Frequently Asked Questions(FAQ) @ CFS IIUM

Sila baca soalan-soalan dalam post ini dan post tentang Asasi UIAM ini sebelum bertanya dalam komen. Tidak semua soalan dalam komen akan dilayan, lebih-lebih lagi soalan yang jawapannya ada dalam post ini dan post Asasi UIAM.

_______________________________________________________________

Kemasukan Baru

1. Pelajar yang tak ambil Bahasa Arab semasa sekolah menengah boleh mohon masuk UIAM tak?

Boleh. Pelajar yang tiada asas bahasa Arab akan ambil Intermediate Qur’anic Language Part 1 & 2.

2. Semasa Ta’aruf Week(Minggu Orientasi) ada English & Arabic Placement Tests kan? Juga Fundamental Knowledge Test dan Tilawah Entrance Test.. Kalau result tak ok, apa kesannya? Kena buang Universiti?

Tak kena buang. Result yang paling teruk pun ‘English level 4’, ‘Arab part 1’ dan ‘Tilawah Class’.

3. What is bi’ah solehah?

  Its literal meaning is good environment. Some aspects regarding this:

  1. Practicing the true Islamic lessons
  2. Always give salam, smile and husnus zon
  3. Solat is the pole of Islam religion
  4. Be aware and preservation of Aurat and Ikhtilah between male and females
  5. Practicing “Acquiring Knowledge” culture

4. Saya dapat program sains fizikal. Saya risau dengan prospek kerjaya nanti. Luas ke peluang pekerjaan nanti?

Rezeki semuanya di tangan Allah. Semua luas. Cuma sama ada kita nampak atau tak je.

5. Saya dapat program kejuruteraan dan sains komputer. Memang akan ambil dua2 ke? Kalau kena pilih, mana lagi bagus?

Pertama, anda akan ambil bidang kejuruteraan atau sains komputer. bukan dua2. Ijazah Kejuruteraan yang ada seperti mekatronik, mekanikal, aerospace dan lain2 lagi manakala sains komputer pula ada dua iaitu IT dan computer science, akan jadi jurutera atau pakar komputer la. insyaAllah kalau graduate dengan keputusan yang baik maka senang dapat kerja. Soal mana lagi bagus sangat la subjektif.

6. Saya dapat program sains hayat. Bolehkah saya nak tukar ke perubatan?

Boleh. Semasa Ta’aruf week, semua pelajar boleh mohon tukar program. Ia bergantung kepada kekosongan, kuota, penuhi syarat am dan khusus program, merit dan sebab nak tukar. Kalau gagal tukar, boleh tukar pada hujung semester 1, sebab setiap semester boleh mohon tukar program. Kecuali Farmasi, Perubatan dan Pergigian, hanya atas jemputan selepas 3 semester biasa di peringkat asasi dengan keputusan cemerlang.

7. Saya dapat program ekonomi. bolehkah saya nak tukar ke kejuruteraan?

Boleh saja nak mohon tukar ke program mana pun, dengan syarat penuhi syarat minimum program berkenaan.

Akademik

1. Berapa lama kena belajar di peringkat asasi?

Bergantung pada result English & Arabic placement test. Juga keputusan SPM(untuk 1 year programme). Untuk pelajar yang akan ke kampus Kuantan(Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Hayat, Sains Fizikal, Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu), hanya ada 1 year programme atau 2 year programme. Tak ada sprogram setahun setengah. Bagi yang akan ke kampus Gombak, sebahagiannya ada program setahun setengah. Majoriti pelajar dapat program setahun setengah.

2. Macam mana nak dapat 1 year programme?

For sciences programme who will pursue their studies in Kuantan Campus(Medicine, Dentistry, Pharmacy, Allied Health Science, Nursing, Biological Science and Physical Science), there are only 1 and 2 years programme. no 1 and half programme. To be in 1 year programme, students should obtain either one of these in their APT & EPT results:
(a) APT and EPT exempted
(b) APT level 2 and EPT exempted
(c) APT exempted and EPT level 6
besides obtain minimum A- for biology and A for chemistry(biological module) or A- for Add maths and A for Physics(physical module).

3. Apakah subjek yang akan dipelajari di peringkat Asasi?

Sila rujuk dalam post ini

4. Kalau saya ambil program sains hayat, bolehkah saya teruskan pengajian dalam peringkat ijazah dalam program perubatan sebab subjek dipelajari dalam peringkat asasi kan sama?

Tidak boleh. Jikalau anda ingin ambil program perubatan, anda mesti jadi pelajar perubatan di peringkat asasi boleh membolehkan teruskan pengajian dalam peringkat ijazah dalam program perubatan. Itu pun belum pasti lagi, sebab ada temu duga sebelum kemasukan ke peringkat ijazah.

5. Fizik, Kimia dan Matematik yang dipelajari antara satu program contohnya perubatan dengan sains fizikal, sama ke?

Senang nak tahu, tengok kod subject. Maths 1(SHE1114)  bagi sciences students(termasuk perubatan dan sains fizikal) adalah sama, tapi tak sama Maths 1 bagi economy students. Bagi yang ambil Fizik dan kimia memang sama, sebab kod subjek sama.

6. Apakah program yang akan diambil di peringkat ijazah(contohnya sains hayat)?

Sila rujuk sini

7. Subjek English dan Arabic kira dalam pointer(GPA/CGPA) tak?

Tidak. Credit hour bagi kedua-duanya adalah O. Kecuali Human Science & English programme yang belajar Elementary Quranic Language berbeza dengan sciences students(intermediate Quranic Language), credit hour 0.5.

8. Apa itu Credit hour, contact hour, GPA dan CGA?

Credit hour: Weightage bagi sesuatu subjek. Lagi tinggi credit hour, lagi penting subjek tu. Credit hour digunakan untuk kira pointer.

Contact hour: Jumlah jam seminggu bagi sesuatu subjek Contohnya computer 1 contact hour is 2, so 2 jam kelas seminggu.

GPA: Singkatan bagi Grade Pointer Average. Iaitu pointer yang diperoleh bagi satu-satu semester.

CGPA: Singkatan bagi Cumulative Grade Pointer Average. Pointer terkumpul yang dikira daripada semester pertama hingga semester terkini.

9. Macam mana nak kira pointer?

Sila rujuk di dua photos ini: Photo 1     Photo 2

10. Kalau ada fail subjects, kena repeat kan? Adakah nanti ia kira gred baru lepas repeat tu atau dia kira dua2, yang fail dulu dan lulus? Kena repeat pada semester lepas tu?

Kedua-duanya dikira. Bila nak repeat tu, kena consult dengan academic advisor(AA) sebab diorang tahu pasal study plan dan tentukan kita nak ambil subjek apa pada sesuatu semester. Apa-apa masalah berbangkit pasal akademik, tolong consult AA ya!

11. Apa itu core course?

Subjek teras bagi sesuatu program. Computer 1, FIM courses(Understanding Islam, Religions in Malaysia & Basic themes of Al Quran) dan subjek bahasa bukan core courses.

12. Berapa jam kelas seminggu?

Maksimum 40 jam(jarang sangat ada ni)  termasuk subjek bahasa, biasanya 20++.

13. Kalau lepas tamat program asasi, memang akan terus sambung program ijazah di UIAM juga ke atau macam mana? Boleh mohon ambil program ijazah di IPT lain tak?

Akan sambung di UIAM juga. Tapi boleh nak mohon ambil di IPT lain dengan syarat tamat asasi UIAM dengan dapat trasnkrip.

14. Apa yang dipelajari dalam Maths 1, 2 dan 3 bagi pelajar sains fizikal/kejuruteraan/ICT?

Maths 1 – Algebra expressions, equations & inequalities, complex number, function & their graph, polynomial & rational function, exponential & logarithms functions and system of equations.
Maths 2 – Trigonometric functions & equations, polar coordinate & vector, analytic geometry, sequences, permutation & combination & probability and statistics.
Maths 3 – Calculus: Limits and continuity, differentiation and integration (basic and more advance including trigonometric function)

15. Kalau tak lepasi minimum CGPA, apa jadi?

Untuk yang ada alternative program, akan turun ke program berkenaan. Contoh: Engineering 2.50, dapat 2.40, maka akan turun ke ICT. Untuk yang tak lepasai minimum CGPA tapi tak ada alternative program, maka kena repeat ambil subjek core yang dah lulus. untuk naikkan CGPA melepasi minimum requirement. Ada kes sebelum ni macam tu.

16. Saya ada mohon tukar program pada hujung semester 1, bila akan tahu keputusan?

Pada minggu awal semester 2.

17. Apa itu pre-registration courses? Kalau ada problem nak register, apa kena buat?

Untuk daftarkan subjek yang akan diambil pada semester akan datang secara online dan dimasukkan ke dalam sistem. Kalau ada problem, boleh inform kepada Department of Sciences/Arts programmes. Kalau tetap bermasalah, boleh tunggu Add/drop session pada awal semester akan datang.

18. Apa itu Add/drop session?

Ia sesi pada minggu pertama pada setiap semester. Ia membolehkan students yang perlu add subject sebab fail dan kena repeat, atau sebab tak dapat register, juga yang nak drop sebab dah exempted English sebagai contoh.

19. Boleh buat re-checking exams papers? Tinggi tak chance untuk upgrade?

Boleh, tapi kena consult dengan lecturer subjek yang mengajar kita dulu. RM30/subjek. Ambil borang di Admission and Records department. Isi dan bayar di Finance department, kemudian bagi copy kepada A&R department.

Biasanya chances adalah rendah untuk upgrade. Kemungkinan untuk downgrade pun ada. Tapi majoriti akan maintain.

20. Macam mana kalau kena dismissed? Apa yang menyebabkan kena dismissed?

GPA less than 1.67. 

Students yang dibuang universtiti yakni ‘dismissed status’ kemudian membuat rayuan dan ia diterima, maka dia akan re-admitted to the university with clear status. maksudnya dia macam new students dalam CFS.

Maka, dia akan belajar macam subjects semester 1 dia dulu, walaupun kalau ada subjek yang lulus. contoh ambil 3 core courses, 2 fail 1 pass, yang pass tu pun kena ambil semula, sebab rekod dia sebelum readmission dah dihapuskan.

Berbeza dengan language courses, English & Arabic, kalau dia asalnya level 6 English dan Arabic part 2 dan dia exit English dan pass Arabic, dia dikira pass n exit juga walaupun kena dismissed sebab language courses di bawah Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD), bukan bawah Centre for Foundation Studies.

21. Apa itu ‘readmission student’?

Students yang dibuang universtiti yakni ‘dismissed status’ kemudian membuat rayuan dan ia diterima, maka dia akan re-admitted to the university with clear status. maksudnya dia macam new students dalam CFS.

Maka, dia akan belajar macam subjects semester 1 dia dulu, walaupun kalau ada subjek yang lulus. contoh ambil 3 core courses, 2 fail 1 pass, yang pass tu pun kena ambil semula, sebab rekod dia sebelum readmission dah dihapuskan.

Berbeza dengan language courses, English & Arabic, kalau dia asalnya level 6 English dan Arabic part 2 dan dia exit English dan pass Arabic, dia dikira pass n exit juga walaupun kena dismissed sebab language courses di bawah Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD), bukan bawah Centre for Foundation Studies.

22. Kenapa ada students kena barred from taking final exams? Apa kesannya?

Attendance to classes less than 80%, without valid reasons. They will get ‘Y’ grade for the subject which equals to ‘F’.

23. Group untuk diambil tu kita tentukan atau dah ditentukan kena ikut je?

Kebiasannya, academic advisor dah assign groups untuk kita. So kena ikut je. Cuma sessetengah subjek macam language, boleh pilih menerusi pilihan yang diberikan. Kalau ada clash ke apa, kena consult dengan academic advisor la ye!

24. Wajib ke Teaching Feedback Survey?

Wajib. Diorang boleh suspend results kita kalau tak buat. Kalau tak suspend. Alhamdulillah 🙂

25. Apa itu Re-sit, Re-do dan special exams?

Re-sit exams: Offered to graduating students who fail subjects, if pass, they can graduate. Otherwise they have to repeat.

Re-do exams: Implemented if any rule/laws breach, such as ACADEMIC PERFORMANCE EVALUATION RULES (SAPER) ARTICLE 36, students’ results for that particular subject is null and void. thus, they need to re-do the exams.

Special exams: Allowed for those who absent exams with VALID reasons such as sick.

26. Apa itu Dean’s list?

A recognition of academic excellence of students who managed to get GPA 3.50 or above and credit hours are 11 or above for that particular semester.

27.  Saya pelajar asasi kejuruteraan. Selepas dua semester, saya tukar ke sains kemanusiaan. Adakah current CGPA dikira kosong atau tetap kira dengan sebelum ni?

Generally, kira kosong balik. Tapi kalau dah ambil subjek macam Computer 1/Basic Themes of AlQuran/Religions in Malaysia/Understanding Islam yang memang kena ambil tak kira programme apa pun, yang tu masih kira. Kalau core course memang tak kira dah la.

Lain-lain

1. Boleh outing tak? Balik rumah weekend?

Boleh. Outing Jumaat-ahad, 9.00 pagi – 10.00 malam. Nak overnight outing kena minta signature fellows/principal dalam overnight outing card.

2. Ada wifi tak di kampus?

Ada. Tapi kena register dulu. Sebab ia ada security.

3. Perlu ke bawa laptop?

Perlu kalau nak buat assignments/projects/presentation. Tak bawa pun tak mengapa, ada cybercafe.

4. Wajib ke aktif kokurikulum?

Harus! hehe.. Terpulang. Markah untuk kokurikulum ni akan dibawa sehingga ke peringkat ijazah nanti.

5. Boleh bawa kereta/motosikal tak ke kampus?

Pada peringkat asasi tak boleh. Kecuali bagi orang kurang upaya.

6. Etika pemakaian macam mana ea?

Untuk ke kelas mesti pakai kasut, baju kemeja/raihan(kecuali rabu). Baju kemeja sepatutnya yang plain but in any colours. Juga kena pakai matric card bergantung. Kadang-kadang ada spotcheck, kalau tak ikut etika ni, boleh kena saman. Untuk outing mesti pakai T-shirt berkolar. tak boleh pakai selipar tandas. hehe..

7. Boleh bawa kereta/motosikal?

Tak boleh. Kampus kecil je. Namun, special case bagi OKU dan orang yang berkeperluan.

8.. Kena bawa seterika? Papan dia?

Dua2 kena bawa. Guna katil je sebagai papan dia. hehe.

9. Boleh tak nak tukar course? Kalau boleh, macam mana?

Boleh, masa Ta’aruf Programme nanti. Tak kisah dari program apa ke program apa, semua boleh. Nanti ambil borang di Admission & Records Department, tentatively 5 Jun dan hantar bersama salinan slip keputusan SPM pada 6 Jun. Results released by 7 June.

10. Apa kriteria yang diambil kira dalam soal tukar course ni?

Penuhi syarat khas program yang kita nak, kuota, merit, sebab nak tukar.

11. Kalau tak dapat tukar masa ta’aruf programme, tak dapat tukar dah la ea?

Boleh tukar pada penhujung setiap semester. Kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Tak boleh dah. hanya atas jemputan daripada Department of Science Programme kalau ada kuota dan current CGPA tinggi.

12. Boleh pilih roommate tak?

Basically tak boleh. Tapi kalau nak duk dengan kawan, kena datang daftar sekali dan ambil kunci sekali. Tu pun kalau officer Residential Management & Discipline Department bagi

13.  WIFI ada tak?

Ada tapi slow tahap gaban. haha.

14, Kalau nak minta daftar lewat boleh tak?

Boleh, kalau ada sebab munasabah, seperti kecederaan.kena contact Admission & Records Department: 03-79462400. akan masuk bersama 2nd intake students. lambat lagi? 3rd intake pula. hehe.

15. Mahallah/asrama untuk pelajar lelaki macam mana ek?

Mahalllah ‘Umar al-khattab [UKC]: 1 bilik 4 compartment. 1 compartment ada 1 meja, kerusi, katil n locker. tandas kat luar. ada cafe dan kiosk.

Mahallah Abu Bakr [ABC]: 10-12 orang. ada ruang study dan katil. ada single and double decker. tandas kat luar. ada cafe dan kiosk.

Mahallah Farimah Az-Zahra [FZC]. 1 apartment ada 3 or 4 bilik, 2 bilik air, balkoni, tempat sidai baju dan ruang study. tak ada cafe, tak ada kiosk.

16. Mahallah/asrama untuk pelajar perempuan macam mana? nak tahu jugak

Mahallah Khadijah [KC]: 1 bilik 4 orang, locker dan, meja study cukup 1 sorang, katil double decker. tandas kat luar. ada cafe dan kiosk. pelajar aed memang duk mahallah ni sebab ada bilik khusus untuk diorang, besarlah untuk lukis-lukis. ada gym. ada tempat sidai baju. ada study room. ada coin laundry. 9 tingkat, ada lif.

Mahallah Zainab Jahsy[ZC]: 1 bilik 4 orang, locker [siap diberi kunci locker], katil double decker. tandas kat luar. ada cafe dan kiosk serta tempat untuk print dan fotostat. ada bilik kat ground floor. ada iron + iron board kat musolla. ada tempat sidai baju. ada coin laundry. ada court untuk netball. 4 tingkat, tiada lif.

Mahallah Aisyah [AC]: 1 bilik 6 orang. ada dua compartment. setiap compartment ada dua katil double decker. ada meja belajar dan locker 8 dalam satu bilik sebab katil ada lapan semuanya. ada jugak bilik yang untuk 2 orang je tapi sikit je. ada bilik kat ground floor. ada bilik dry area untuk sidai baju boleh jugak guna ampaian kat bawah kalau rajin. tandas kat luar. ada study room. ada cafe dan kiosk. ada court untuk basketball.4 tingkat, takde lif.

17. Pelajar course ekonomi akan ke mahallah maryam, mana info pasal mahallah maryam?

kepada student econss…jgn lupa bawak langsir..sebab,blok kat mahallah maryam saling menghadap..sister yang dapat blok D memang dekat sngt ngn brother blok e..harap semua dapat ready langsir..serius amat amat diperlukan kat mahallah maryam

mahallah maryam ada 6 blok..dua blok untuk lelaki..4 blok untuk sister..semua katil kat atas, meja study kat bawah kecuali first level..first level katil double decker…satu bilik 8 org..satu compartment 2 org…kalau level 2,3 4 satu bilik 4 org..satu compartment sorg.setiap compartment ada dua lampu..lmpu meja and lampu compartment..x perlu bawak lampu sendiri…

 ni kekurangan kat mahallah maryam,tempat kurang..lelaki perempuan tempat sama je..even tempat basuh baju pon share(yg pakai mesin la)

18. Kalau ada problem isi online biodata form tu macam mana? Salah isi ke? Nak edit?

Boleh pergi ke Admission & Records Department kemudian.

________________________________________________________________________________

Perkongsian emel seorang ibu tentang rayuan anaknya untuk masuk ke UIAscreenshot_2015-12-03-20-27-47

Untitled

357 Responses to “Frequently Asked Questions(FAQ) @ CFS IIUM”

  1. HARID MOHD AMIN Says:

    Assalamualaikum Tn. Kamil. Bulan apa pengambilan 2nd intake utk Asasi Undang-undang dan alamat penuh PIC utk walk-in di CFS ?
    Thanx from HARID

  2. HARID MOHD AMIN Says:

    Skrg sdg struggling contact sana sini utk Asasi Undang-undang anak saya, permohonan UPU Tidak Berjaya.

    Anak begitu meminati Perundangan dan sbg parent, saya cuba apa yg terdaya utk merealisasikan impian anak.

    Truly appreciate your tips n advise. TQ from HARID

  3. assalamualaikum ,nak tanya untuk yg ambil asasi IRK ,apa bidang yg boleh dismbung pada peringkat ijazah nanti??terima kasih

  4. Nur Liyana Says:

    Assalamu’alaikum saudara. Saya lepasan SPM 2016. Saya mendapat 6A3B1D. D dalam subjek matematik modern. Kebanyakkan syarat kos2 di UIA ialah medapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Matematik. Saya mendapat gred A dalam bahasa Inggeris dan berminat untuk meneruskan pengajian asasi bahasa inggeris di UIA. Masa intake pertama, saya tidak berpeluang untuk ke Asasi uia disebabkan gred Matematik saya walaupun dalam bidang asasi b.inggeris. Namun, masih adakah peluang untuk saya menjadi pelajar asasi UIA (intake ke3) dengan gred D dalam mata pelajar Matematik modern…dalam kos b.inggeris? Ada alternatif lain yang boleh saya buat, seperti surat rayuan dll? Ibu masih mengharapkan keajaiban berlaku pada diri saya. Mohon sangat saudara jawab soalan saya.

  5. Waalaikumussalam, Nur Liyana. Kalau memang tak lepas syarat khusus program(Matematik C), memamg tak boleh nak kata apa la. Boleh pergi terus ke Academic Management and Admission Division, UIA Gombak untuk apa2 urusan termasuk rayuan.

  6. Waalaikumussalam, mila. Lepasan asasi IRK boleh sambung ijazah dalam bidang Fiqh & Usul fiqh, Quran & Sunnah, dan Usuluddin & Perbandingam agama.

  7. azlina muzaini Says:

    Assalamualaikum… bagaimana caranya until saya mendapatkan salinas transcript?

No comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: