Cersapen: “Menjadi Quran yang berjalan”

Selesai peperiksaan Advanced Mathematical Methods yang merupakan subjek terakhir sebelum cuti semester yang panjang bermula, Akmal pulang ke rumahnya dengan perasaan yang bercampur. Dia telah buat keputusan untuk keluar awal walaupun soalan peperiksaan agak mencabar baginya.

Sahabat serumahnya di Taman Polo, Adzam juga menduduki peperiksaan pada pagi penghulu segala hari itu. Setibanya di rumah, dia melihat Akmal terbaring di ruang tamu rumah dengan wajah yang muram.

Mal, macam mana last paper tadi? Okay tak?”, Adzam bertanya walaupun dia tahu apa jawapan yang Akmal akan berikan.
Erm. Kalau aku pass AMM ni, aku syukur sangat dah”, jawab Akmal sambil bangun dari baring.

Adzam senyum sambil mendekatinya lalu memeluknya, lalu berkata:

“فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ”

Macam mana kau tahu aku nak peluk kau?”, tanya Akmal.
Kita bukan baru kenal Mal, kan?”, jawab Adzam dengan ringkas.

Mendengar jawapan Adzam tersebut membuatkan Akmal terharu seraya berkata:

“لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا, فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ”

Adzam tersenyum tatkala mendengar apa yang diungkapkan oleh Akmal, “Nice lah Akmal. Hebat member aku sang penulis ni
Err tengoklah siapa member dia?”, jawab Akmal.

Mereka berdua ketawa dengan jawapan yang diberikan oleh Akmal itu.

Dah baca al Kahfi belum?”, tanya Adzam.
Belum. Jom tadarus”, jawab Akmal.
Jomm”, balas Adzam.

Selepas solat Jumaat di Masjid UIAM Kuantan, Akmal bertemu sahabat sekelasnya iaitu Rafizi dan Aiman.

Aku macam nak nangis je weh jawab soalan tadi”, kata Rafizi.
Haha. Ye ke?”, balas Akmal.
Kau siap boleh keluar awal lagi tu. Pergh mantap arh”, kata Aiman.
Dah tak tahu nak hentam apa dah, takkan nak buang masa duk dalam exams hall OSC yang sejuk tu?”, balas Akmal.
Serius susah weh soalan tadi. Tambah2 nak kena prove. Mana aku hafal pun. Arghh”, kata Rafizi.

Adzam mendekati mereka ketika Aiman berkata; “Allah dah sebut kan dengan simple tapi jelas;

“لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا”

Eh. Abe Zam. Korang datang sekali eh?”, tanya Aiman.
Haah”, jawab Adzam.
Apa kaitan ayat tu dengan exams tadi?”, tanya Rafizi.

Kita mesti biasa dengar tak pun sebut masa sekolah dulu, "cikgu tak pernah ajar pun soalan jenis macam tu" atau "apa lah buat soalan susah2. Argh", kata Akmal.
Hah. Biasa sangat do. So?”, tanya Rafizi lagi.

Bila kita belajar Maths kan kita kena faham betul2 teori dan konsep so that kita mampu nak solve problems yang ada”, kata Adzam yang menyampuk.
Samalah dalam hidup ni. Kita menuntut ilmu, memahami konsep dan teori pasal hakikat kehidupan kat dunia yang sementara ni dengan keimanan yang teguh. Then, ujian yang Allah bagi kadang2 luar daripada jangkaan kita kan, tapi still dalam jangkauan kemampuan kita”, tambah Akmal.

Subahanallah mantop ah korang dua!”, balas Aiman.
Zam, kau baru tukar CTS ke? Hahahaha”, kata Rafizi.
Haha. Takde lah. Akmal pernah share pasal ni dengan aku dulu. Tu aku tahu. Hehe”, jawab Adzam.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Adzam dan Akmal bersembang tentang kenangan sejak perkenalan mereka dalam lembayung usrah semasa di asasi dahulu. Adzam berkata:

اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي”

“وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي

Ayat surah apa tu ea? Macam familiar. Surah Taha eh?”, tanya Akmal.
Haah. Doa Nabi Musa agar Nabi Harun menjadi penyokong dan menguatkan dia”, jawab Adzam.
Teringat aku cakap dulu kita saling menguatkan dengan kekuatan daripada Allah”, kata Akmal.
Aku teringat kau cakap tu lah yang teringat ayat ni”, balas Adzam.

Syukur aku dapat sahabat dari DQ yang hafaz quran. Ibarat Quran yang berjalan gitu”, kata Akmal.
Aku pun syukur juga dapat sahabat yang pandai maths, pemikir kritis. Bahkan ibarat kalkulator yang berjalan haa”, balas Adzam.

Haha. Ada2 je benda nak balas”, kata Akmal.
Haha. Dah kau puji gitu, aku nak kena balas baliklah. Moga kita menjadi agen dakwah yang berkesan, of course paling utama dengan akhlak dan tingkah laku kita”, balas Adzam.

Yeah! Allahumma amiiin. Perli atau rasa prejudis dengan tindakan orang lain bukan sifat yang patut ada oleh seorang Muslim yang berjiwa da’ie, kan?”, kata Akmal.
Indeed. Kita doakan kebaikan dan kesejahteraan saudara kita di Gaza atau di mana2 sahaja, insyaAllah kebaikan itu akan kembali pada diri kita”, balas Adzam.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: