Ramai Muslim yang kufur dan murtad?

Benarkah kenyataan yang berbentuk soalan yang menjadi tajuk artikel kali ini? Kalau tanya aku, aku tak tahu. Namun, persoalan yang lebih besar ialah: Adakah aku termasuk orang yang kufur? Dan, apa yang aku buat untuk mengubatinya jika ya, atau apa yang dibuat untuk menghindarinya dan menyumbang untuk mencegah dan merawatnya dalam masyarakat sekeliling?

Hal ini kerana sebahagian orang mempunyai mentaliti/cara berfikir bahawa tanggungjawab untuk menyelamatkan umat Islam daripada terjebak dengan virus kekufuran dan murtad adalah tugas para asatiza, pendakwah agama dan orang bekerja di jabatan agama Islam. Sedangkan, dia tidak berfikir apakah yang mampu dibuatnya untuk membantu dalam masalah ini.

Nikmat satu tanggungjawab, bukan sia-sia

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ

Masksudnya: “Kemudian mereka pasti akan ditanya pada hari itu(hari kiamat) tentang segala nikmat(yang dinikmati dan diterima yang telah dikurniakan oleh Allah)” – Surah at-Takathur, ayat 8

Dalam surah ini, Allah memberikan peringatan yang sangat besar penting kepada kita, sama ada yang Muslim atau bukan Muslim akan hakikat kehidupan ini yang hanya mainan dan tiada apa-apa, sehingga terlalai dengan harta benda, pangkat & pengaruh serta anak pinak daripada mencari kebenaran dan makna kehidupan ini sebenanrya.

Kita juga akan ditanya pada hari kiamat di Mahsyar berkenaan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita selama hidup di dunia dulu.

Adakah kita menggunakannya dengan baik, untuk niat dan cara yang betul? Adakah kita memanfaatkannya hanya untuk diri sendiri, atau kongsikannya dengan orang lain, sama ada secara direct atau indirect? Adakah kita sedar dan mengakui bahawa hakikat sebenar kurniaan itu adalah dari Allah, bukan usaha kita semata-mata?

Dalam erti kata yang lain, nikmat itu bukanlah ‘hak milik terpelihara’ kita sepenuhnya. It comes for a reason. Bukannya sia-sia. Bukannya ikut suka kita nak buat apa dengannya. Bukannya terpulang kita nak anggap ia macam mana.

Banyaknya nikmat kurniaan Tuhan

Allah Ta’ala berfirman dalam surah an-Nahl:

وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Maksudnya: “Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah akan dapat kamu menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” – Surah an-Nahl, ayat 18

Apabila kita ingin memahami ayat ini, ada satu perkara yang menarik boleh diketengahkan. Iaitu, kenapa Allah menyebut sifatnya Pengampun dan Penyayang dalam hal ini, bukan Pengasih dan Penyayang, atau Kaya dan Penyayang?

Benar, hanya Dia yang mengetahui. Namun, kita boleh memahami dari satu sudut, bahawa Allah Maha Mengampun bagi manusia yang kufur daripada menyembah-Nya. Dalam erti kata lain, dia tidak kembali atau menyandarkan limpahan nikmat yang begitu banyak itu kepada Allah, sama ada secara perkataan pujian dan kesyukuran, atau perbuatan dengan tunduk patuh sepenuhnya kepada suruhan dan larangan-Nya.

Nikmat terbesar

Dalam surah al-Fatihah yang diungkapkan kita banyak kali setiap hari dalam solat, Allah berfirman:

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦ صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧

Berikanlah hidayah kepada kami agar tetap berada di jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan mereka yang dimurkai, bukan jua mereka yang sesat” – Surah al-Fatihah, ayat 6 dan 7

Ayat ini ditafsirkan melalui kaedah tafsir al-Quran dengan al-Quran, iaitu dalam ayat 69 surah an-Nisa’:

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡہِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّہَدَآءِ وَٱلصَّـٰلِحِينَ‌ۚ وَحَسُنَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ رَفِيقً۬ا

Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka dari kalangan para nabi, orang-orang yang benar, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Amat baiklah mereka itu menjadi teman (kepada orang yang taat)

Maksudnya di sini yang boleh kita fahami, nikmat yang paling besar ialah nikmat iman kepada kebenaran, yang disebutkan beberapa golongan untuk contoh dan panduah kita. Manakala, cara sampainya nikmat iman itu boleh jadi secara direct atau indirect.

Yang berbentuk indirect itu adalah kebanyakan yang seringkali terfikir, dapat dan lalui seperti sihat, hidup senang dan sebagainya, yang pada akhirnya membuatkan seorang insan itu boleh terfikir, contohnya: “Kenapa aku dapat nikmat banyak sangat ni? Padahal aku tak adalah usaha mana pun. Orang lain yang usaha keras taklah dapat macam aku”.

Bagi Muslim yang memikirkannya, ia menambahkan iman dan keyakinan mereka terhadap kebenaran yang dipegang, selain memanifestasikan kesyukuran mereka kepada Tuhan dengan memanfaatkannya untuk kebaikan masyarakat, bukannya untuk diri sendiri semata-mata. Manakala, bukan Muslim pula menjadi kritikal untuk menjadi jawapan kepada soalannya, yang akhirnya akan sampai kepada Tuhan yang sebenar.

Mereka yang bersifat ignorance sehingga tidak berfikir atau tidak mengendahkan apa yang terfikir akan nikmat kebesaran Tuhan dan pelbagai ciptaan-Nya yang hebat adalah salah satu perkara yang boleh membawa seseorang jauh daripada kebenaran.

Kekufuran terbesar

Muslim yang telah meyakini akan kebenaran Islam, kemudian keluar daripadanya atau lain kata murtad adalah bentuk kekufuran yang paling besar yang dijanjikan oleh Allah dengan azab yang pedih. Namun kita tidak boleh sewenang-wenangnya menilai seseorang itu murtad kerana ingin menolak kebenaran, malah mengancam untuk bunuh atau menuntut supaya dia dibunuh. Juga, usah mudah menuduh seseorang telah murtad.

Dalam sebuah hadis Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Zar al-Ghifari radiallahu ‘anh:

لا يرمي رجلٌ رجُلًا بالفسوقِ ، ولا يرميهِ بالكفرِ ، إلَّا ارتدَّت عليهِ  إن لَم يَكن صاحبُه كذلِك

Maksudnya: “Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh tidak demikian” – Hadith Riwayat al-Bukhari

Kita perlu menyelidik punca dan pendorong kepada berlakunya murtad itu, dan kemudian membantu menyelesaikannya. Antara pendorong yang membawa ke arah itu ialah sikap sebahagian masyarakat termasuk diri kita sendiri yang pentingkan diri sendiri dan tidak memberikan perhatian dan layanan yang baik kepadanya sehingga dia kecewa yang amat dengan sikap sebahagian Muslim(atau semua Muslim pada pandangannya) sehingga meletakkan beban kesalahan itu kepada agama Islam.

Maka, masyarakat Muslim perlu mengambil serius terhadap isi dan pendekatan pendidikan agama yang baik dan sesuai, agar seseorang individu tidak ditekan untuk menerima kepercayaan agama hanya secara dogmatik semata-mata.

Dalam erti kata lain, apabila dia bertanya soalan berkaitan agama, dimarah dan dimakinya serta dianggap orang yang nak mencabar agama. Sehingga, ada Muslim yang jauh dalam jantung hatinya bahawa nikmat yang dikecapinya itu adalah hanya kerana usahanya yang gigih tak tidak menyandarkannya kepada Allah. Inilah antara ciri dan bentuk kekufuran kecil yang kekadang kita tidak sedari.

Penutup

Akhir kalam, ada dua doa yang diajar oleh Nabi Sollahu ‘alaihi wasallam yang baik untu kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita, agar kita dapa setia dengan kebenaran.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima” – Hadis Riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh Albani

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memerbaiki ibadahku untuk-Mu” – Hadis hasan, Riwayat Abu Daud

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: