Mengemudi Perubahan: Malaysia Baru?

Bila kita nak baiki diri jadi lebih baik, kita kena cabar diri untuk keluar dari zon selesa dan hadapi benda yang berbeza daripada kebiasaan.

Nak jadi lebih baik, kita kena berani ambil risiko dan sanggup berkorban. Usaha takdak, duk harap orang lain tolong, memang tak berubah la. Kan?

Tolak BN, Pilih PH

Rakyat yang undi PH bukan semua fikir PH tu boleh harap sangat, or lagi bagus daripada BN. Tapi semua yang pilih ambil risiko tu punya satu harapan, nak negara ni berubah jadi lagi baik. Harapan baru? Eh.

Sebahagian orang politik2 ni ada yang besar kepala, depa percaya rakyat kena bergantung dengan depa. so depa memang nak kena “diajar”,

So, rakyat sebenarnya bukan saja nak ajar BN, tapi nak ajar PH dan PAS sekali.

Kalau depa nak jadi kerajaan, kena dengar cakap rakyat. At least buat2 dengar la, tapi jangan sampai kantoi.

Kalau tak dengar, jangan mimpi la nak dapat jadi kerajaan. Kalau tengah pegang, depa boleh je kena tendang keluar.

So, jangan bajet confident sangat, okay? Tengok apa yang jadi sepanjang siri2 PRK pasca PRU14.

Kenapa pilih PH? Bukan PAS?

Numbers matter in politics. Numbers make influence.

Sebab tu parti yang betul2 nak survive, kekal relevan & berpengaruh kat Malaysia ni, kena bersama dalam salah satu gabungan besar: BN or PH/PR/BA. Kalau nak bersendirian, kena bina pengaruh sendiri la.

Cakap pasal pengaruh ni. Cuba tengok sebahagian orang obses dengan undi2 kat FB & Twitter. Depa ni bukan kisah pasal sample size, validity reliability apa semua ni.

Sebahagian kita selesa duk dalam social circle kita yg kecil, so tak nampak dan memahami diversity of people.

Jadi Non Partisan?

Tak pelik kalau makin ramai jadi non partisan, hasil perubahan tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan, yang mengubah pendirian sebahagian rakyat.

Dari sokong PH, jadi sokong pembangkang.
Dari sokong BN jadi sokong PH.
PAS dan UMNO bekerjasama.
Tertubuhnya Gabungan Parti Sarawak,
Bertambahnya(?) orang jadi non partisan.

Non partisan ni bukan maksud tolak politik or tak ambil kisah pasal politik (tak deny ada yg macam ni). Mudah kata, ni parti keempat terbesar lepas BN, PAS dan PH. Cuma kepimpinan dia tak nampak. Eh?

Dalam sistem politik yang kita amalkan, pentingnya kuasa ketiga dalam kalangan civil society (Gabungan NGO etc) untuk bawa suara rakyat dan imbangi antara suara kerajaan dan pembangkang.

Penutup

Perubahan bermula dengan diri sendiri. Semua orang ada struggle dalam isu masing2.

Nak ubah diri sendiri pun susah, so jangan mudah sangat label masyarakat sampah ke apa. Kita pun sebahagian daripada masyarakat, apa yang kita buat untuk masyarakat?

Sibukkkan diri untuk belajar dan dalami ilmu walau usia meningkat. Nak sibuk dengan isu2 semasa pun takda masalah, asalkan amati isu2 tu dengan ilmu yang ada disiplinnya.

Ketekunan dan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu akan membuatkan akal lebih sihat, dan dapat berfikir dengan kritis.

Sibuk dengan isu semata2 tanpa usaha dalami ilmu hanya akan melemahkan akal yang ianya membezakan kita dengan binatang, sehingga cara berfikir kita bercelaru dan penuh falasi jika berhujah.

Sama2 la kita jadi agen perubahan, sama ada jadi ahli parti politik ke NGO ke NGI. Saling menghormati dan berlapang dada atas pilihan wadah dan pendirian masing2.

Sekian bebelan. Terima kasih sebab baca.

No comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: