Cersapen “It is really not a mistake?”

Fahmi berjalan dengan penuh berdebar dan risau akan apa yang berlaku seketika nanti. Dengan kalbu tenang, dia mengorak langkah menuju ke pejabat pensyarahnya.

Assalamua’alaikum, sir”, kata Fahmi sejurus masuk ke dalam pejabat itu dengan jemputan pensyarahnya.
Wa’alaikumussalam. Haa Fahmi.. Jemput duduk”, balas Dr Rafiq dengan senyuman yang lebar.

Lain macam je senyum sir ni. Aish.. Macam2 hal”, monolog Fahmi.

Hujan sedang lebat turun di luar, memandangkan musim tengkujuh telah kembali. Kelihatan pakaian Fahmi agak basah, mungkin dia menunggang motosikal untuk ke sana.

Kamu naik motor ke datang ke sini? Ish ish”, tanya Dr Rafiq sambil menekan suis untuk mematikan pendingin hawa.
Kalau saya tak naik motor, nak datang dengan apa lagi sir. Saya bukan ada lesen kereta. Baju hujan ada, tapi still kena juga lah hujan”, jawab Fahmi.
Hmm. Macam macam lah kamu ni Mi. Ada apa apa kamu nak cerita dengan saya?”, tanya Dr Rafiq lagi.
Er tak ada kot”, jawab Fahmi.
Tak ada? How come? Saya lagi prefer kamu cerita daripada saya interrogate”, balas Dr Rafiq.
Saya tak tahu nak cerita apa sir”, kata Fahmi sambil tersenyum.
Saya bukan apa Mi. Saya concern dengan kamu. Bukan saya nak busy body ke apa. Tapi saya tak boleh terima kamu terus buat silap”, kata Dr Rafiq.

Banyak perkara yang bermain dalam fikiran Fahmi ketika mana dia mendengar luahan itu yang pada pandangannya agak lain, berbeza dengan peribadi Dr Rafiq yang dikenali selama ini.

Kenapa kamu diam je? Say something. I want to listen”, kata Dr Rafiq.
Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa”, balas Fahmi.
Kalau kamu ada masalah, ceritalah. Saya nak tolong kamu”, kata Dr Rafiq.
Saya sebenarnya berharap kalau saya boleh mulakan hidup baru sir”, kata Fahmi.
Maksud kamu?”, tanya Dr Rafiq kehairanan.
Entahlah, mungkin saya nak berhijrah ke tempat lain ke”, jawab Fahmi.
Perlu ke sampai macam tu sekali? Itu solusi kepada masalah ke, atau kamu nak lari dari masalah?”, tanya Dr Rafiq lagi.

Dr Rafiq kelihatan agak serius. Fahmi pula hanya menundukkan pandangannya sambil memejam mata seketika.

Setiap orang ada ujian masing masing kan?”, tetiba Fahmi mengajukan soalan.
Yes. Betul. Kenapa? Kamu nak kata saya tak faham ujian kamu?”, balas Dr Rafiq.
Bukan… Tapi saya nak kata yang saya seakan dah hilang trust dengan manusia”, jawab Fahmi sambil bangun dan mendekati pintu pejabat Dr Rafiq.
Kamu nak ke mana? Jangan biar saya tertanya-tanya dengan statement kamu yang serius tu”, balas Dr Rafiq.

Fahmi terus keluar tanpa menjawab soalan Dr Rafiq. Sebaliknya hanya memberikan salam sambil meninggalkan pejabat itu.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: