah hampa ada yang tau apa-apa pasal dia.
Asilah: Betul ke dia nak kahwin? haha.
Zafirah: Dengar dengar gitu ada lah.  Dalam FB pun macam dia iyakan je.
Farhah: Haha. Kalau jadi tu, memang legend kot. Budak kaizen pertama yang kahwin. Mukhzani cakap budak budak laki tengah meeting kat tabari nun.
Asilah: Meeting apa?
Farhah: Discuss pasal Akmal.
Zafirah: Hehe. macam kita ni lah ea.

Untung laa Akmal kan kawan-kawan dia pakat caring pasal dia. Dia baru je habis liqo kat masjid. Masa on the way balik, dia tak dapat fokus menunggang motor milik Adzam. Macam sakit kepala je tengok. Dia bertembung dengan sebuah kereta yang laju ketika di sebuah simpang.

Bersambung…

p/s: Drama ini disiarkan setiap Ahad jam 10.00 malam. Episod seterusnya insyaAllah disiarkan pada 30 Mac 2014. Tungguuu.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: