Cerpen “Kenangan yang hilang” – Bahagian 1

Eh.. Student mana boleh buat announcement dalam masjid. Kena minta izin dengan jawatankuasa dulu“, kata Ustaz Rashid, imam 1 masjid.
Saya yang minta dia buat, ustaz. Dia cuma bagi poster program untuk tampal dekat masjid, dan minta kalau boleh announce masa solat jumaat sekali“, balas Abang Halim, seorang AJK masjid.
Saya tak kisah siapa yang nak announce, ustaz. Saya pun kalau boleh tak nak announce“, jawab Afiq.
Haa.. Memang saya tak bagi pun student announce. Kamu je yang buat kejap lagi, Halim“, respon ustaz.

Tersenyum Afiq melihat gelagat ahli jawatankuasa masjid ni pula, sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Apasal kau tersenyum ni ha, Afiq? Teringat kat bakal isteri ke..“, sapa Fauzan, kawan sekelasnya.
Haha.. Apa la kau ni. Ke situ pulak. Aku tetiba teringat satu kenangan kat masjid ni. Sebab tu aku senyum. Tu je. Satu lagi, aku mana ada bakal isteri la“, jawab Afiq.
Duduk iktikaf dekat belakang masjid sampai ingat kenangan. Fuhh.. Apa la agaknya kenangan manis tu sampai buat kau tersenyum“, balas Fauzan sambil menjeling-jeling ke arah Afiq.
Ada la..”, kata Afiq.
Eh.. Tak ada bakal isteri? Dulu bukan kata ada?“, tanya Fauzan lagi.
Dulu tu dulu“, jawab ringkas Afiq dengan sinis sambil mengeyit mata.

Paang!
Bunyi talefon bimbit dibaling dan skrinnya retak.

Woi nam. Apasal doh baling handphone pulak ni wei?“, tanya Usamah, rakan sebilik Anam.
Aku tak faham la wei dengan mamat Afiq ni.. Apasal dia tu berlagak sangat hahh. Post status FB bajet bagus la konon. Padahal orang tak tahu perangai sebenar dia“, jawab Anam.
Kau balik phone kau sebab baca status FB dia? Agak-agak la coi nak marah pun“, balas Usamah sambil mengambil talefon bimbit yang retak itu.
Kalau ikutkan hati aku, aku nak baling dia je!“, kata Anam dengan muka geram dan berapi.
Apa maksud kau perangai sebenar dia tu?“, tanya Usamah lagi dengan perasaan ingin tahu.

Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: