Aku dan Ramadan.. #Day12

Ehem. Lama rasanya tak tulis coretan hidup peribadi secara direct kat blog ni. Rasa nak share sikit lah pula kali ni apa yang aku buat dua hari ni. Apasal tajuk lagu tu? Er ISA lah. I mean, ikut suka aku! Hehe.

Pengalaman riding in long distance memang satu yang sangat berharga tapi berisiko. Kuantan ke KL dalam 3 jam setengah sangat mencabar tatkala hanya berhenti kat R&R untuk isi minyak dan pergi tandas.

Day 1

Bertolak dari Kuantan sekitar jam 11 pagi selepas hantar housemate tersayang abang long fadil g terminal. Sampai kat Tol Gombak dalam pukul 2.07 petang (Accurate nyeee. Hah). Terus ku menuju ke rumah pakcik aku kat Taman Ehsan, Kepong. Sampai2 terus baring berehat sampai waktu Asar masuk, g solat kat surau berdekatan.

Asalnya nak ke UIA Gombak lepas tu jumpa dengan ikhwah tersayang yang qowiy Abe Syahir Zaidon, tapi tak kesampaian dek kesibukan beliau. So aku decide g UIA PJ yang tengah ta’aruf week for new intake. Dapat lah jumpa dengan member2, antaranya Najmuddin Razak dan Luqman Hakim. Ada lagi tapi nama tak ingat. Haha. Jumpa juga junior SMK Agama Arau iaitu Umair(masuk KISAS), Ammar, Amru dan Aiman. Ada lagi budak perlis tapi aku lupa nama depa. Sorry. Huhu. Dapat tumpang dengar juga motivational talk oleh orang lama UIA. Nice juga pengisian depa. Antara point paling aku ingat, “you are what you read”. Moga ia beri impak kepada new torchbearers for the ummah. Hehe. Seriously mencabar masa nak g dan balik sebab jalan sesak kat area TTDI/Damansara utama.

Aku sampai kat rumah pukul 12 tengah malam. Layan handphone jap. Tup2 blackout tetiba. Argh sudah. Aku terpaksa baring kat lantai. Tak sure pukul berapa okay balik, tapi memang sejuk sangat sampai kena slow kan kipas dan naik atas katil balik. Sambung tido. He.

Day 2

Bangun2 pagi pukul 6.24! Tidak! Kecewa sikit. Ingat nak puasa awalnya tapi memikirkan aku tengah musafir dan tumpang rumah saudara, yang siap prepare breakfast, so tak sanggup nak cakap yang aku tak boleh makan.

Tengah hari aku gerak ke Bandaraya oligopoli KL, tolong beli tiket bas member kat Hentian Putra. Then terus ke Jalan TAR g Pustaka Mukmin mencari buku terbaru Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berjudul “Menalar makna diri: kembara menjejak Imam Birgivi” yang aku cari kat Kuantan tak jumpa. Habiskan lagi se baucer buku . Cuma.. Kesesakan jalan yang tak jangka sangat… (*Life reduced by 100 years*). Tobat baq hang tak g dah naik motor. Udah le kena saman dengan polis trafik sebab parking tempat pejalan kaki. Taktau nak park katne dah oi. Aduh. First time kena saman.

Then, sekitar jam 2.30 petang, aku pun gerak ke UIA PJ lagi. Jumpa orang sama lagi. Haha. Cuma dapat juga jumpa adik aku, Raja Nur Hanisah yang baru masuk situ tapi tak jumpa semalam sebab miscommunication. Hah. Sempat juga hadiahkan senaskah buku Dr Mujahid Yusof Rawa pasal Catatan dialog dengan gereja untuk tatapan dia. Moga gembira hidup kat tempat baru! Sempat sembang juga dengan Umair especially pasal “gang Sunnah” dan kuliah2 “gang” tu. Faham2 je lah noo. Haha.

Pukul 5.30 ptg gerak ke Kota Damansara lepas solat untuk ke pejabat Mercy Mission. First time g kot. Discuss sikit pasal Being ME conference kat PICC esok(sabtu). Jenuh kot nak sampai sana, dah lah terkapai2 juga nak cari tempat, campur sesak jalan time orang balik kerja. Huh. Nice to know you bros irfan, siddiq, syakir, kalman dan jobair. Lagi sorang.. Adoi. Lupa.

Lepas solat, gerak ke Wangsa Maju sebab dah janji nak lepak dengan mutarobbi aku iaitu Adam Malik. Lama kot kitorang borak. Lebih kurang 2 jam 40 minit. Lama tak? Macam2 bab: Antaranya hudud, PRK Teluk Intan, isu politik Malaysia, isu Cadbury, politik kampus, volunteerism dan ‘falsafah’ perkahwinan & kekeluargaan. Tq adam belanja makan. Alhamdulillah. Sedap nasi goreng kampung n cheezy wedges dia! Boleh g lagi.

Pukul 12 baru gerak balik ke rumah dan sampai dalam 12.20 gitu. Fuh. Quite exhausted. Antara benda yang best dua hari ni: study dan revise selok belok jalan2 area KL ni. Updating map into mind. Ibarat daurah tariq ke el gituu. Haha.

InsyaAllah #day3 menyusul. Apa aktivitinya? Tungguuuu. Doakan daku! Moga Allah redha. Thanks for reading! Hope dapat manfaat.

*Posted through WordPress for Android

2 Responses to “Aku dan Ramadan.. #Day12”

  1. Er biasa je kot. Hehe.

  2. khairul Says:

    wah,hebat perjalanan bro…:)…

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: