Katakan tidak pada pseudo-psychology!

Semua orang harapkan benda yang asli.
Semua orang dambakan produk yang ori.
Semua orang tak inginkan barang tiruan.
Semua orang tak mahu ikut kesesatan…

Betapa sedihnya ahli-ahli hadith apabila hadith palsu dianggap riwayat yang thabit daripada Nabi Muhammad Sollallahu ‘alaihi wasallam.

Betapa sedihnya para saintis apabila nasihat kesihatan palsu dianggap fakta sains.

Pernahkah kita bayangkan betapa sedihnya ahli psikologi apabila idea-idea berkaitan motivasi, tingkah laku dan minda yang palsu dianggap sebagai fakta atau teori saintifik dalam bidang psikologi?

Lebih-lebih lagi jika ia boleh memudaratkan orang ramai dari segi aqidah, ibadah, kesihatan fizikal, dan juga kesihatan psikologi – sama ada jangka pendek atau jangka panjang, secara peingkat mikro atau makro, termasuk kesan limpahan negatif kepada pihak lain khususnya dan masyarakat umumnya.

Apabila ditegur secara direct, ada yang sensitif.
Ada yang sudah terlalu taksub.
Ada yang sudah melabur duit yang banyak (atau mendapat keuntungan duit yang banyak).
Dan, ada tokoh ternama pula yang menjadi penyokong dan pendokong.

Jadi, kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana?

Oleh sebab itu, kita wajib didik diri kita sendiri dengan:
1. Kemahiran berfikir aras tinggi (analysis, evaluation & synthesis)
2. Pemikiran saintifik (objectivity, accuracy, skepticism & open-mindedness)
3. Kemahiran-kemahiran yang turut diajar dalam pengajian Usul Fiqh, ‘Ulum al-Qur’an dan ‘Ulum al-Hadith.

Semoga Allah ta’ala sentiasa beri kita hidayah, keampunan, serta kekuatan untuk istiqamah dalam menuntut ilmu, dan cekal dalam mengubah diri sendiri ke arah menjadi seorang hamba dan khalifah yang lebih baik. Amiin ya rabbal ‘alamiin.

*Diolah dan ditambah daripada tulisan dan ucapan seorang pensyarah psikologi.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: