Archive for the Artikel Ilmiah Category

Kenali & Fahami Kemurungan(Depression)

Posted in Artikel Ilmiah on 24 July 2017 by Ahmad Kamil

Image result for depression

Oleh: Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri UIAM

1. Posting ini bukan pasal kematian Chester atau mana-mana selebriti. Bukan juga kerana dua, tiga kes dalam Metro tentang orang terjun bangunan. Bukan juga kerana respon para alim dan pakar psikologi jadi-jadian yang dengan mudah membuat rumusan dari kes-kes sebegini. Bukan juga kerana rasa emosional dengan ‘diagnosis’ pakar jadi-jadian yang mengaitkan masalah mental dengan punca – “sebab tak cukup imanlah tu”, “sebab jiwa kosong tak ada agama”.

Continue reading

Artikel Tersiar di The Malaysian Insider (TMI)

Posted in Artikel Ilmiah, Isu Semasa on 30 January 2015 by Ahmad Kamil

Golongan belia yang merupakan pelapis kepada kepimpinan negara pada masa hadapan perlu mengambil peranan menjadi jurubicara ummah dalam memimpin masyarakat, agar tercapai gagasan Pertubuhan IKRAM Malaysia yang ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Rahmat menjelang 2020. Justeru, berikut adalah koleksi penulisan saya yang disiarkan di portal berita The Malaysian Insider(TMI), sejak Mei 2014:

  1. Erti hidup pada setia dengan kebenaran
  2. Manusia yang sihat akalnya akan memberontak!
  3. Usah berenang di permukaan, masuk ke dalam!
  4. Apabila manusia nak ambil alih kerja Tuhan
  5. Ilmu banyak, perangai buruk?
  6. Mempertahakan hadith sebagai autoriti
  7. Penyebaran hadith palsu dan kesannya dalam kehidupan Muslim
  8. Krisis politk Selangor: Satu Muhasabah pendek
  9. Kita kena boikot Facebook?
  10. Isu Cadbury: Apabila lebih lajak daripada laju

InsyaAllah, post ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Wallahua’lam. Moga Allah redha.

Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman
Timbalan Pengerusi JK Dakwah IKRAM Siswa Nasional
Pengarah Strategi Hidayah Centre Pahang.

Erti hidup pada setia dengan kebenaran

Posted in Artikel Ilmiah on 28 January 2015 by Ahmad Kamil

Oh, kau petik pendapat Ibn Taimiyah? Wahabi kau ni!”, kata si A kepada sahabatnya dalam kelas fiqh 1.

Kenapa hang tak nak join PAS? Pelik semacam aku tengok hang ni, macam dah terpengaruh dengan gang liberal je”, kata si B kepada kawannya semasa perjalanan pulang dari himpunan kebangkitan rakyat.

Artikel ini dimulakan dengan kata-kata sedemikian dengan harapan para pembaca dapat berfikir apa kaitannya dengan tajuk yang diberikan.

Walau apa jua idea atau persoalan lain yang mungkin timbul, itu tidak penting, yang penting kita rajin untuk berfikir. Sebab, ada sesetengah orang yang tak rajin berfikir, hanya suka mengikut orang lain tanpa pemahaman atau menuruti nafsunya sesuka hati.

Continue reading

Manusia yang sihat akalnya akan memberontak!

Posted in Artikel Ilmiah on 21 January 2015 by Ahmad Kamil

Seorang ‘ulama salaf bernama ‘Abdullah bin Maslamah bin Qa’nab al-Harithi, yang lebih dikenali sebagai al-Qa’nabi (130-221H), merupakan anak murid al-Imam Malik bin Anas rahimahullah. Al-Qa’nabi dianggap antara murid Malik yang terbilang, dianggap perawi al-Muwatta’ yang paling dipercayai(thiqah).

Dia mendampingi al-Imam Malik di Madinah dalam tempoh yang lama, dikatakan selama lebih 20 tahun.  Beliau amat disanjungi oleh ahli-ahli hadis lain kerana sifat zuhud dan kuat beribadah. Beliau juga salah seorang guru kepada Imam al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Namanya amat besar dalam dunia periwayatan hadis.

Dalam kitab karangan seorang ‘ulama bernama Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi yang terkenal dengan panggilan Ibnul Jauzi (meninggal 597H) bernama Kasyf al-Musykil min hadith As-Sahihain, menyebut riwayat daripada salah seorang anak al-Qa’nabi bahawa bapanya dahulu semasa di Basrah meminum nabiz (air perahan/tuak) dan terlibat dengan perkara yang tidak baik.

Continue reading

Apabila manusia nak ambil alih kerja Tuhan

Posted in Artikel Ilmiah on 18 December 2014 by Ahmad Kamil

Seorang pemuda membuat satu group whatsapp, yang mana dia masukkan para asatizah yang dikenalinya ke dalam group berkenaan dengan nama “Diskusi Fekah” walaupun tujuan sebenarnya adalah untuk bertanya soalan fiqh.

Maknanya, apabila dia ada apa-apa kemusykilan berkenaan agama, dia akan post soalan berkenaan ke dalam group tersebut dengan harapan mendapat jawapan pantas dan mudah serta pelbagai daripada ustaz-ustaz yang ada.

Adakah ini satu fenomena yang baik?

Continue reading

Mempertahankan hadith sebagai autoriti – Bahagian 1

Posted in Artikel Ilmiah on 14 November 2014 by Ahmad Kamil

Secara umumnya, hadith merupakan penerangan atau penjelasan; dan sistem perundangan tambahan kepada al-Quran.

Namun, dewasa ini, terdapat banyak pihak yang bangkit mempersoalkan kedudukan hadith Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi pegangan utama umat Islam selepas al-Qur’an, baik dari golongan mubaligh Kristian, atheist, syiah malah dari segelintir Muslim yang menolak hadith yang sering digelar Quranist.

Sebahagian umat Islam yang membaca atau mendengar kata-kata dan hujah mereka kadangkala terpengaruh dan seakan menerimanya, dek kekurangan atau kosong tentang ilmu hadith yang sangat hebat lagi unik ini. Maka, kita sebagai pendakwah mempunyai peranan yang besar dan penting untuk mendidik masyarakat Muslim ke arah memahami agama dengan lebih mendalam, khususnya mengenai hadith dan sunnah nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam.

Hanya menunding jari ke arah golongan yang menyerang dan mengkritik Islam tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia menampakkan lagi kelemahan kita dalam merealisasikan misi dakwah yang bersifat rahmat ke seluruh alam.

Continue reading

“Aku nak delete akaun FB lah”

Posted in Artikel Ilmiah, Coretan Kehidupan, Karya Bersiri, Lagu & Puisi on 2 August 2014 by Ahmad Kamil

Bahagian 1- Puisi “Bukan Semua”

Bukan semua yang kita rasa perlu kita luahkan,
Bukan semua apa yang fikir kena ceritakan,
Bukan semua benda yang kita baca dan dengar perlu kita kongsikan,
Bukan semua gambar yang kita ada perlu kita muatnaikkan.

Bukan semua perkara yang berlaku mesti dihebahkan,
Bukan semua isu harus kita ulas,
Bukan semua topik boleh kita debatkan,
Bukan semua keadaan kita perlu diam.

Bukan semua apa yang gang kita buat atau cakap itu betul,
Bukan semua apa yang lawan kita cakap atau buat itu salah,
Bukan semua pendapat yang kita lontarkan benar,
Bukan semua orang nampak satu benda macam kita nampak.

Bukan semua apa yang aku cakap perlu diterima,
Kerna hanya firman Allah dan sabda utusan-Nya yang tidak boleh ditolak.

Continue reading

%d bloggers like this: