Cerpen “Aku dan bukan aku”– Bahagian 2

Madam Raihana agak terkejut tatkala Akmal memberitahunya bahawa dia merasakan matematik bukanlah bidang dia sebenarnya.

Bila saya ingat balik, cuba muhasabah. Saya rasa apa yang saya belajar especially core course tak dekat dengan jiwa saya. Lebih-lebih lagi bila masuk 2nd and 3rd year. Sampai terfikir, apa benda aku belajar ni”, jelas Akmal dengan jujur nampaknya.
Kalau betul kamu tak minat, kenapa kamu tak cerita or discuss sebelum ni lagi, sampai kena dismissed baru cakap?”, tanya madam untuk lebih kepastian.
Dalam hujung bulan 11 hari tu, ada seorang housemate saya yang try slow talk dengan saya. Masa tu saya cakap yang saya macam dah lost trust kat sesiapa. Siap ada satu cerpen khas nak beritahu benda ni” jawabnya dengan terus terang.

Sekali lagi madam terkejut dengan jawapannya. Hilang kepercayaan?

Kenapa hilang trust? Ada kaitan dengan masalah dulu?”, tanya madam lagi.

Masalah dulu? Ah sudahhh. Fikiran Akmal dengan pantas patah balik, kembali ke belakang. Ke arah suatu masa yang dianggapnya antara paling bersejarah dalam hidupnya. Semester 1, sesi 2013/2014 merupakan salah satu tempoh yang penting dalam perjalanan hidupnya.

Diri seakan sudah lost dan tidak nampak solusi kepada keserabutan dan masalah yang dihadapinya bertahun-tahun lamanya.

Alhamdulillah.. Keadaan sedikit berubah, tatkala sahabat yang dianggap oleh Akmal sebagai memahaminya iatu Adzam, bercakap untuk membantunya yang termampu supaya dapat keluar dari lembah itu.

Maka, mereka berdua balik ke Perlis untuk berbincang dengan ibu bapa Akmal tentang perkara ini.

Mama tak rasa kahwin dapat selesaikan problem ni. Sebab, kena ingat. Kahwin ni bukan setakat diri sendiri nak bahagia, tapi kita nak bagi kebahagiaan. It is about giving, instead of expecting our spouse to bring us into happiness”, kata Ibu Akmal.
Bangcik kena ingat, yang bangcik tu lelaki. Ada tanggungjawab kepada family, lebih-lebih kepada adik-adik terutama bila bapak dengan mama meninggal kelak. Kalau tak habis degree ni, susah la nak apply kerja just pakai sijil SPM”, tambah Ayah Akmal.
Letak priority cinta tu. Jaga hubungan kita dengan Allah. Cinta paling agung. Cinta manusia boleh berubah, hari ni sayang, esok mungkin benci”, tambah lagi Ibu Akmal.

Tu dia, rupanya Akmal ada terfikir yang masalahnya mungkin dapat selesai dengan adanya teman hidup yang akan mengharungi onak duri dan suka duka kehidupan bersama. Namun, ada benarnya kata ibunya itu.

Dan, yang lebih besar adalah mencari punca sebenar yang menyebabkannya jadi seperti itu. Bukan hanya cari solusi sedangkan penyebab utama pun tak tahu.

Macam mana hari tu balik jumpa parents? Ok?”, tanya Madam Raihana.
Erm, boleh la. Tapi still tak discover apa punca sebenar”, jawab Akmal.
Based on apa yang kamu cerita hari tu, madam rasa madam tahu apa puncanya”, balas madam lgi.
Apa?!”, tanya Akmal terkejut sambil kehairanan.

Bersambung…

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: