“Hang ingat drebar bas tu lekeh ka kamil”

Alhamdulillah tadi aku baru sampai negeri tercinta, negeri tumpahnya darahku, Perlis Darus Sunnah.

Naik bas MARA Liner semalam pukul 9. Asalmya ada aku seorang saja bersama 2 driver bas masa bergerak dari Terminal Sentral Kuantan(TSK). Selang dalam 10 minit, ada pasangan naik bas sekitar 5 km lepas terminal. Seorang lagi kat temerloh. Empat orang penumpang bas tu.

Pasangan tu turun kat aloq setaq, makcik temerloh tu turun kat kola peghlih, aku pulak turun kat kangaq.

Bas MARA Liner. Gambar hanya hiasan.

 

“Pakcik, solat dulu ye?”, tanya aku. Masa tu kat shahab perdana jam 6.08 pagi.
“Jalan dulu, subuh baru nak masuk”
“Rasanya dah masuk, pakcik”

Pakcik tu pun masuk bas, buat apa entah. Aku blur sikit, baru bangun tidur la katakan.

“So jalan dulu ke pakcik?”
“Haah”
“Oh, okay”

Oh hampanya aku. Come on.. Solat on time la pakcik. Solat tiang agama.

Akhirnya stop kat satu masjid, area Alor Janggus. First time rasanya dalam hidup. Naik bas ekspress, dan stop kat masjid untuk solat bai. Tersenyum aku keseorangan. Memang aku seorang pun.

“Pakcik bengang sebenarnya dengan pasangan tu, sebab tak berterima kasih ke apa, masa turun kat shahab tadi. Padahal kita kesian kat dia semalam, boleh tunggu dia kat Shell tu semalam. Padahal kalau ikut prosedur, dah lambat, kena tinggal la kan. Burn RM68”

“Tu la. Hmm. Manusia ni macam2 kan pakcik. Nak orang hargai kita, tapi kita tak hargai orang”

Dari Aloq Setaq sampai la ke kangaq, tinggal aku, makcik temerloh dan pakcik tu. Aku duk depan sebelah dia, makcik tu seat pessenger 2nd row. Sembang kenchang la dari isu tambang bas, SOP bas ekspress, sampai la ke isu MH370 dan MHh17.

Subhanallah.. Pakcik tu bukan calang-calang orang. Banyak ilmu dan pengkajian dia. Malu aku beb!

“Hang ingat drebar bas tu lekeh ka kamil”, monolog aku.

“Jumpa lagi pakcik, InsyaAllah!”, sambil berjabat tangan dengannya, nak turun bas kat Bukit Lagi.

Barakallahu fih.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: