Isu ISMA: Tanda kita tak setia dengan kebenaran

Bismillah. Pertama sekali sebelum saya lontarkan buah fikiran saya berkenaan isu ini, ingin saya memberi penegasan di sini bahawa coretan ini adalah satu bentuk muhasabah untuk diri kita bersama, selain ia merupakan pandangan peribadi.

Perkara kedua ialah apa yang telah saya sebutkan di Facebook beberapa hari lepas, ingin diulang kembali. Tiada mana-mana orang, badan, pertubuhan, kumpulan atau jamaah yang sempurna. Setiap sesuatu ada baik buruknya. Oleh itu, perkara yang baik daripada sesiapa pun kita sokong, yang buruk kita tegur walau daripada kumpulan kita sendiri. Jikalau ini bukan teras yang kita pegang, memang susah kita nak berinteraksi dengan manusia.

Baiklah. Saya sebenarnya tak ingin memberi komentar yang panjang berkenaan hal ini. Saya hanya nak sebut beberapa perkara yang saya rasa perlu diberi penekanan untuk kita sama-sama berfikir sejenak. Setelah itu, kita saling menghormati dan berlapang dada dengan perbezaan pendirian yang kita pegang. Unity in diversity. Gitu. Namun, kalau ada kesilapan dalam perkara yang saya sebut, tolong perbetulkan.

Pertama, fakta dan interpretasi adalah dua perkara yang tidak sama. Apabila kita menyebutkan sesuatu yang kita claim sebagai fakta, maka ia mesti dibuktikan oleh sumber. Sedangkan, interpretasi pula adalah manifestasi pemikiran orang yang berkata-kata tentang sesuatu sama ada dia mengikut metodologi tertentu, atau sebenarnya dia berbicara dengan hawa nafsu sendiri.

Sebagai contoh mudah, kita maklum dan tahu esok adalah hari Ahad. Namun, saya menyebutkan esok adalah hari yang tidak menggembirakan kerana hari Isnin perlu kembali bekerja. Adakah apa yang saya sebut tu fakta? Bukan. Faktanya ialah esok hari Ahad. Sedangkan, mengatakan esok hari yang tidak menggembirakan itu adalah apa yang saya fikir dan rasa yang merupakan interpretasi.

Saya tidak mahu memberi komen yang panjang berkenaan apa yang Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik sebutkan tentang “penceroboh” yang disifatkannya sebagai fakta.

Cuma saya nak sebut di sini, kalau kita nak terima gelaran tersebut sebagai fakta pun, adakah ia sesuai dengan konteks dakwah? Selain itu, sikap suka melabel secara generalization juga adalah tidak wajar. Kalau kita nak ‘hentam’ non Muslims yang bersikap melampau sekalipun, sebut secara jelas kepada siapa yang kita tujukan, agar mesej difahami dengan mudah tanpa perlu tafsiran yang berbelit.

Kalau tidak, non Muslims yang mesra dengan Islam turut terkena tempiasnya. Samalah juga sekiranya ada yang menyebut “Melayu celaka”. Walaupun saya faham label tersebut ditujukan kepada sebahagian golongan orang melayu yang jumud, tetapi saya akan terfikir sejenak, “Apa pasal sebut secara umum? Sebut jelah siapa yang kau tak puas hati tu”.

Kedua, kita sedar akan kepentingan kita sebagai umat Islam untuk bersatu padu. Walaupun kita mempunyai perbezaan dalam hal-hal tertentu seperti pendirian politik kepartian, pegangan aqidah dan fiqh dalam isu-isu cabang, dan sebagainya, namun hal itu semua tidak sepatutnya menjadikan kita berpecah belah.

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ

Maksudnya: “Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah memnyatukan jantung hatimu, lalu menjadilah kamu orang-orang yang bersaudara kerana nikmat Allah; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk” – Surah Ali Imran, QS3:103

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anh bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا

Maksudnya: “Berhati-hatilah kalian dengan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling intip-mengintip, saling dengki mendengki, saling memusuhi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” — Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim

Walaupun kita ada perkara yang kita tak bersetuju antara satu sama lain, namun, ia bukanlah ‘lesen’ untuk mudah melabel orang lain sebagai sesat, lebih parah lagi kaafir.

Dalam sebuah hadtih Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Zar al-Ghifari radiallahu ‘anh:

لا يرمي رجلٌ رجُلًا بالفسوقِ ، ولا يرميهِ بالكفرِ ، إلَّا ارتدَّت عليهِ ، إن لَم يَكن صاحبُه كذلِك

Maksudnya: “Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh tidak demikian” – Hadith Riwayat al-Bukhari

Umat Islam adalah bersaudara dan ia mesti diletakkan sebagai teras. Ukhuwwah sesama Muslims mesti kita jaga walau kita ada perbezaan pendapat dengannya. Malah, kita cuba memahami mengapa dia berpendapat seperti itu. Usah menggadaikan ukhuwwah islamiyyah hanya kerana perbezaan dalam perkara yang bukan pokok.

Ketiga, antara persamaan Islam dan Kristian adalah kedua-duanya agama bersifat missionary atau ajaran yang disampaikan/disebarkan. Maka, kita sebenarnya tidak patut berasa pelik apabila orang Kristian berusaha menyampaikan agama mereka kepada orang lain termasuk orang Islam. Mereka berpegang teguh dengan doktrin untuk menyelamatkan orang lain daripada dosa warisan, agar dapat masuk syurga kelak.

Bagaimana untuk kita menghadapinya? Jawapannya mudah, kita mesti mantapkan aqidah umat Islam yang kelihatannya goyah disebabkan penekanan diberikan kepada ilmu fiqh berbanding aqidah atau usuluddin. Usaha yang dilaksanakan oleh NGO seperti Islamic Information Service(IIS) yang dipelopori oleh alumni Friendly Comparative Religion(FCR) dengan mengadakan program seperti Aqeeda Injection di sekolah-sekolah boleh dicontohi dan dilaksanakan oleh pihak lain, selain kurikulum pendidikan Islam mesti dikaji dan diperbaiki.

Terlalu bersifat defensive tidak menguntungkan Islam. Kita mengakui usaha gerakan Kristianisasi, namun, hakikatnya kebanyakan masalah yang datang dalam hidup kita sebenarnya adalah daripada diri kita sendiri. Kerapuhan aqidah yang kita imani membuka pintu gangguan musuh-musuh Islam. Sekiranya aqidah kita mantap, kita pastinya yakin bahawa kita mampu untuk hadapi serangan pemikiran dan idelogi yang pelbagai daripada barat dan non Muslims.

Selain itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai Muslims untuk berdakwah kepada non Muslims. Sekiranya kita berasa takut atau tidak mampu untuk menyampaikan mesej Islam kepada non Muslims, maka kita patut berdakwah dengan akhlak dan keperibadian diri yang baik dan mulia, yang memberi kesan yang lebih mendalam berbanding perkataan yang kita sebut. Action speaks louder than words. Bukan tidak perlu dakwah dengan perkataan, of course kedua-duanya penting.

Kita harus menjaga tindak tanduk dan perkataan kita agar kita tidak menjauhkan orang daripada Islam. Bukan sahaja non Muslims, tetapi juga Muslims itu sendiri. Bahasa mudahnya, usah kita menjadi punca fitnah kepada Islam.

Sejujurnya saya melihat pendekatan yang diambil oleh ISMA secara umumnya boleh membuatkan non Muslims jauh daripada Islam. Sebagai contoh, saya mengajak semua untuk sama-sama menilai hujah panelist dalam wacana yang dianjurkan awal tahun lepas oleh Kerajaan Kelantan bertajuk “Pasca PRU13: Melayu dan Islam di mana?” bersama wakil ISMA, PAS dan Dr MAZA.

 

Wacana “Pasca PRU13: Melayu dan Islam di mana?”

Saya secara jujur berasa tidak selesa dengan pendekatan Ustaz Hazizi dalam wacana ini. Ya. Kita maklum mereka mempunyai moto “Melayu sepakat, Islam berdaulat”, malah ada yang mengatakan ISMA adalah proksi UMNO versi islamik kerana sangat memperjuangkan orang Melayu. Saya berasa tiada masalah dengan asas perjuangan mereka, tetapi para pemimpin ISMA perlu lebih bijak dalam mengeluarkan kenyataan.

Secara jujur juga, saya melihat ISMA boleh dikatakan memang belum matang berpolitik. Tindakan menyerang orang lain secara tidak teliti, ‘andaian sendiri’ dan kemudian mengajak wacana adalah cara yang tidak tertib. Dalam situasi yang lain, apabila golongan yang mereka serang seperti yang disifatkan liberal mengajak mereka berwacana, mereka pula yang menolak.

Sebagai contoh adalah ‘serangan’ ke atas Projek Dialog. Link: http://www.ismaweb.net/2014/04/projek-dialog-penentang-identiti-kebangsaan/ yang kemudiannya dijawab, link: http://www.projekdialog.com/featured/isma-jangan-hentam-keromo/ , yang ditegaskan bahawa ia bukanlah suatu entity atau organisasi tetapi satu platform yang dibentuk bertujuan membuka wacana-wacana baru secara kritikal yang mereka lihat perlu ditimbulkan, dibahaskan serta didebatkan atas kepentingan mengiktiraf kekayaan idea dan budaya masyarakat Malaysia yang berkepelbagaian (link: http://www.projekdialog.com/about-us/). Sama-sama kita boleh menilai.

Saya tidak pasti apakah pendirian ISMA tentang kebersamaan dengan NGO atau jamaah Islam yang lain, sama ada mereka selesa bergerak solo dengan menganggap menjadi kumpulan ghuraba’(pelik) yang disebutkan oleh Nabi SAW dalam hadith. Hal ini kerana secara kasarnya kita melihat ISMA tidak begitu mesra dengan NGO lain termasuk jamaah Islam.

Cuma, saya tidak menafikan rasa kagum dengan sifat ahli ISMA yang sanggup berkorban wang ringgit untuk diinfaq kepada jamaah mereka. Selain itu, usaha mereka untuk memartabatkan Islam harus dipuji walaupun ada pendekatan yang silap dan harus diperbaiki.

Janganlah kerana banyak perkara yang kita tak bersetuju dengan ISMA membuatkan kita ‘buta’ akan kebaikan yang ada pada mereka walaupun ia hanya sedikit pada pandangan kita. Kepada ahli ISMA, janganlah wala’ kepada pemimpin jamaah membuatkan anda membiarkan kesalahan yang dilakukan, malah kesilapan itu diberi pula penafsiran yang kelihatan pelik dan kekadang langsung tak masuk akal.

Ingin pula disebutkan di sini dua points menark semasa lecture Shaikh Dr Yasir Qadhi semasa #ilmfest di PICC minggu lepas.

Pertama, Islam bukanlah agama tentang teologi atau ritual semata2. Ia agama yang bersifat menyeluruh. Bukanlah seorang muslim itu menyendiri dengan amal solehnya dan tidak bersama masyarakat, tidak mengambil peduli tentang masalah mereka, membiarkan jiran kesusahan, walau dia non Muslims. Menjadi soleh(baik) dan musleh(memperbaik). Islam menegakkan keadilan dan kebajikan kepada semua orang.

Kedua, Islam tidak menghalang Muslims untuk berkawan dengan non Muslims. Malah, hak mereka sebagai manusia mesti dihormati. Jasa dan sumbangan mereka kepada masyarakat dan negara dikenang dan diberi kredit, bukan diketepikan hanya kerana mereka non Muslims. Disebutkan kisah Rasulullah SAW memberi kredit kepada Mut’im ibn ‘Adi ketika umat Islam menang perang Badar yang mana dia pernah membantu umat Islam ketika di Makkah walau dia tidak memeluk Islam dan mati sebelum perang badar.

Nilai ukhuwwah sesama Muslims lebih besar daripada hubungan kemanusiaan kita dengan non Muslims, namun tidak wajar untuk kita menafikan hak mereka sebagai manusia. Juga, Tidak wajar juga untuk kita terlalu bertoleransi dengan mereka sehingga mengetepikan saudara seaqidah kita sendiri.

Sebelum ke kesimpulan, ingin saya luahkan ketidaksetujuan saya terhadap tindakan ISMA yang mengangkat Saudari Alifah Ting Abdullah, kerana saya mengganggap dia seperti ‘kambing hitam’ dalam isu berkaitan ‘penceroboh’ bagi menolak dan menafikan dakwaan bahawa ISMA racist. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya akan pendirian ini.

Ada sahabat saya yang tidak mahu saya sebutkan namanya, ada berkata semasa kami berdiskusi tentang perkara ini, mafhumnya:
Kalau Alifah Ting mengenali Islam bukan melalui jalan ISMA, mungkin dia lebih terbuka pemikirannya

Kenyataan ini mungkin seperti merendahkan kedudukan saudari Alifah, namun saya memilih untuk melihat maksud tersirat di sebalik kata-kata yang deep ini.

Saya tidak berminat untuk memanjangkan ulasan ini dengan membahaskan tentang isu racism keranasaya berpendapat ia bukan isu pokok. Mungkin agak besar juga isu ini, tetapi saya percaya jikalau kita mampu tangani isu-isu yang saya sebutkan di atas sebelum perkara ini, isu racism ini tidak akan sebesar seperti yang berlaku.

Kesimpulan kepada ulasan saya ini:

1 – Umat Islam mesti bersatu padu dengan tidak membesarkan perkara yang berbeza dalam beberapa hal. Kita adalah saudara seaqidah dan itu mesti kita tonjolkan dalam interaksi seharian kita.

2 – Dakwah kepada non Muslims mesti dipergiat agar mereka lebih memahami Islam. Bukan setakat menyampaikan mesej Islam secara perkataan, malah kita mesti menunjukkan contoh akhlak Muslim kepada mereka agar mereka berasa selesa dengan Islam dan tidak memusuhi Islam.

3 – Toleransi kita dengan non Muslims ada hadnya yang sepatutnya tidak sampai kita melebihkan toleransi itu daripada nilai ukhuwwah dengan saudara kita sendiri.

4 – Semua orang khususnya Muslims perlu lebih banyak mendalami ilmu terutama dengan memperbanyakkan pembacaan kerana orang yang lebih banyak membaca mempunyai pemikiran yang lebih luas dan terbuka, seterusnya memberikan kita kematangan dalam menghadapi isu yang berlaku dengan tidak begitu beremosi.

5 – Kita jangan mudah gopoh dalam melontarkan pendapat dan ulasan atas perkara yang kita tidak pasti akan kesahihanya. Kalau tak pasti, sebut dengan jelas kita tidak pasti. Malah lebih baik kita siasat akan kebenarannya terlebih dahulu agar tiada sesiapa yang menjadi mangsa atas kegagalan kita menyemak informasi yang kita dapat. Bahasa mudahnya, “read, check, copy, paste” dan bukannya “read, copy, paste”.

6 – Sama-sama kita mendoakan kebaikan dan kesejahteraan saudara-saudara kita yang menganggotai ISMA. Mereka ada sebab tersendiri untuk berpendirian bersama PEMBINA/ISMA walaupun kekadang kita pelik dengan gelagat sebahagian pimpinan ISMA. Juga, moga Allah Ta’ala sentiasa meredhai kita semua, memberi petunjuk kepada kita semua dan mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini.

7 – Berpegang teguhlah dengan prinsip yang kita pegang berteraskan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Kita mencintai para ‘ulama dan orang soleh serta pemimpin yang ‘adil, namun mereka tidak sempurna. Kita mencintai mereka, namun kebenaran lebih kita cintai.

Wallahua’lam. Moga Allah redha.
Sebarang komen dan kritikan amat dialu-alukan.

6 Responses to “Isu ISMA: Tanda kita tak setia dengan kebenaran”

  1. Saudara Fauzi Siraj, perlukah keluarkan statement secara generalization seperti yang dibuat?

    Kalau ada pihak lain keluarkan statement “melayu celaka” dan ia ditujukan kepada segelintir melayu, adakah saudara boleh terima?

  2. Shuhaib, baca komen kau mengingatkan aku kepada “master mind” dan “master front” masa join subcom SRC dulu.

    By the way, menarik points yang kau bagi ni untuk difikirkan bersama dan kena buat sesuatu ni.

    Jazakallahu khair.

  3. 1. Mengatakan bangsa Cina sebagai penceroboh bukanlah fakta, bahkan lebih kepada sentimen kedangkalan dalam memahami wacana kenegaraan abad moden ini. Bukan soal salah nada, bahkan salah fakta itu sendiri.

    Sepatutnya, dalam kerangka negara bangsa ini, setiap warga tidak kira asal-usulnya adalah warganegara Malaysia. Tidak timbul isu siapa pendatang siapa tuan. Semua adalah setaraf.

    Sikap defensif dan inferiority complex ini merupakan krisis keyakinan terhadap pegangan diri, yang ironisnya menjangkiti mereka yang mendabik dada merekalah Muslim sejati.

    2. Projek da’wah oleh beberapa NGO Muslim di negara ini merupakan sesuatu yang sangat terpuji. Tidak dinafikan ianya jauh lebih praktikal dan kena dengan sunnah Ar-Rasul.

    Namun begitu, meminjam intipati yang cuba dipersembahkan oleh Tariq Ramadan dalam bukunya Quest for Meaning, kebenaran itu ada pada setiap manusia. Tugas kita adalah untuk sama-sama berkongsi, memberi dan menerima apa yang kita percaya; bukan sekadar memberi dan menceritakan kebenaran yang dianggap milik kita (atau kebenaran yang mad’u tiada).

    Berbanding da’wah(menurut konsep yang dipegang arus perdana), dialog itu lebih harmoni sifatnya. Dalam dialog tiada yang memonopoli kebenaran, tiada agenda sulit untuk menukar kepercayaan orang lain (kerana itu urusan Tuhan).

    3. Begitu, dalam ruang awam yang serba kosmopolitan dan inklusif ini, tugas da’wah belum cukup lagi untuk menguatkan ummat Islam di arena nasional mahupun global.

    Kita perlukan suatu gerakan pemikiran, bukan sekadar sekelompok “preacher”; gerakan yang mendalami secara menyeluruh sosio-budaya-politik-agama-ekonomi masyarakat; bukan professional yang hanya bermain dalam lingkungan tertentu semata.

    Sekian komen ringkas dari saya.

  4. Fauzi Siraj Says:

    Tahniah atas komentar yang diberikan. Bagi saya yang tidak berbelah mana2 pihak, statement ISMA berkenaan Cina Penceroboh adalah memang ditujukan kepada golongan non-Muslim yang mempertikaikan undang-undang Islam. Isu yang terbaru adalah berkenaan hudud.

    “Beliau berkata demikian mengulas suara-suara yang mempertikaikan kenyataannya baru-baru ini apabila beliau membidas golongan bukan Islam yang menentang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam”
    -ismaweb.net-

    wallahua’lam

  5. Pertama sekali, terima kasih atas komen yang diberikan.

    Kedua, saya fikir adalah lebih molek untuk dinukillan pandangan asatizah atau ilmuan tentangnya berbanding ahli ISMA sendiri. Namun, saya tak nak memanjangkan perbahasan tentang ini dan mencampur adukkan pendapat orang.

    Ketiga, saya tak pernah berdiskusi dengan mana2 ahli ISMA pasal isu ini secara detail. Jadi, saya rasa tidak begitu adil untuk sebutkan pandangan yang mungkin tak berapa clear pendiriannya.

    Wallahua’lam.

  6. Teruskan menulis!
    Cdngan saya supaya lebih molek andai dsertai sbrg komen ahli jamaah yg dsbut bkenaan isu ini dituliskan sekali(jikalau ada).terima kasih.
    Semoga Allah redha.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: