“Akhi, boleh ringkaskan tak?”

Sudah jadi kebiasaan atau tabiat manusia dalam banyak keadaan untuk berharap pada yang mudah dan menolak yang susah. Inginkan yang bagus tanpa dilaburkan apa yang sepatutnya. Sedangkan, mana mungkin kita mampu mencapai makam yang tinggi andai kita enggan untuk berkorban dalam pendakian menuju ke puncak itu.

Kata orang bisnes, kalau tak nak susah marketing, macam mana nak kaya?
Kata orang politik, kalau tak bersandiwara, macam mana nak berpengaruh?
Kata orang agama, macam mana nak masuk syurga, kalau tak nak sabar(baca: susah) dalam ketaatan?
Kata orang pendidikan, macam mana nak dapat A kalau malas study?
Kata orang matematik, kalau malas fikir, sampai bila takkan dapat solution yang tepat!

Bila kita sedar ada kenalan kita yang ada masalah, dan dia rela untuk menceritakan tentangnya kepada kita, ada yang berkata, “Boleh ringkaskan tak?”.

Padahal, mana mungkin kita boleh faham dengan mendalam akan masalahnya itu tanpa mengetahui segala perkara yang berlaku dan bermain di fikirannya. Tapi nak buat macam mana kan, dah terbiasa nak benda simple, atau mungkin malas nak dengar panjang-panjang. Hmm..

Atau, kita berlagak macam jadi tuhan! Yakni, terlalu cepat menghukum(baca: buat kesimpulan sendiri atas cerita sekerat yang baru dengar atau baca).

Samalah juga dalam kebanyakan isu atau perkara yang terjadi dalam masyarakat kita. Berapa ramai yang sanggup atau nak buat kajian pasal sesuatu isu tu? Apa background dia? Siapa terlibat dalamnya? Apa yang dorong ia berlaku? Apa kesan dia?

Ramai (termasuk aku, mungkin) yang hanya nampak its surface saja, lalu bagi ulasan yang tak kena atau hanya timbulkan masalah lain. Tak cuba memahami apa di sebalik sesuatu isu, sebaliknya buat kepala sendiri.

Kita dituntut untuk banyak membaca. Sebab, membaca membuatkan vocabulary kita bertambah, dan secara tak langsung ia membuatkan pandangan kita jadi luas dan akal kita lebih banyak berfikir dengan kritis, akhirnya membentuk diri yang lunak dalam pertimbangan.

Namun, ada sebahagian yang malas membaca. Artikel di blog atau website pun berat gila nak baca, inikan pula buku. Diminta kepada rakannya untuk bagi ringkasan sesuatu artikel atau buku. Kalau membaca pula, bukannya dibaca untuk faham, tapi mungkin nak cari point untuk dikomen atau dikritik (Harapnya kita bukan begini la).

Coretan ringkas sekadar meluahkan apa yang bermain dalam fikiran, bukan nak mengata kat sesiapa. Tapi kalau terasa, ambillah ia sebagai teguran yang jujur untuk kebaikan bersama. Ia bukan untuk yang membaca semata-mata, tapi pastinya juga bagi yang menulis.

Moga Allah redha.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: