Filem PK: Kritik agama asas reformasi?

Filem PK atau Peekay adalah bahasa hindi/urdu yang membawa maksud telah minum yakni mabuk. Filem ini telah menimbulkan kontroversi terutama di negara yang menerbitkannya iaitu India, kerana filem ini bergenrekan kritik agama dan sosial yang dianggap mengguris perasaan penganut agama Hindu bagi kelompok yang menentangnya.

Namun, setakat pemerhatian penulis dalam debat atau komen di internet, kebanyakan atau mungkin boleh kata majoriti merasakan filem itu okay, walaupun pastinya ada kritikan atau teguran yang boleh diberikan kepadanya. Mana ada filem atau drama yang sempurna kerana penerbit dan pelakonnya bukanlah sempurna.

Antara gagasan utama dalam cerita ini adalah “wrong number” yang dianalogikan sebagai usaha kita ingin menghubungi(call) tuhan tetapi rupanya yang kita hubungi ialah ‘tuhan yang salah’, yang mana ia bersangkutan dengan eksploitasi agama yang orang berautoriti dalam agama mempergunakan agama dan memperbodohkan masyarakat dengan mendakwa mampu bercakap secara terus dengan Tuhan, dan menggunakan agama untuk pendapatan diri. Akhirnya, harapan manusia kekal tinggal harapan walaupun telah melaksanakan ‘arahan tuhan’ yang disampaikan oleh ‘wakilnya’.

Malah, ada yang menanam dogma bahawa agama dan ajarannya suci dan sempurna sehingga ‘alergik’ dengan soalan yang didakwanya ingin mencemarkan kesucian agama. Oleh sebab itu, masyarakat dalam filem berkenaan terkejut tatkala dikatakan tuhan tak boleh ditanya soalan.

Oleh sebab itu, ditekankan akan kepentingan untuk beragama(baca: mengabdikan diri kepada Tuhan) dengan ilmu, yakni ia beruka dengan akal yang sihat(baca: berfikiran kritikal untuk tanya soalan dalam mencari ilmu dan kebenaran). Ada kelompok yang menganggap cerita ni ancaman kepada agama-agama termasuk Islam. Mereka yang berkepentingan mungkin rasa terancam. Hal ini kerana sesungguhnya akal dan naqal(wahyu) itu harmoni dan bukan ‘bermusuhan’.

Dalam Islam misalnya, bukanlah satu kesalahan untuk bertanya soalan, lebih-lebih lagi ia bersangkut paut dalam perkara asas dalam mencari makna kehidupan dan kebenaran. Sejak bila wahyu dan akal itu berkonflik? Yang masalahnya ialah orang yang tak menggunakan akal dalam belajar agama, bak kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Mana mungkin kita nak memahami ajaran agama kalau tak menggunakan akal?

Orang agama yang menjadi jurucakap kepada agama mesti bersikap jujur dalam menjawab soalan orang ramai yang inginkan pencerahan dan sabar terhadap telatah mereka yang bermacam ragam. Bukannya dimaki atau dituduh musuh agama hanya kerana mereka tidak mampu menjawab persoalan yang ditimbulkan. Apabila anak muda dilayan dengan buruk oleh golongan ini, maka tidak hairanlah mereka memberontak dan menolak agamawan dalam memahami agama dan its essence, kerana terdapat banyak buku yang boleh dibaca. Bukannya mereka ingin beragama dengan akal atau hawa nafsu semata-mata.

Satu lagi perkara yang ingin disebutkan di sini ialah berkenaan bidang perbandingan agama yang seringkali dipandang oleh sebahagian Muslim dengan persepsi yang negatif. Kata-kata seperti “Agama sendiri pun tak habis belajar lagi, sibuk nak belajar agama lain”, atau “Buat apa belajar agama lain, fokus la belajar agama sendiri dulu” dan sengangkatan dengannya biasa ditimbulkan oleh mereka yang tidak senang dengan trend mempelajari agama lain.

Maka, kursus atau program seperti Friendly Comparative Religion (FCR), Interactive Dakwah Training (IDT) dan sebaris dengannya dilemparkan tuduhan oleh segelintir orang sebagai agenda liberal dan sebagainya. Kenapa sampai begitu jadinya? Dahsyatnya impak cengkaman, kongkongan dan pemenjaraan minda oleh orang agama dan politik sampai begitu sekali.

Secara peribadi, saya berpendapat agar adanya subjek mempelajari secara umum tentang agama lain dalam pendidikan kita. Maknanya kita belajar agama lain, penganut agama lain juga sama. Sebabnya apa? Pada pandangan saya, belajar agama lain pada perspektif Muslim bukan sahaja untuk digunakan dalam kita berbahas untuk dakwah kepada orang bukan Islam, tetapi ia juga secara tak langsung memantapkan aqidah dan keyakinan kita dalam beragama untuk lebih setia dengan kebenaran, berbanding menerima bulat-bulat(taqlid) apa yang diajar sejak kecil tanpa berani berfikiran kritikal untuk mempertahankan pegangan itu lebih-lebih lagi apabila diserang oleh orang bukan Islam, atau mungkin Muslim sendiri. Apabila kita bandingkan agama-agama yang wujud dan dibincangkan kenapa konsep ketuhanan Islam itu yang benar-benar tulen tanpa tokok tambah atau ubahsuai, maka tidak timbul lagi isu terpangaruh dengan agama lain.

Dalam konteks filem ini, kita boleh nampak bagaimana dalam perjalanan PK mencari tuhan yang sebenar untuk dia meminta pertolongan mencari alat kawalannya, setelah orang ramai yang ditemuinya berkata tak mampu tolong dia dan hanya Tuhan yang mampu. Dia cuba beramal dengan semua agama walaupun pelik konsep setiap agama berbeza. Namun, dia yakin salah satunya benar-benar daripada Tuhan yang sebenar.

Konsep dua sayap harapan(hope) dan amaran(fear) pun ada disampaikan/ditunjukkan dalam gambaran keseluruhan sosio-budaya masyarakat India, yang secara tak langsung membantu dalam memahami hakikat kehidupan ni. Tuhan menjadi asbab bagi manusia punya harapan untuk hidup, dan Tuhan jua memberi amaran agar tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

Kita yang beragama Islam, memang yakin dengan kebenaran Islam. Namun, itu sama sekali tidak bererti kita tidak memerlukan lagi petunjuk, benar? Saban hari kita memohon kepada Allah dalam solat agar beri hidayah dan petunjuk kepada jalan yang benar. Berada di jalan yang benar tidak menjamin kita kekal di atasnya, mungkin terbabas tatkala ada perkara yang bermain dalam fikiran gagal dijawab. Dan, hidayah itu sendiri ada peringkat dan kedudukannya sendiri. Hari demi hari berlalu, kita berusaha dan mendambakan diri menjadi hamba dan khalifah yang lebih baik, agar kita mati dengan husnul khatimah(good ending) dan ia kedudukan terbaik kita di sisi Allah.

Benda paling tersentuh yang PK sebut pasal dua jenis Tuhan:
1. Tuhan ciptaan manusia
2. Tuhan yang mencipta manusia

Bukan tuhan yang manusia cipta tu yang dia nak sembah, tapi tuhan yang cipta manusia. Brother Shah Kirit ada sebut dalam group whatsapp benda ni kita boleh reflect dengan kalimah “Tiada tuhan melainkan Allah” iaitu tiada tuhan (ciptaan manusia) kecuali Allah (yang cipta manusia).

Ada yang mengkritik filem ni seolah-olah mengajar kita agar tak beradab dengan orang yang berautoriti dengan orang agama. Semestinya adab perlu dijaga. Cumanya, point ni ada kaitan dengan artikel yang bakal aku publish nanti berkaitan manusia yang sihat akalnya akan memberontak. Memang kita perlu beradab, tapi kita juga kena memahami kenapa wujudnya pemberontakan manusia terhadap agama.

pk

Gambar di atas ini ialah sedutan babak yang paling menarik yang menggabungkan tema politik, agama dan budaya. Antara dialog yang menarik ketika babak ini ialah, sami berkenaan berkata”Kami boleh lindungi tuhan“, lalu dibalas oleh PK dengan berkata “Korang nak lindungi tuhan? Dunia ni sangat luas, entah berapa banyak lagi tempat luar bumi ni yang korang tak tahu, korang nak lindungi tuhan?”

Satu lagi antara babak yang menarik apabila di gereja, orang di sana berkata, “Tuhan(Jesus) telah datang untuk menebus dosa kau”, lalu dibalas oleh PK, “Apa dosa aku? Aku baru saja sampai ke sini(bumi)

Debat berkaitan filem PK dalam media di India beberapa hari lepas yang cukup hangat, dengan 6 panelis dan ditambah pula dengan pengacara yang agresif. Bagi mereka yang berminat dengan debat, boleh observe macam mana pengacaranya manipulasi debat ni.

Untitled

Ada beberapa isu atau persoalan utama yang dapat disebut di sini:
1. Protes aman vs vandalisme – Siapa sebenarnya yang melampaui batas?
2. Demokrasi – Sejauh manakah kita memahami dan mengamalkannya?
3. Perundangan negara vs kalam orang agama – Manakah lebih berautoriti?
4. Sekatan vs kebebasan – Bagaimana kita nak kendalikannya terutama kehidupan masyarakat yang majmuk? Ada yang boleh, ada tak boleh?
5. Sensitiviti agama & kaum – Apakah batasan dalam kritik sosial & agama?

Bagi yang ingin mengikuti debat ini, boleh klik berikut: https://www.youtube.com/watch?v=m6wQIZ-syXY

Apa yang boleh kita belajar daripada budaya di India ialah keterbukaan media mereka(walaupun ada kepentingan atau sebab tertentu) untuk mewacanakan sesuatu isu atau perkara demi mendidik masyarakat, menghargai akal dan pemikiran mereka dan memberi ruang kepada semua pihak untuk bersuara.

Maka, akhir kalam, filem ini sangat dianjurkan untuk ditonton oleh umat Islam, dengan pelbagai sebab. Paling mudahnya, sebagai muhasabah dalam kita beragama. Sejauh mana kita yakin dengan kebenaran Islam dan setia dengannya.

Proses ke arah melakukan perubahan dalam menjadikan dunia yang lebih baik adalah antara lain bermula dengan melakukan reformasi dalam cara keberagamaan, yang akan menghasilkan seorang insan yang bersifat holistik dan mampu menyumbang kepada masyarakat serta tidak mementingkan diri sendiri.

Moga Allah sentiasa beri kita petunjuk untuk kekal setia dengan kebenaran hingga ke akhir hayat.

Diakhiri coretan ini dengan firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

وَكَذَٲلِكَ نُرِىٓ إِبۡرَٲهِيمَ مَلَكُوتَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلِيَكُونَ مِنَ ٱلۡمُوقِنِينَ (٧٥) فَلَمَّا جَنَّ عَلَيۡهِ ٱلَّيۡلُ رَءَا كَوۡكَبً۬ا‌ۖ قَالَ هَـٰذَا رَبِّى‌ۖ فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَآ أُحِبُّ ٱلۡأَفِلِينَ (٧٦) فَلَمَّا رَءَا ٱلۡقَمَرَ بَازِغً۬ا قَالَ هَـٰذَا رَبِّى‌ۖ فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَٮِٕن لَّمۡ يَہۡدِنِى رَبِّى لَأَڪُونَنَّ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلضَّآلِّينَ (٧٧) فَلَمَّا رَءَا ٱلشَّمۡسَ بَازِغَةً۬ قَالَ هَـٰذَا رَبِّى هَـٰذَآ أَڪۡبَرُ‌ۖ فَلَمَّآ أَفَلَتۡ قَالَ يَـٰقَوۡمِ إِنِّى بَرِىٓءٌ۬ مِّمَّا تُشۡرِكُونَ ٧٨) إِنِّى وَجَّهۡتُ وَجۡهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ حَنِيفً۬ا‌ۖ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

Maksudnya: “Demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan yang ada di langit dan di bumi, agar dia termasuk orang-orang yang yakin. Ketika malam telah gelap, dia melihat bintang, lalu berkata, ‘Inilah tuhanku’. Tetapi tatkala bintang itu tenggelam, dia berkata, ‘Aku tidak suka pada yang tenggelam’. Kemudian ketika dia melihat bulan terbit, dia berkata, ‘Inilah tuhanku’. Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata, ‘Sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk padaku, pasti aku termasuk orang-orang yang sesat. Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata, ‘Inilah tuhanku, ini lebih besar’. Tatkala matahari itu terbenam, dia pun berkata, ‘Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kalian persekutukan! Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang menyekutukan-Nya.” – Surah al-An’am, ayat 75-79

One Response to “Filem PK: Kritik agama asas reformasi?”

  1. Antara babak yg menarik jugak apabila PK mengatakan ” Tuhan tidak perlukan pengurus, dia boleh menguruskan diri sendiri”

    Dan persoalan yg sgt menarik di kemukan, ramai mengatakan kita menyembah tuhan yg sama tp sy rasa ada banyak Tuhan. Tuhan mana yg sy perlu ikut?

    Persoalan yg menarik juga, apabila ada babak manusia mudah menterjemah agama seseorg dgn pakaian.. Dan perbezaan ini dicipta oleh manusia sendiri.. indeed!

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: