Perjalanan mencari diri yang faham dan ikhlas

Coretan kali ini ditulis sehari selepas pulangnya aku dari mukhayyam a.k.a perkhemahan untuk para penggerak dakwah dan tarbiah IPT bawah IKRAM Pahang, yang diadakan 3 hari 2 malam di Janda Baik. Nama tempat spesifik tak ingat. Hah.

Alhamdulillah, program ni sangat menarik dan bagi kesan pada diriku. Mesti la kan? Kalau tak, tak adanya aku nak cerita pasal tu. Berahsialah jadinya, masuk akta OSA. Kali terakhir g mukhayyam ni, 19-21 April 2013 kat Tasik Chini.

Hmm. Baiklah, ada beberapa benda yang aku nak cerita sikit berkaitan mukhayyam ni, yang boleh kita sama-sama reflect atau muhasabah diri untuk mantapkan aqidah dan ibadah, serta perbaiki amal dan akhklak kita.

Ukhuwah

Malam pertama kat sana, kami buat aktiviti ala-ala night walk dengan bertutupkan mata. Masuk ke semak, lumpur, sungai kecil dan sebagainya, jalan sambil berpegangan tangan antara satu sama lain dalam kalangan teammates.

Oh ya, aku kumpulan Izzuddin al-Qassam. Teammate: Halim Hazwan Jamaluddin, Adam Ramli, Umair Othman, Usamah Othman, Anuar Fahmi Abd Fattah, Nurfirdaus Musa, Faizal Zairudin dan Syafiq Samsul Bahrin.(betul ke eja nama diorang ni?) Seorang lagi yang patut join Ahmad Amnan Ahmad Tarmizi tak dapat join sebab sakit mata.

Pada awalnya ada AJK program yang lead, pegang tangan aku, berjalanlah kitorg sambil berfikir nak ke manakah kita ya.

Sampai la ke satu point, ada tali yang perlu dipegang oleh orang paling ke depan(aku la tu! dah tu, kami la team first yang jalan). Memang komunikasi dan kerjasama penting la.

Lepas tu, ada pula suara-suara cakap macam “No 1, ada cerun, slow slow. Rendahkan badan..”, sampai la ke tempat terakhir, kami sampai kat satu kawasan lapang bertar. Suara sesama teammates pulak, “Belakang okay tak?”,Slow sikit, renggang dah belakang ni” dan sebagainya.

Lepas sesi muhasabah/sharing apa yang dapat daripada aktiviti tadi, setiap seorang dibawa ke tempat yang lain-lain untuk tadabbur alam dan muhasabah diri. Benda pertama yang bermain dalam fikiran masa ni adalah ayat al-Quran:

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ

Maksudnya: “Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah memnyatukan jantung hatimu, lalu menjadilah kamu orang-orang yang bersaudara kerana nikmat Allah; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”– Surah Ali Imran, QS3:103

Ayat Quran ibarat suara AJK atau fasilitator, berpegang dengan tali Allah ibarat tali untuk berjalan dalam dunia yang penuh kegelapan dan kezaliman dengan ajaran Islam, jangan bercerai berai pula ibarat berpegangnya tangan para du’at dalam bersama-sama mengharungi pancaroba yang pelbagai, kemudian bila dipisahkan, part ayat di atas yang selepas tu memang benar-benar menusuk qalbu. Rasa rindu gila dengan diorang saat bersama tadi. Basah jap!

Disiplin

Mukhayyam ni juga adalah medan latihan paling praktikal sebelum menjadi da’ie dan murobbi yang menekankan tentang praktikal dakwah, termasuk pemeliharaan 10 muwasafat tarbiah.

Aspek ketepatan masa, patuh kepada arahan kem komander, fokus dalam tugasan dan kerja, serta penjagaan checklist amal adalah yang paling jelas ditekankan semasa program.

Selain itu, ia berikan aku nafas yang baru dalam memandang dan mengamalkan mutabaah amal a.k.a checklist amal. Ia akhirnya berbalik kepada kejujuran kita dalam memandang mutabaah ni dengan berpaksikan ibadah kerana Allah, bukan kerana murobbi atau mana-mana manusia.

Rohani dan Fizikal

Selain itu, ada slot permainan yang menguji ketangkasan dan kekuatan fizikal. First tu main free fight dalam bulatan, setiap kumpulan hantar seorang, dua atau tiga orang. Ada urutan nombor yang team tu decide untuk player. Kiranya game ni bukan ikut suka siapa nak main.

Aku punya la main all out, sampai last sekali jadi defensive gila, dan target nak stay dalam permainan sampai habis je tanpa harapkan kemenangan. Dua orang lawan target nak singkirkan aku. Tak guna betul. Haha. Alhamdulillah berakhir juga dengan bermaruah.

Sebelum jungle trekking, aku dah rasa kaki kat bahagian peha rasa sakit semacam dah. Tapi still insist nak masuk hutan juga, ya la bukan selalu nak trekking ni.

Masa turun bukit, nak balik, ada kawasan cerun sikit yang buat aku lari agak jauh. Malam tu masa nak g solat maghrib.. perghh. Rasa sakit gila. Nak jalan pun tak boleh bai! Nak sujud dan bangun dalam solat lagi la.

Akibatnya, terlepaslah aku daripada join war game, slot yang ditunggu-tunggu. Just tidur, sebab memang letih juga sebenarnya. Rasa bersalah dengan teammates pun ada. Sam, team leader siap luahkan rasa terkilan 3 orang team kitorang yang tak join malam tu. Sorry sam!

Selain itu, sepanjang mukhayyam ni juga, boleh nampak betapa dekatnya dengan jiwa bila seseorang berkata-kata atas pengalamannya, bukan hanya beretorik atau berteori semata-mata.

Aha.. Lagu tema program juga sangat nice. Prahara means cubaan/ujian.

Video lagu Prahara jadi Anugerah

Walau berjuta fitnah menghujam
Walau perih dan duka menikam
Tiada ‘kan henti ku lari mengejar
Cinta Ilahi dan cita menjulang

Padukan hati satukan langkah
Lipatgandakan amal kebajikan
Kepada Allah kita kan berserah
Agar prahara menjadi anugrah

Kobarkan semangat di dalam jiwa
Enyahkan duka nestapa di dada
Lantunkan munajat pada Yang Kuasa
Teguhkan pilihanmu di jalan-Nya

Selagi hayat di kandung badan
Tak kan ku rela dakwah dinista
Balikkan arus dan lalu ciptakan
Gelombang baru yang kian menerjang

Penutup

Antara resolusi mukhayyam adalah untuk perbaiki pengurusan masa, seperti datang awal ke liqo usrah, banyakkan aktiviti dengan ikhwah lain bukan terhad kepada satu usrah saja, juga buat group whatsapp alumni Mukhayyam 15.

Sebenarnya ada lagi nak cerita, tapi cukuplah sekadar ini (sebenarnya tak larat dah. huhu). Coretan ini diakhiri dengna satu doa yang diajar oleh Rasulullah Sollalahu ‘Alaihi Wasallam yang merupakan doa Nabi Daud ‘alaihi salam:

  أَللَّهُمَّ، إِنِّي أَسْألُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ،  وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.  أَللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي، وَالْمَاءِ الْبَارِد

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu akan cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu dan amalan yang membawaku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cintaku kepada-Mu lebih daripada cintaku kepada diriku sendiri, keluargaku dan air yang dingin” – Hadis hasan, riwayat Tirmidzi, Hakim, Abu Nu’aim & Abu Qaani’ dari Abi Darda’ radiallahu ‘anh

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: