Sidang Dewan Undangan Negeri Panas!

image

Persidangan Dewan Undangan Negeri ‘Diri’ bagi sesi penggal ke-8, tahun 2012 dilihat panas pada hari pertamanya lagi. Ia berikutan bajet tahun 2012 dibentangkan pada hari ini, yang mana ia ditangguhkan kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.

Topik yang dibincangkan ada melalut sehingga masuk ke isu-isu lain yang langsung tak ada kaitan dengan pembentangan bajet tahun 2012. Berikut adalah sebahagian manuskrip yang sempat dicatat:

YAB Iman: Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Yang saya hormati, Yang dipertua dewan undangan Negeri Diri, YB Akal, Sahabat-sahabat sama ada dari pihak kerajaan, mahupun pembangkang, serta hadirin sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Ta’ala atas nikmat dan kurniaNya, dapat kita berkumpul dalam dewan yang mulia pada hari ini.

YB Nafsu: Cepat la bentang. Membebel panjang pula muqadimah…

YB Iblis: Ye lah.. buang masa je cakap benda tak ada kaitan.

YDP Akal: Sabar, Ahli2 yang berhormat.

YB Nafsu: Aik…apasal yang dipertua boleh berat sebelah, mana boleh nak defend mana-mana pihak. Apa laaa…

YB Kaki: Betul la apa yang YDP cakap tu. Korang kena sabar, tolong beradab sikit.

YB Iblis: Hei..engko tu sibuk je. duk diam sudah la! Siot..

image

YDP Akal: Ahli-ahli yang berhormat, buat bertenang. YB Iman, teruskan dengan pembentangan bajet anda.

YAB Iman: Baiklah yang dipertua…

YB Tangan: Bagi la tazkirah sikit, YB, sebagai muqadimah.

YB Nafsu: Wei. kau ingat ni sesi kuliah maghrib ke apa ha?

YB Tangan: Apa masalah kamu? Kamu ni nak berkejaran ke mana sebenarnya?

YB Nafsu: Banyak lagi benda nak kena mana buat la oi. Nak jumpa penduduk di kawasan aku lagi, urusan keluarga lagi. soalan bodoh.

YB Mata: Apa ni guna perkataan tak baik macam tu, YB?

YDP Akal: Diam..diam. Semua diam. Yang tak dapat ikut peraturan dewan, saya akan gunakan kuasa saya untuk arahkan keluar.

YB Nafsu: Saya cuma nak jawab soalan Tangan tu. Dia nak lambatkan lagi perjalanan ni. memang dasar lembab betul dia ni.

YB Kaki: Ya akhi, jaga sikit kata2 kamu tu.

YB Nafsu: Apa akhi2.. panggil YB ok. bengong betul.

image

YDP Akal: YB Nafsu, saya arahkan anda keluar dari dewan.

YB Nafsu: Apa salah saya ni, YDP?

YB Iblis: Ya, apa salah dia? Saya bangkang sekeras-kerasnya keputusan YDP.

YDP Akal: Saya arahkan YB Nafsu keluar dengan segera. Pihak keselamatan, tolong iringi beliau keluar. YB Iblis, anda ingin ikut serta?

YB Iblis: Tak..tak YDP.

YDP Akal: Baik. Ahli2 yang berhormati, tolong bersikap matang dan rasional dalam perbuatan dan kata2. YB Iman, teruskan dengan pembentangan anda.

image

YAB Iman: Baik. Terima kasih YDP. Tuan Yang Dipertua, saya selaku ketua kerajaan Pakatan Taqwa tidak akan mengambil masa yang lama untuk membentangkan bajet tahun 2012, kerana sebahagiannya telah dibentangkan dalam bajet khas pada akhir Ogos 2011 yang lalu yang masih digunapakai sehingga akhir 2012 ini.

Tuan Yang Dipertua, ‘diri’ sebagai sebuah negeri yang ‘masih baru’, maka masih belum mempunyai keadaan kewangan yang kukuh. Justeru, kerajaan bercadang untuk mengurangkan bajet bagi tahun ini, bagi mengelakkan defisit dalam kewangan negeri. Hal ini kerana, hutang, walaupun ia bukanlah suatu yang salah namun ia mesti hanya digunakan pada masa yang terdesak dan kecemasan, tidak boleh senang2 nak berhutang.

Oleh yang demikian, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5-RM6 sebagai peruntukkan perbelanjaan harian. Selain itu, dalam sebulan hanya sekali dibenarkan untuk ‘outing’ yakni keluar ke kawasan yang agak jauh, kerana ia menelan belanja kos pengangkutan. Setakat keluar dari kampus, berjalan kaki ke kawasan berhampiran adalah dibenarkan.

Jumlah penggunaan bulan hendaklah kurang daripada RM220, termasuk penggunaan ketika ‘outing’. Sekiranya penggunaan sesuatu bulan melebihi angka ini, maka ‘outing’ adalah ‘diharamkan’ pada bulan yang berikutnya. Semoga dengan ini, negeri ‘diri’ kita akan makmur dan diberkati oleh Allah Ta’ala.

Sekian, tuan yang dipertua, pembentangan bajet yang ringkas dan tuntas.

Gambar Hiasan

YDP Akal: Alhamdulillah, cukup ringkas tetapi padat. Memandangkan masa masih ada untuk persidangan ini, saya membuka kepada ahli2 yang berhormat yang ingin membahaskan pembentangan bajet yang telah dibuat.

YB Tangan: Saya rasa teruja dengan pembentangan yang dibuat. Sangat pendek.. dalam sejarah!

YB Kaki: Tak hairanlah YB Iman nak bagi mukadimah agak panjang tadi.

YB Mata: Betul..betul. Biar kita berjimat, daripada berhutang.

YB Iblis: Saya membantah sekeras-kerasanya, tuan YDP. Maksimum RM6 sehari nak guna? Lawak apa yang kerajaan pakatan ni nak mengarut. Dalam bajet alternatif yang Barisan Keadilan buat, kami meletakkan RM12 perbelanjaan harian, dan ia sama sekali tak akan mendatangkan defisit. Apa jenis kerajaan ni? Bodoh bab ekonomi…

YB Telinga: YB, parti YB bukan berada di tampuk pemerintahan, memang senang la nak cakap itu, cakap ini. Tak ada defisit, pakar ekonomi. YB ingat kerajaan Pakatan Taqwa kami ini membuat dasar dalam bajet ini ikut sedap hati kami saja ke?

YB Jantung Hati: Teruja nama saya disebut. hehe… Walaupun saya berada di pihak bebas, saya merasakan hujah dan dasar yang dibentang oleh kerajaan PT ok je. Tak ada masalah.

YB Iblis: Hati, engko tu tak perlulah jadi bebas. Nampak sangat engko tu pro-PT. masuk je la PT tu. Boleh jadi EXCO.

YB Jantung Hati: Saya tak gila kuasa seperti kamu, wahai YB Iblis. Beria-ria nak jadi MB. Kalau kamu berubah jadi macam ADUN Iman, merangkap YAB Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Amin Bin Ahmad, insyaAllah boleh la jadi Menteri Besar Diri nanti.

Smile

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: