Ringkasan Kuliah Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Alhamdulillah. Berkesempatan menghadiri kuliah maghrib yang disampaikan oleh al-fadhil ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman hafizahullah kat Masjid Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan malam ini. Dah lama juga tak coretkan isi kuliah dalam blog ni. Malas agaknya. Hehe.

1. Dalam Quran, Allah tidak pernah memanggil Rasulullah SAW dengan namanya, yakni "Ya Muhammad”(Wahai Muhammad). Tetapi, Allah memanggil "Ya ayyuhan nabi"(Wahai nabi – QS33:59) atau "Ya ayyuhar rasul"(Wahai rasul – QS5:41). Ini adalah satu tanda kemuliaan yang Allah berikan kepada baginda SAW.

Tetapi, hari ni sebahagian kita memanggil atau menyebut "Ya Muhammad" dalam selawat atau ungkapan2 yang tidak diajar oleh nabi SAW.

2. Betapa pentingnya kita beribadah dengan ibadah yang tsabit daripada nabi SAW dan tidak mereka-reka ibadah baru. Risau kalau-kalau kita termasuk dalam golongan yang disebutkan dalam hadith berikut:

Daripada Sahl bin Sa’id, Nabi Sallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda:

إني فرَطُكُم على الحوضِ ، من مرَّ عليَّ شرب ، ومن شرب لم يظمأْ أبدًا ، ليَرِدَنَّ عليَّ أقوامٌ أعرفُهم ويعرفونني ، ثم يُحالُ بيني وبينهم . قال أبو حازمٍ : فسمعني النعمانُ بنُ أبي عياشٍ فقال : هكذا سمعتُ من سهلٍ ؟ فقلتُ : نعم ، فقال : أشهدُ على أبي سعيدٍ الخدريِّ ، لسمعتُه وهو يزيدُ فيها : فأقولُ : إنهم مِنِّي ، فيقال : إنك لا تدري ما أحدَثُوا بعدَك ، فأقولُ : سحقًا سحقًا لمن غيَّرَ بعدي

Maksudnya: “Sesungguhnya aku mendahului kalian dalam mendatangi (telaga) al-haudh. Barangsiapa yang menuju kepadaku akan minum, dan barangsiapa yang minum nescaya tidak akan haus selama-lamanya. Sungguh akan ada beberapa kaum yang mendatangiku dan aku mengenali mereka dan mereka juga mengenaliku, kemudian antara aku dan mereka dihalangi". Abu Haazim berkata : “Lalu An-Nu’maan bin Abi ‘Ayyaasy mendengarku, lalu berkata : ‘Beginikah kamu mendengar dari Sahl?’. Aku berkata : ‘Benar’. Lalu ia berkata : ‘Aku bersaksi atas Abu Sa’iid Al-Khudriy, bahwasannya aku benar-benar telah mendengarnya dimana ia menambah lafadh : "Lalu aku (Nabi shalallaahu ‘alaihi wa sallam) berkata : ‘Mereka adalah sebahagian dariku!’. Namun dikatakan : ‘Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan sesudah (kematian)mu!’ Maka aku berkata : ‘Pergilah jauh jauh, bagi orang yang mengubah (agama) sepeninggalanku" – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari

Imam Ibnu Abdil Barr rahimahullah(wafat 463H) berkata dalam Kitab “Syarh Az Zarqaani ‘ala muwaththa-il imaami Maalik (1/65)”:
Semua orang yang melakukan perbuatan bid’ah yang tidak diredhai Allah dalam agama ini akan diusir dari telaga Rasululah sollallahu ‘alaihi wa sallam (pada hari kiamat nanti), dan yang paling parah di antara mereka adalah orang-orang (ahlul bid’ah) yang menyelisihi (pemahaman) jama’ah kaum muslimin, seperti orang-orang khawarij, syi’ah rafidhah dan para pengikut hawa nafsu, demikian pula orang-orang yang berbuat zalim yang melampaui batas dalam kezaliman dan menentang kebenaran, serta orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar secara terang-terangan, semua mereka ini dikhuatirkan termasuk orang-orang yang disebutkan dalam hadith ini (yang diusir dari telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam"

3. Essence of zikir/doa/kata-kata nabi yang bersifat "jawamiul kalam" – ayat atau ungkapan yang singkat, namun padat makna.

Doa, zikir dan selawat yang nabi ajar pendek-pendek belaka. Namun, ia padat dengan makna. Sangat bagus untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian. Berbanding yang rekaan, ungkapannya panjang tapi sikit maknanya.

Antara point menarik kuliah subuh al-fadhil ustaz kat Masjid Tok Sira, Kuantan pagi tadi.

1. Topik utama yang dibahaskan ialah hadith tentang kelebihan majlis ilmu. Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, dia berkata: Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ لِلَّهِ مَلَائِكَةً يَطُوفُونَ فِي الطُّرُقِ يَلْتَمِسُونَ أَهْلَ الذِّكْرِ فَإِذَا وَجَدُوا قَوْمًا يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَنَادَوْا هَلُمُّوا إِلَى حَاجَتِكُمْ قَالَ فَيَحُفُّونَهُمْ بِأَجْنِحَتِهِمْ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ وَهُوَ أَعْلَمُ مِنْهُمْ مَا يَقُولُ عِبَادِي قَالُوا يَقُولُونَ يُسَبِّحُونَكَ وَيُكَبِّرُونَكَ وَيَحْمَدُونَكَ وَيُمَجِّدُونَكَ قَالَ فَيَقُولُ هَلْ رَأَوْنِي قَالَ فَيَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ مَا رَأَوْكَ قَالَ فَيَقُولُ وَكَيْفَ لَوْ رَأَوْنِي قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْكَ كَانُوا أَشَدَّ لَكَ عِبَادَةً وَأَشَدَّ لَكَ تَمْجِيدًا وَتَحْمِيدًا وَأَكْثَرَ لَكَ تَسْبِيحًا قَالَ يَقُولُ فَمَا يَسْأَلُونِي قَالَ يَسْأَلُونَكَ الْجَنَّةَ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ عَلَيْهَا حِرْصًا وَأَشَدَّ لَهَا طَلَبًا وَأَعْظَمَ فِيهَا رَغْبَةً قَالَ فَمِمَّ يَتَعَوَّذُونَ قَالَ يَقُولُونَ مِنَ النَّارِ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ مِنْهَا فِرَارًا وَأَشَدَّ لَهَا مَخَافَةً قَالَ فَيَقُولُ فَأُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ قَالَ يَقُولُ مَلَكٌ مِنَ الْمَلَائِكَةِ فِيهِمْ فُلَانٌ لَيْسَ مِنْهُمْ إِنَّمَا جَاءَ لِحَاجَةٍ قَالَ هُمُ الْجُلَسَاءُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

Maksudnya: ”Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala memiliki malaikat-malaikat yang berkelana di jalan-jalan mencari Ahli zikir(orang yang mengikuti majlis ilmu atau berzikir mengingati Allah). Jika mereka telah mendapatkan sekelompok orang yang berzikir kepada Allah, mereka duduk bersama dengan orang-orang yang berzikir. Mereka saling mengajak: ‘Kemarilah kepada hajat kamu’.

"Maka para malaikat mengelilingi orang-orang yang berzikir dengan sayap mereka sehingga langit dunia. Kemudian Allah Azza wa Jalla bertanya kepada mereka, sedangkan Dia lebih mengetahui daripada mereka, ’Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu?’ Para malaikat menjawab, ’Mereka mensucikan-Mu (mengucapkan tasbih: Subhanallah), mereka membesarkanMu (mengucapkan takbir: Allah Akbar), mereka memujiMu (mengucapkan Alhamdulillah), mereka mengagungkanMu.

“Allah bertanya, ’Apakah mereka melihatKu?’ Mereka menjawab,’Tidak, demi Alah, mereka tidak melihatMu’. Allah berkata,’Bagaimana seandainya mereka melihatKu?’ Mereka menjawab,’Seandainya mereka melihatMu, tentulah ibadah mereka menjadi lebih kuat kepadaMu, lebih mengagungkan kepadaMu, lebih mensucikan kepadaMu’. Allah berkata,’Lalu, apakah yang mereka minta kepadaKu?’ Mereka menjawab, ’Mereka minta syurga kepadaMu’.
Allah bertanya, ’Apakah mereka melihatnya?’ Mereka menjawab,’Tidak, demi Alah, Wahai Rabb, mereka tidak melihatnya’. Allah berkata,’Bagaimana seandainya mereka melihatnya?’ Mereka menjawab,’Seandainya mereka melihatnya, tentulah mereka menjadi lebih semangat dan lebih banyak meminta serta lebih besar keinginan
’.”

“Allah berkata: “Lalu, dari apakah mereka minta perlindungan kepadaKu?” Mereka menjawab,”Mereka minta perlindungan dari neraka kepadaMu.” Allah bertanya,”Apakah mereka melihatnya?” Mereka menjawab,”Tidak, demi Allah, wahai Rabb. Mereka tidak melihatnya.” Allah berkata, ”Bagaimana seandainya mereka melihatnya?” Mereka menjawab,”Seandainya mereka melihatnya, tentulah mereka menjadi lebih menjauhi dan lebih besar rasa takut (terhadap neraka).” Allah berkata, ”Aku mempersaksikan kamu, bahwa Aku telah mengampuni mereka.”

“Seorang malaikat diantara para malaikat berkata,”Di antara mereka ada Si Fulan. Dia tidak termasuk mereka (yakni tidak ikut dalam majlis itu). Sesungguhnya dia datang hanyalah kerana satu keperluan.” Allah berkata,”Mereka adalah orang-orang yang duduk. Teman duduk mereka itu tidak akan celaka (dengan sebab mereka).” – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim

2. Tidak salah bertanya kepada asatizah tentang sumber sesuatu hadith atau kisah diambil. Malah, ia satu perkembangan yang baik, kerana orang ramai tidak menerima sesuatu membuta tuli. Ia bukanlah satu tindakan yang menghina asatizah atau ‘ulama.

3. Al-Fadhil ustaz tegur sikap sebahagian umat Islam yang suka berdoa secara melampau, yang disebut sebagai al-i’tida fi ad-du’a. Seperti berdoa mendapat syurga yang ada 15 tingkat, setiap tingkat ada 100 bilik. Sudah memadai berdoa agar diperoleh syurga dan dijauhi daripada neraka.

4. Al-Fadhil ustaz juga menyeru agar menghidupkan kembali sunnah yang ditinggalkan. Antara yang beliau sebutkan ialah solat gerhana.

5. Al-Fadhil ustaz juga mencadangkan agar diperdanakan solat jamaah 5 waktu sehari seperti mana yang dilakukan untuk solat sunat. Adalah tidak seimbang apabila dibuat solat sunat hajat perdana dihadiri ramai orang, tetapi masjid lengang ketika solat fardhu.

6. Separuh daripada ahli syurga kelak adalah daripada kalangan Umat nabi Muhammad SAW.

7. Beliau juga megijazahkan zikir "subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illa Allah wa Allahu Akbar" serta amalan solat 2 rakaat selepas terbit matahari(sekitar 10 minit), sama ada solat sunat dhuha atau solat sunat yang lain.

Daripada Anas radhiallahu ‘anh, dia berkata: Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya: "Barangsiapa mengerjakan solat subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk mengingati Allah(berzikir atau ikuti majlis ilmu) sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia(Anas) berkata, Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna" – Hadith sahih, Riwayat Imam at-Tirmizi

Wallahua’lam. Semoga Allah redha.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: