Hudud: Ayuh terus berdakwah!

Ada orang tanya pendapat aku pasal hudud. Hudud ni libatkan bab agama, perundangan, pentadbiran dan lain-lain. Pendapat aku ni pun hanya atas pengetahuan yang sikit, malah bukan ahli mana-mana bidang. 

1. Sebagai Muslim yang meyakini Allah SWT senagai pencipta dan pentadbir alam ini, malah Dialah yang menurunkan al Quran, kita menerima hukum hudud sebagai salah satu yang disyariatkan untuk kebaikan masyarakat manusia sejagat.

2. Maka, adalah patut untuk semua umat Islam di Malaysia menyokong hasrat dan keazaman kerajaan Negeri Kelantan untuk meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

2. Namun, perlu kita fahami bahawa mengkanunkan tidak bererti dapat dilaksanakan. Enakmen ini telahpun diluluskan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan disebabkan Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mengehadkan kuasa mahkamah syariah.

3. Di samping itu, kita patut meneruskan agenda dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam, untuk memberi kefahaman yang jelas tentang Islam sebagai sebuah agama yang bukan sekadar lengkap dan menyeluruh, tetapi praktikal dan relevan sepanjang zaman.

4. Selain itu, pertemuan, wacana dan perbincangan yang harmoni antara individu, badan kerajaan dan bukan kerajaan, sama ada di pentas umum mahupun tertutup, adalah penting sebagai usaha untuk mendidik masyarakat dalam bab ini.

5. Akhir sekali, hubungan antara kaum dan agama sangat perlu dijaga bagi memastikan kemakmuran dan keharmonian negara ini terjaga dan terjamin, untuk kelangsungan dakwah yang lebih kencang dan berkesan, InsyaAllah.

“Suburnya dakwah, selangkah ke arah dunia yang harmoni”

Penulis adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, IKRAM Siswa Nasional dan Pengarah Strategi Hidayah Centre Pahang.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: