Cerpen “Aku dan bukan aku”– Bahagian Akhir

Setelah melalui proses yang singkat, untuk menerima hakikat bahawa dia dibuang dari UIAM Kuantan, Akmal menjadi kritikal dengan mempersoalkan sama ada Matematik benar-benar bidang yang diminati untuk mendalaminya, ataupun tidak. Bukan tak minat, tapi lebih tepat tak minat nak dalami.

Maka, dia pun beristikharah, memohon petunjuk daripada yang Maha berkuasa dan mengetahui atas segalanya, selain beristisyarah, meminta pendapat keluarga dan sahabat handai di sekeliling yang mengenali kelakuan dan keperibadiannya.

Dan, Akmal juga memuhasabah, cuba mengingati balik, apakah aktiviti yang telah dilakukannya, perkataan yang diucapkan, serta apa yang ditulis selama 3 tahun di UIAM Kuantan.

Tiga bidang yang dapat disenarai pendek, iaitu perbandingan agama, psikologi dan pendidikan. Pendidikan di sini tidak bermakna mengajar, tetapi apa saja bentuk penyebaran dan perkongsian ilmu & maklumat, dengan metod yang sesuai, untuk memudahkakan orang faham, termasuk penulisan artikel di blog.

Dah habis jawab ke?”, tanya madam Raihana.
Haa.. Dah madam”, jawab Akmal.
Kejap ye, madam nak analyze. Sementara tu, kamu boleh la g berurut kat mesin tu”, balas madam.

P_20150226_071957

Akhirnya, setelah dianalisis, ternyata firasat dan keyakinan Akmal bahawa psikologi merupakan bidang yang paling diminatinya, memang sama dengan keputusan, itulah bidang yang paling sesuai dengan minat dan personalitinya.

Makanya, kini dia sedang menunggu panggilan temuduga di UIAM Gombak,setelah memohon untuk masuk kembali, dengan psikologi sebagai pilihan pertama, sociology & anthropology pilihan kedua, Usuluddin & Comparative religion pilihan ketiga dan Guidance & Counselling pilihan keempat.

CYMERA_20150226_072749

Dia menghabiskan “sisa-sisa masa terakhir” di Kuantan sebagai full-timer Hidayah Centre Pahang, selain memberi sumbangan yang semampu boleh, seperti melatih pelapis, sebelum meninggalkan Kuantan kelak.

Dia juga berazam untuk berjumpa setiap pensyarah yang pernah mengajarnya, terutama yang pernah dizalimi dan menjadi mangsa kebiadapannya, dengan ponteng kelas, agar mereka mengetahui apakah yang berlaku sebenarnya.

Entah, Akmal tidaklah terlalu berharap untuk masuk ke UIAM Gombak. Sebaliknya mengharapkan, sambil memberitahu kenalannya agar mendoakan yang terbaik untuk perjalanan hidup di dunia yang sementara ini, kerana boleh jadi,belajar di UIAM Gombak bukanlah tempat yang terbaik untuk dirinya.

Advertisements

One Response to “Cerpen “Aku dan bukan aku”– Bahagian Akhir”

  1. akmal , akmal. banyak story hutang nanti bila akmal masuk gombak.

No comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: