Archive for the Artikel Ilmiah Category

Ummah Centric vs Jemaah Centric

Posted in Artikel Ilmiah on 30 November 2012 by Ahmad Kamil

*Artikel lama, lebih kurang 6 tahun lalu oleh Dr Maszlee Malik, Pensyarah UIAM. Bagiku, amat baik untuk dibaca bagi yang belum pernah baca.

Ketika saya pernah ditanyakan oleh salah seorang siswa, "Ustaz ni jemaah JIM ke?". Saya segera membalas, "Tidak, saya ahli jemaah Muslimin". Dia bertanya, "Jemaah baru ke tu?". Saya katakan kepadanya, "Tidak, ia telah wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi".

Beliau tidak berpuas hati, "Itu saya tahu, tapi kan ustaz ahli JIM". Saya membalas sambil tersenyum, "Ya, saya ahli JIM, ahli Darul Fitrah, ahli Persatuan Ulama Malaysia, ahli Muslim Profesional Forum, ahli Pertubuhan al-Nidaa, rakan kepada ABIM, Ricoi, Hunafa, Accin, US, PAS, keADILan, UMNO dan macam-macam lagi "jemaah".

Continue reading

Perutusan Sempena Tahun Hijrah 1434. . .

Posted in Artikel Ilmiah on 15 November 2012 by Ahmad Kamil

إن الحمد لله , نحمده و نستعينه و نستغفره، و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضلّ له، و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله – وحده لا شريك له، و أشهد أنّ محمداً عبده و رسوله: أما بعد

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah ‘Azza Wa Jalla, atas rahmat dan limpah kurnia-Nya, dapat kita meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini, untuk masuk ke tahun baru dalam taqwim Hijrah, tahun 1434 Hijrah. Mudah-mudahan kesempatan hayat yang masih ada ini dapat kita manfaatkan secara optimum bagi memperoleh rahmat serta keredhaan-Nya, insyaAllah.

Continue reading

Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa?

Posted in Artikel Ilmiah on 30 October 2011 by Ahmad Kamil

Secara umumnya, mengangkat tangan ketika berdoa’ ini sunnah. Ini berdasarkan hadith Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, sabdanya :

“Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia, apabila hambanya mengangkat tangan kpadanya, ia tidak akan menolak dengan tangan kosong” – Riwayat Al-Tirmidzi no: 3556, dinilai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Tirmidzi.-

Akan tetapi, mengangkat tangan semasa berdo’a didalam Khutbah Jumaat bagi Khatib bukanlah sunnah untuk mengangkat tangannya. Ia hanya disunnahkan menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk. Malah para sahabat mengutuklarang khatib mengangkat tangan ketika berdo’a.

“Dari ‘Umaarah ibn Ru’aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila melakukan do’a pada hari Jumaat), dan berkata :’Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya’ dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104)

Imam Al-Nawawi rahimahullah mengatakan ketika mensyarahkan hadis Sahih Muslim :

“Ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadis ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.”

Ma’mum juga tidak digalakkan mengangkat tangan semasa Khatib membaca do’a, kerana ma’mum mengikut Imam.

Continue reading

Tarikh Nuzul Quran : Satu Perbincangan

Posted in Artikel Ilmiah on 16 August 2011 by Ahmad Kamil

image

Oleh: Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari

Nuzul Al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah Al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum Al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an ). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan Al-Quran.

Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.[1]

Continue reading

Semoga kita dipanjangkan umur…

Posted in Artikel Ilmiah on 22 June 2011 by Ahmad Kamil

Artikel a.k.a coretan ringkas hari ni ditulis sempena hari ulangtahun kelahiranku yang ke-19. Ramai la juga yang wish sama ada di facebook, SMS atau cakap depan2. Jazakumullah khairal jaza’ – thanks a zillion – terima kasih daun keladi, kepada semua yang berkenaan! =)

Teringin saya ungkapkan suatu ‘isu’ atau perkara untuk sama-sama renungkan dan fikirkan bersama. Apakah ia?

Kita seringkali mendengar ungkapan “semoga panjang umur” apabila orang lain wish birthday kepada orang lain. Persoalannya, adakah umur kita yang ditetapkan contohnya 30 tahun, boleh dipanjangkan kepada 60 tahun?

Continue reading

Berbakti Kepada Ibu Bapa…

Posted in Artikel Ilmiah on 23 April 2011 by Ahmad Kamil

imageHadis yang menjadi teras perbincangan:

عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?

Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) —

Continue reading

Sunnah Rasulullah Yang Ditinggalkan…

Posted in Artikel Ilmiah on 19 April 2011 by Ahmad Kamil

imageDewasa ini, kita barangkali suka bertelagah dalam pelbagai isu. berdoa beramai-ramai sesudah solat ke tak. macam-macam betul. Namun, persoalan muslim yang peka pada agamanya akan bertanyakan tentang hukum sebenar berdoa beramai-ramai setiap kali selepas solat seperti yang dilakukan hampir di seluruh masjid-masjid di Malaysia, Indonesia dan alam Melayu.

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah(wafat 751H) berkata:

Adapun berdoa selepas salam dari setiap solat dengan menghadap kiblat atau menghadap makmum maka tiadalah ianya menjadi pertunjuk nabi solallahu ‘alaihi wasallam bahkan juga tiada riwayat yang sahih atau sekalipun hasan mengenainya ” (lihat Za’dul Ma’ad m/s 257 Jilid 1)

Hal ini jelas dalam hadis seperti berikut:

Daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, katanya: Aku pernah pernah bertanya kepada Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam: “Apakah doa yang amat didengari?” Maka baginda menjawab: “Doa di tengah malam dan di penghujung solat wajib(selepas tahiyyat sebelum memberi salam)“. – Hadis hasan Riwayat Imam At-Tirmizi [no 1044]

Lafaz “دبر الصلوات المكتوبة”  dalam hadis berkenaan adalah lebih tepat kepada d penghujung solat wajib yang membawa maksud berdoa selepas tahiyyat akhir tetapi sebelum memberi salam dan bukannya selepas memberi salam.

Continue reading

Ibadat Berteraskan Ilmu

Posted in Artikel Ilmiah on 17 April 2011 by Ahmad Kamil

Ilmu pengetahuan merupakan sebesar-sebesar nikmat dan anugerah Allah ‘Azza Wa Jalla kepada hambanya bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, akal manusia sangat terbatas daripada mengetahui rahsia-rahsia alam yang boleh membebaskan manusia dari belenggu kejahilan kepada mendapat hidayah daripada Allah.

Hakikat ini jelas bahawa tamadun dan pembangunan manusia dari dahulu hingga sekarang, ketinggian dan kemajuan serta kemuliaan budi pekerti serta ketinggian taraf hidup manusia tercapai setelah mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
Maksud: “Katakalah – adakah sama orang-orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil), Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”(Surah Az-Zumar Ayat 9)

Ayat tersebut menunjukkan dengan jelas, bahawa kelebihan orang-orang yang berilmu berbanding orang yang tidak berilmu. Imam Al-Syafie Rahimahullah pernah berkata :

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأخِرَةِ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِل
Maksud: “Barangsiapa yang hendakkan dunia hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang hendakkan akhirat hendaklah ia berilmu dan barangsiapa hendakkan dunia dan akhirat hendaklah dia berilmu“.

Jelaslah kepada kita bahawa kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat bukanlah dapat dicapai dengan pangkat, kedudukan, harta mahupun kekayaan tetapi semua itu mampu dan hanya boleh diraih dengan ilmu pengetahuan. Kita juga menyaksikan bahawa segala permasalahan, kepincangan,dan malapetaka yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini berpunca dari kejahilan. Kita melihat contoh yang nyata berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kes penceraian, buang anak, rasuah, dan perpecahan adalah berpunca dari kejahilan terhadap ilmu agama.Islam menjadikan salah satu tuntutan yang mesti dilakukan oleh umat Islam ialah menuntut ilmu.

Continue reading

Nasihat Daripada Saudaramu…

Posted in Artikel Ilmiah on 5 April 2011 by Ahmad Kamil

Arghhh… Aku rasa malas tahap gaban nak taip sekarang ni. Entahlah kenapa…. Apapun, demi tidak menghampakan para pembaca setia blogku ini, aku kongsikan sedikit nasihat(copy sebenarnya dari status facebook aku sebelum2 ini) daripada insan yang kerdil dan hina dina ini. Moga bermanfaat untuk kita bersama. yang pastinya, setiap kata-kata insan bisa diterima dan ditolak melainkan kata-kata ALLAH ‘Azza Wa Jalla dan Rasulullah Sollahu ‘alaihi wasallam…

“Please be open minded yo guys… jangan ‘taksub’ dengan seorang dua ‘tokoh’ je. dengarlah kata2 & hujah semua pihak walaupun org yg tidak kita sukai kerana barangkali ada juga perkara yg dia lebih benar drpd kita, setidak-tidaknya dapat mencernakan minda pemikiran kita. Nilailah semua pandangan dengan ‘adil..”

“Ia bergantung pada mentaliti juga sebenarnya. org yg berfikiran kritis lebih terbuka untuk mendengar pandangan org lain walaupun diorang berbeza manhaj, pegangan & metodologi. sebaliknya org yg berfikiran pasif lebih mudah ‘bersangka buruk’ & ‘cepat melatah’ selain suka ‘melabel orang’.”

Continue reading

Ikatan didasari Keimanan bawa kebahagiaan yang berkekalan

Posted in Artikel Ilmiah on 11 March 2011 by Ahmad Kamil

Oleh: Lukhman Abdul Taib
(lukhman.taib@live.iium.edu.my)

Manusia tidak dapat hidup bersendirian di atas muka bumi. Penciptaan Hawa AS sebagai teman hidup Adam AS, bukti kasih sayang Allah SWT yang memahami kehendak hamba-Nya yang kesunyian, walaupun hidupnya di Syurga dilimpahi dengan kesenangan.

Insan sanggup melakukan apa sahaja, asalkan fitrah ini dipenuhi. Kenikmatan material yang dimiliki, tidak akan sama dengan kenikmatan suatu ikatan antara dua insan yang saling berkasih sayang. Hatta kenikmatan satu dunia sanggup dibayar untuk mendapatkan kasih dan sayang seorang teman.

Namun, apabila insan mengetahui kebahagiaan yang dikecapi hanyalah sementara di dunia, betapa pilunya hati mengenangkan nasib yang perlu diterima di hari kemudian. Hati terasa ngilu, seperti dihiris dengan pisau, apabila di Hari Akhirat teman “sehidup semati” menikamnya dari belakang.

Malah, ada yang lebih malang, ikatan yang dibina dikhianati sejak di dunia lagi, dikaburi dengan kata-kata yang manis. Umpama menanam tebu di pinggir bibir, suatu pihak telah dibutakan dengan janji-janji manis, walaupun wahyu Allah dan Sunnah Rasul-Nya diletak ke tepi.

Apabila temberang sudah pecah, barulah dia menyedari nilai ikatan yang dibina lebih rendah dan hina daripada sampah sarap, tidak dihargai langsung.

Continue reading

Kewajipan Yang Mesti Dilaksanakan…

Posted in Artikel Ilmiah on 8 March 2011 by Ahmad Kamil

Ramai orang seringkala memberikan alasan dirinya sendiri tidak cukup baik untuk menegur kesalahan orang lain atau mengajak orang lain kepada kebaikan. Terdapat juga banyak alasan yang lain. Hayati kata-kata Imam An Nawawi rahimahullah berikut :

“Para ulama’ menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang mengajak kepada kebaikan atau orang yang mencegah kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam semua hal, termasuk telah melakukan apa yang  diajak dan tidak melakukan apa yang dicegah; akan tetapi, dia tetap mengajak kepada kebaikan walaupun dia memiliki kekurangan dalam hal yang diajaknya itu dan dia tetap mencegah kemungkaran walau kadang kala dia melakukan apa yang dicegahnya itu. Hal ini kerana sesungguhnya wajib pada dirinya ialah dua perkara, iaitu mengajak dirinya sendiri kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran. Dia tidak boleh lalai dari kedua-dua perkara tersebut” – Imam An Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim Jilid 1, muka surat 518 dan 519.

Ringkasan Kuliah Bulanan Dr Mohd Asri 27 Feb

Posted in Artikel Ilmiah on 1 March 2011 by Ahmad Kamil

Alhamdulillah, selepas dua minggu lepas dapat aku hadiri kuliah Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul ‘Abidin di Yayasan Ta’lim TTDI KL, kali ini dapat pula hadiri di Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Berikut adalah ringkasan yang dapat aku buat berdasarkan nota yang aku catat. Semoga mendapat manfaat.

– – Muqadimah hadis tentang 3 orang Muslim di hari akhirat. ALLAH ‘Azza Wa Jalla bertanya kepada mereka.
:: Yang pertama – Orang yg mati syahid : “Apa yang kamu buat di dunia dulu?” . Jawabnya “Aku berperang di jalanMu sehingga aku syahid”. Firman ALALH, “Bohong!! Kamu berperang bertujuan untuk orang puji kamu berani”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
:: Yang kedua – Orang ‘alim : “Apa yang kamu buat di dunia dulu?”. Jawabnya “Aku belajar ilmu dan aku mengajarkannya, aku membaca al Quran keranaMu”. Firman ALLAH “Bohong!! Tetapi kamu belajar supaya orang kata kau ‘alim dan kau baca Al Quran agar orang panggil kau Qari”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
:: Yang ketiga – orang yang ada keluasan harta: “Apa yang kamu buat di dunia dulu?”. Jawabnya, “Aku tak tinggalkan satu jalan melainkan aku belanjakan hartaku untukMu”. Firman ALLAH, “Bohong!! Kau berbuat begitu supaya orang kata kau pemurah”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
– Niat sangat penting kerana itulah yang dinilai oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Keikhlasan mesti ditanam dalam sanubari kita.

Continue reading

Mengapa Perlu Sangka Buruk ?

Posted in Artikel Ilmiah on 22 February 2011 by Ahmad Kamil

Oleh: Ustaz Haji Zaharuddin Bin Abdul Rahman

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah   beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : “Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat” (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Continue reading

Ringkasan Ceramah Umum Dr Mohd Asri 13 Feb

Posted in Artikel Ilmiah on 13 February 2011 by Ahmad Kamil

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/asrimaza.jpg

Allhamdulillah, aku berkesempatan bersama 2 orang sahabatku iaitu Lukman Abd Taib & Abu Aiman ke Ceramah Umum Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis yg kini merupakan Pensyarah USM. Berikut adalah sedikit sebanyak ringkasan intipati ceramah beliau yg sempat aku catat:-

– Maulidur Rasul tidak ada unjuran sambutan khusus dalam Islam

– Para sahabat radiallahu ‘anhum yang ternyata sangat mencintai baginda S.A.W tidak pernah menyambutnya padahal kecintaan mereka amatlah tinggi berbanding umat islam hari ini.

– Abu Quhafah, ayah Saidina Abu Bakr As-Siddiq r.a telah datang kepada baginda nabi S.A.W seraya menghulurkan tangannya untuk berbaiah dengan baginda bagi memeluk Islam. Tatkala itu, baginda S.A.W melihat Saidina Abu Bakr menangis seraya bertanya sebab dia menangis.

– Kata Abu Bakr’ : “Jikalau tangan bapa saudaramu, Abu Tholib di tempat tangan bapaku yang memeluk Islam & ALLAH membuatkan kamu suka dan gembira, adalah lebih aku suka daripada bapaku sendiri memeluk islam yang membuatkan aku gembira”.

– MasyaALLAH ! Begitu tinggi dan mantapnya iman Saidina Abu Bakr. Sehinggakan dia lebih meyukai bapa saudara nabi S.A.W memeluk Islam daripada bapanya sendiri yang bisa membuatkan baginda gembira.

– Tanda kecintaan sebenar kepada baginda S.A.W ialah dengan mengikuti sunnah baginda S.A.W dan meninggalkan perkara yang dilarang yang bukan daripada sunnah baginda S.A.W.

– Pendapat terkuat dalam kalangan ulama’ tentang tarikh kelahiran nabi Muhammad S.A.W ialah pada 9 Rabi’ul Awal bukan 12 Rabi’ul Awal. Namun, para ulama’ sepakat baginda lahir pada hari isnin.

– Antara peristiwa penting dalam bulan Rabi’ul Awal ialah penghijrahan Nabi S.A.W bersama Abu Bakr dan umat Islam dari Makkatul Mukaramah ke Yathrib(Madinatul Munawwarah). Bermula 28 Safar baginda keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur, kemudian ke Quba’ pada 8 Rabi’ul Awal dan tiba di Yathrib(Madinah) pada 12 Rabi’ul Awal.

Continue reading

Lalai memelihara lidah punca bertambah dosa

Posted in Artikel Ilmiah on 3 February 2011 by Ahmad Kamil

http://wawandarmansyah.files.wordpress.com/2009/07/lidah1.jpg

Oleh: Lukhman Abdul Taib
(lukhman.taib@live.iium.edu.my)

Hidup di dunia era moden penuh dengan fitnah dan mehnah. Insan-insan yang baru mengorak langkah ke alam kematangan terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran ini. Mereka akhirnya kecewa dengan dunia yang kian parah penyakitnya, seolah-olah tidak lama lagi malaikat maut akan menamatkan riwayat dunia ini atas arahan Allah SWT.

Lihat sahaja dalam masyarakat, begitu mudah untuk kita saling berpecah hanya kerana lidah. Manusia menjadi ringan mulutnya menuduh, menghina, memfitnah dan mengumpat. Berlesenkan hak kebebasan bersuara, kehormatan saudara ditoreh begitu sahaja, ikatan persaudaraan terputus dan terbiar tanpa disambung kembali, maruah agama menjadi taruhan, seolah-olah pahala dosa adalah perkara yang remeh.

Yang lebih menghairankan, mereka yang ringan mulutnya tadi pada zahirnya sama seperti kita. Apakah mereka menyangka mereka jauh lebih mulia daripada yang lain? Atas dasar apakah mereka mengangkat diri mereka sebagai mulia?

Padahal, yang layak memuliakan dan menghinakan manusia ialah Allah SWT. Mulianya manusia di sisi Allah kerana tingginya tahap takwa dan iman mereka, walaupun dipandang rendah dan hina di mata dunia. Hinanya manusia di sisi Allah kerana rendah iman dan takwa dalam hati mereka, walaupun mereka diberikan kemuliaan keduniaan.

Continue reading