“Aku nak delete akaun FB lah”

Bahagian 1- Puisi “Bukan Semua”

Bukan semua yang kita rasa perlu kita luahkan,
Bukan semua apa yang fikir kena ceritakan,
Bukan semua benda yang kita baca dan dengar perlu kita kongsikan,
Bukan semua gambar yang kita ada perlu kita muatnaikkan.

Bukan semua perkara yang berlaku mesti dihebahkan,
Bukan semua isu harus kita ulas,
Bukan semua topik boleh kita debatkan,
Bukan semua keadaan kita perlu diam.

Bukan semua apa yang gang kita buat atau cakap itu betul,
Bukan semua apa yang lawan kita cakap atau buat itu salah,
Bukan semua pendapat yang kita lontarkan benar,
Bukan semua orang nampak satu benda macam kita nampak.

Bukan semua apa yang aku cakap perlu diterima,
Kerna hanya firman Allah dan sabda utusan-Nya yang tidak boleh ditolak.

Bahagian 2- Cerpen “Sekurang-kurangnya..”

“Ini bukan standard seorang ilmuan!”, kata Alif dalam post FB nya bersama gambar screenshot.

“Apalah diorang ni sembang kencang bagai, macam bagus sangat”, kata Amin dalam status FB nya.

“Bukannya orang tak share berita pasal Gaza tak concern pasal Gaza. Lu mau jadi tuhan ka?”, tulis Asyraf dalam twitter nya.

“Sila baca @Afiq Alias @Aiman Arshad @Amirul Anwar”, kata Akmal dalam post yang di share nya.

“Boikot McD tapi hisap rokok, I cannot brain it lah”, kata seorang hamba Allah dalam caption di instagram nya bersama gambar logo McD dan kotak rokok.

“Eh eh. Apa benda korang semua cakap ni? Penat aku baca”, kata Mr Ordinary Guy di blog nya sambil menulis cerpen yang tak macam cerpen.

Bahagian 3-Cetusan ilmiah

Nabi SAW pernah bersabda, maksudnya, “Cukuplah seseorang itu dikatakan berdusta apabila dia menceritakan setiap yang dia dengar” – Hadith riwayat Muslim

Allah SWT melarang kita menyindir orang lain seperti mana yang disebut dalam surah al-Hujurat, ayat 11. Sindiran yang dimaksud di sini ialah teguran yang merendahkan atau menghina/memburukkan orang lain. Bahasan sindiran adalah bahasa Allah Ta’ala dalam Quran. Dialah yang layak untuk menghina sesiapa yang dikehendakinya dan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya. Maha suci Allah Ta’ala daripada sifat-sifat makhluk yang lemah seperti berat sebelah dan zalim.

Setiap daripada kita ada tanggungjawab masing-masing yang pastinya ia akan ditanya pada hari kiamat. Tanggungjawab seorang Muslim ialah menyampaikan mesej Islam atau lain kata dakwah, dan dakwah yang paling utama dengan akhlak yang baik. Tanggungjawab – tanggung di dunia, jawab di akhirat.

Bahagian 4-Coretan 

Apa benda yang aku tulis kat atas tu boleh difahami secara direct, juga read it between the lines. Pengalaman sebagai penulis dan pembaca di Facebook sangat membuatkan aku tersentap dan fikir panjang saban hari yang buatkan aku pilih untuk lebih banyak diam.

Dah banyak kali sebenarnya aku fikir nak delete akaun FB aku yang public tu. Banyak sebab.. Antaranya, bilangan sisters dalam friend list yang agak ramai(ramai sangat kot) tapi tak kenal pun agak mengganggu. Macam2 jenis manusia dengan latar belakang dan ragam yang buat fikiran jadi ‘serabut’ bila scroll news feed. Ada lagi sebab2 tapi tak besar sangat pun kot.

“So betul ka nak delete akaun tu?”

Still fikir pasal tu, sambil mohon petunjuk yang Maha mengetahui atas segalanya. Delete or tak, tak penting.

“Sebab?”

Tengah baca buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil Hafizahullah “Menalar Makna Diri, Kembara menjejak Imam Birgivi” yang bagi aku sangat deep..sangat! Strongly recommended. Sikit tapi buat fikir panjang. Ada tulisan yang kita baca panjang, tapi agak kosong sampai kita tak fikir apa-apa dan terima bulat2 macam jadi robot. Aku nak baca cepat pun tak boleh buku ni.

“So? Apa kaitan dengan delete akaun FB?”

Hmm.

Sorry kalau ada yang kurang senang atau tak puas hati dengan apa-apa yang aku tulis dalam entry ni. Moga Allah rahmati kita dan ampuni keterlanjuran kita dalam hidup di dunia yang sementara ini. Amiin.

2 Responses to ““Aku nak delete akaun FB lah””

  1. setuju ngan komen di atas.kalau rasa x selesa, rasa lebih banyak buruk daripada baiknya, delete ja lah.pasal news feed yang menyemak tu agak r.yelah..kita tak mampu mengubah orang kan.kalau rajin boleh je set supaya x nampak post orang tu lagi.suggestion je kalau nak teruskan berfb

  2. Nak delete akaun, bergantung kepada seseorang individu. kita tak boleh nak elak fitnah akhir zaman ni, tapi boleh usaha ubah ke arah yg lebih baik. Kurangkan letak post yg tak penting dll. Tokoh yg tertulis dlm entri ni, Ustaz Hasrizal Abd Jamil pernah buat satu entri khas, mengumumkan kerelaan beliau menutup akaun fb nya, tinggal fb page beliau utk update baru kpd para pengunjung. maaf, tak ada link post beliau dari saifulislam.com tu, tapi kata-kata beliau sgt menyentap hati..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: