Hidup ini bukan hanya hitam putih?

Ada masa kita beribadah bersendirian, ada masa kena berjemaah, terutamanya solat fardhu dan bekerja untuk perjuangan dakwah.

Ada kalanya kita study in group, ada masa lain kita perlu study sendiri2, agar kita mampu betul-betul fokus, serta dapat menilai tahap kefahaman kita, serta menguji ilmu yang dipelajari.

Samalah juga dalam bergerak kerja dalam memanifestasikan tugas sebagai khalifah. Ada waktu kita bekerjasama, bersinergi dan beramal jama’ie. Dan, ada ‘zaman’ kita mesti belajar berdikari dan bekerja berseorangan, agar kita tidak terlalu bergantung pada orang lain.

Itulah kehidupan di dunia yang sementara ini.. Kenapa kena dua-dua?

Pada akhirnya, betapa ramai kenalan kita, connection yang kita ada, persatuan dan jamaah yang kita sertai, hakikatnya kita akan berseorangan pada hari kiamat di Mahsyar.

Tiada masa untuk memikirkan tentang orang lain, melainkan diri sendiri sahaja.

Terlalu banyak benda nak difikirkan dan diselesaikan pasal diri sendiri saja pada ketika itu. Atas kesalahan dan kezaliman yang dilakukan, untuk ditebus dan dipohon kemafaan. Serta, nak cari pertolongan untuk berlepas diri, agar selamat ke syurga.

Moga Allah sentiasa rahmati dan berkati hidup kita, serta memberi petunjuk untuk kekal setia dengan kebenaran. Amiin.

‪#‎Muhasabah‬

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: