Cerpen “Aku dan bukan aku”– Bahagian 3

Akmal sangat terkejut tatkala diberitahu oleh Madam Raihana bahawa dia sudah mengenalpasti punca masalah Akmal yang selama ini menjadi tanda tanya. Bukan sahaja dirinya, malah keluarga dan sahabat handainya.

Sebenarnya kamu kekurangan kasih sayang seorang bapa masa kecil. Or lebih tepat, kurang nafkah dari sudut psikologi”, kata Madam Raihana.

Akmal terdiam sebentar, namun kepalanya kelihatan mengangguk-angguk. Sepertinya dia setuju dengan kenyataan Madam Raihana itu.

Kamu setuju ke?”, tanya madam.
Saya rasa betul la madam. Sebabnya, saya selalu keluar g solat isya kat masjid dengan ayah saya then g kedai mamak, dari kecil sampai la sekarang. Tapi jarang bercakap or sembang. Lain kata physically rapat, tapi mentally or hati tu tak rapat. Yeah, saya nampak ayah saya ni dengan kawan2 dia memang talkative, tapi dengan family macam kurang sikit. Eh, bukan saya nak salahkan sangat ke apa”, jawab Akmal.
Takpe madam faham. Bukan apa, sebab ramai juga kes yang jadi macam ni. Punca sama, tapi kesan tu berbeza. Kekurangan nafkah psikologi tu buatkan kamu jadi pemendam, rasa frust dengan family yang sepatutnya tempat share problem, tapi realiti tak. Akhirnya, ia jadi macam dendam terpendam sampai besar, sampai kamu macam hilang trust dengan semua orang sebab orang yang paling rapat dengan kamu pun macam tu”, jelas madam.

Sekali lagi, Akmal terdiam. Namun, kali ini dia menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.

“Bila dengar madam cakap macam tu, rasa betul je. Saya memang tak pernah ada yang saya anggap best friend, yang mampu saya share problem secara mendalam. Sampai la saya kenal dan semakin rapat dengan Adzam, kawan saya yang teman saya datang sini tu. Saya boleh pulak share, malah pernah nangis depan dia”, kata Akmal.
Kamu nak tahu kenapa kamu jadi macam tu? Boleh cerita kat dia semua tu..”, tanya madam.
Mesti la madam. Saya pun pelik dengan diri sendiri”, jawab Akmal.
Kamu trust malah sayang dengan dia betul-betul sebab maybe kata-kata menunjukkan dia memahami kamu. So kamu mampu cerita kat dia apa yang kamu tak pernah cerita kat orang lain. Kalau over sikit, dia macam ambil alih tugas ayah kamu untuk bagi nafkah psikologi tu. Ayah kandung or biological dad hanya untuk bagi nafkah harta, tempat tinggal dan sebagainya”, jelas madam sambil tersenyum.

Akmal tertawa pula kali ni sambil mengganguk-anggukkan kepala, seakan apa yang dikatakan oleh Madam Raihana sudah menjawab persoalan yang selama ini difikirkannya tetapi menemui jalan buntu.

Apa yang saya patut buat sekarang madam?”, tanya Akmal.
Simple je. Kamu patut buang ‘dendam’ dalam diri kamu tu, maafkan ayah kamu malah semua orang dengan maaf betul2, bukan cakap mulut je. Then, kamu usahakan untuk perbaiki hubungan dengan ayah kamu, malah dengan semua orang, lebih-lebih lagi yang terkena kesan peribadi kamu yang tak stabil tu,” Jawab madam.
Tapi macam mana kalau saya rasa awkward bila rasa nak sembang banyak dengan ayah saya? Maksudnya, dia mungkin tak cakap banyak, saya cakap 50 patah, dia jawab 3 patah”, tanya Akmal lagi.
Ohh. Kamu just buat part kamu, part dia kamu doakanlah pada Allah agar dia berubah, or at least kamu rasa ok dalam hubungan dengan dia. That’s all Akmal”, balas madam.

Bersambung….

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: