Cerpen “Aku dan bukan aku”– Bahagian 1

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagi noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai..

Bait-bait lirik lagu Pasrah Segalanya itu terngiang-ngiang dalam fikiran Akmal ketika mana dia sedang berjalan menuju ke Bilik Kaunseling untuk bertemu Madam Raihana.

Walaupun mood pada ketika itu bukanlah seperti yang tergambar dalam lagu berkenaan, tetapi dia teringat kembali kenangan dalam perjalanan kehidupan yang penuh suka duka.

Apa khabar, Akmal? Lama tak jumpa kamu”, tanya Madam Raihana.
Alhamdulillah baik, madam. Haah, lama kan tak jumpa madam”, jawab Akmal.
Bila ya kali terakhir kamu datang jumpa saya? Rasa macam lama benar”, tanya madam lagi.
Oh, 13 bulan yang lepas madam. Hehe”, jawab Akmal sambil tersengih.

13 bulan? Lebih setahun bai.

Lama tu, so apa yang saya boleh betul kamu?”, tanya madam lagi.
Begini madam. Sebenarnya saya baru kena dismissed”, jawab Akmal.

Madam Raihana berasa sedikit pelik dengan gaya percakapan dan riak wajah Akmal ketika memberitahu hal berkenaan yang seakan gembira dengannya.

So apa yang kamu rasa sekarang”, tanya madam.
Awal-awal dapat tahu, of course sedih la juga. Tapi sekarang saya rasa boleh accept. Maksudnya, saya ada nampak hikmah yang lebih besar di sebalik apa yang jadi ni”, jawab Akmal dengan tenang, tak lupa dengna senyuman.
Sebenarnya apa yang jadi semester lepas sampai kamu tak pergi kelas ni?”, tanya madam lagi.

Ah. Akmal tetiba terfikir bahawa dia seperti sedang diinterrogasi di balai polis atas kesalahan dibuang universiti. Namun, dia mengambilnya secara positif.

Saya betul-betul dilema semester lepas, madam. Sampai saya terfikir nak keluar dari UIA”, jawabnya.
Tapi kamu still aktif dengan aktiviti luar yang pernah cerita dulu?, balas madam.
Ya, asalnya saya macam malas nak aktif. Lain kata nak duduk kat rumah je, tapi saya fikir at least saya ada buat something daripada tak buat apa-apa yang bermanfaat untuk orang lain”, jelas Akmal.
Boleh madam cakap tu sebagai punca kamu tak pergi kelas, sebab aktiviti itu lagi seronok?”, tanya madam lagi.
Nak kata ia punca pun macam tak kena juga, tapi ada menyumbang tu mungkin la boleh. Sebabnya bila saya muhasabah balik sehari dua ni, saya rasa maths bukan bidang saya sebenarnya”, kata Akmal dengan nada kekesalan.
Maksud kamu?”, tanya madam dengan sikit terkejut.

Bersambung…

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: