Antara Amalan Zahir & Batin…

Posted in Motivasi Untuk Kehidupan on 28 January 2012 by Ahmad Kamil

Daripada Abdullah Ibn Utbah, dia berkata bahawa dia telah mendengar ‘Umar Ibn Khattab radiallahu ‘anhu telah berkata:

"Sesungguhnya orang ramai telah mengambil wahyu(sebagai pedoman) ketika zaman hidup Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, dan hari ini wahyu telah terputus.

Pada hari ini, kita menilai kalian berdasarkan amal yang zahir, maka barangsiapa yang secara zahir menampakkan amal yangbaik kepada kita, kita percaya kepadanya dan dekat padanya, dan bukan urusan kita apa yang tersembunyi daripadanya kerana hal itu telah menjadi urusan Allah Ta’ala dan Dia yang akan menghitungnya.

Barangsiapa yang secara zahir menampakkan amal yang buruk kepada kita, maka kita takkan percaya kepadanya dan tidak membenarkannya sekalipun dia mendakwa niatnya baik."

– Hadis Mauquf, Riwayat Imam Bukhari(2447) –

Soal Jawab: Bagaimana Pupuk Sifat Sabar?

Posted in Soal Jawab on 24 January 2012 by Ahmad Kamil

image

Soalan:
“salam ukhuwah. 

sy cuma ingin bertanya bgmana untuk memupuk sifat sabar dan bgmana berhadapan dgn org yg panas baran? 

sekian,tk.”

— Munirah I

Jawapan:

Salam ukhuwwah kembali. Alhamdulillah, mabruk ‘alaik, atas keprihatinan saudari terhadap sifat mahmudah dan mazmumah, dalam usaha memperbaik keperibadian diri. Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan kita kekuatan ke arah memperbaik akhlak dan sikap kita.

Read more »

Top 10 Most Popular Posts of My Blog…

Posted in Berita & Makluman on 24 January 2012 by Ahmad Kamil

I’ve been looking back over my traffic stats to see what’s interesting to you, my blog reader.  You also seems to really like lists, so here’s another — a rundown of the top 10 posts published on my blog since it’s exist on July 2008 until this month (updated monthly):

  1. Centre For Foundation Studies, IIUM…
  2. Berbakti Kepada Ibu Bapa
  3. Antara Suka, Cinta dan Couple
  4. Result UPU – Pendedahan Eksklusif!
  5. Mengingati Hari Kiamat – Bahagian 1
  6. Siapa Itu Moammar Gaddafi?
  7. Add Math: Antara Susah & Sikap Kita
  8. Malaysia – Exam-Oriented Nation?
  9. Solat Berjemaahlah Wahai Kaum Lelaki!
  10. Carta Top 30 Memoriku Di SMKAA (3)

Thanks a zillion for those who keep visiting my blog. Hopefully, this blog will always benefits to all of you. I welcome feedback from the visitors in order to help me improve this blog.

Tinta Nasihat Daripada Insan Biasa…

Posted in Motivasi Untuk Kehidupan on 21 January 2012 by Ahmad Kamil

Berikut adalah 3 nasihat daripadaku yang hanya insan biasa, yang pastinya ia untuk diriku sendiri, juga untuk antum. Nasihat ini dipetik daripada my latest status update di Facebook. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.

1. Perihal Kesalahan – Urusan peribadi dan orang awam
Jangan senang dan cepat dedahkan aib peribadi orang, yang mana mungkin orang berkenaan telah pun bertaubat dan telah pun dihapuskan dosanya oleh Allah ‘Azza Wa Jalla.

Silap2 hari bulan kita pula yang mendapat dosa atas pendedahan kita yang kita sangka kita jadi jaguh dan berasa lebih baik daripada orang berkenaan.

Bezakan antara aib peribadi dan kesalahan yang melibatkan orang awam!

Read more »

Pandangan Peribadi Berkenaan Isu Semasa…

Posted in Isu Semasa on 15 January 2012 by Ahmad Kamil

Hah. Teringin pula aku ingin ‘mengulas’ beberapa ‘isu semasa’ yang menjadi perhatian ramai dalam minggu ini.

Ia sememangnya hanyalah pandangan peribadiku berdasarkan ilmu, pengalaman dan pembacaanku yang terlalu sikit, dan pastinya ia boleh diterima dan ditolak.

1. Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Aku memang sebenarnya malas nak ulas pasal kes ini sejak awal ia ditimbulkan pada tahun 2008. Namun, keputusan yang diumumkan pada 9 Januari lepas menimbulkan banyak tanda tanya. Adakah ini juga satu ‘konspirasi’?

Read more »

Hakikat Pelajar dan Gred ‘A’…

Posted in Cetusan Pemikiran on 14 January 2012 by Ahmad Kamil

image

Terlintas dalam benak pemikiranku untuk mencoretkan tentang suatu perkara yang diri ini merasakannya ‘penting’ untuk difahami dan menjadi ingatan bagi diri kita yang bergelar pelajar. Walaupun artikel sebelum ini ada menyentuh tentangnya, namun daku kira ia tidak disentuh secara details dan specific.

Hakikat dalam realiti kehidupan hari ini, ‘pelajar’ dan ‘peperiksaan atau ujian’ tak dapat dinafikan sebagai mempunyai ‘hubungan yang erat’. Tatkala menyebut ‘pelajar’, maka ‘peperiksaan’ merupakan tajuk kegemaran ramai untuk diperbualkan.

Read more »

Semester Akhir di CFS IIUM…

Posted in Coretan Kehidupan on 11 January 2012 by Ahmad Kamil

Logo CFS

InshaAllah, semester 3, 2011/2012 yang mana kelas secara rasmi bermula telah bermula pada hari ini, merupakan semester terakhir buat diriku di Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia, di kampus Petaling Jaya, Selangor. Bulan Mei nanti, cukup 2 tahun aku sebagai pelajar CFS IIUM.

Walaupun 2 tahun dilihat orang sebagai tempoh masa yang lama, zahirnya memang nampak lama, berbanding pelajar matrikulasi KPM, yang mengikuti pengajian selama 1 tahun, tetapi secara peribadi, aku merasakan tempoh 2 tahun itu bukan satu tempoh yang lama. Bahkan, masih terngiang-ngiang kenangan hari-hari awal aku di CFS IIUM. Sedar tak sedar, dah lebih setahun lebih.

Read more »

Sidang Dewan Undangan Negeri Panas!

Posted in Isu Semasa on 4 January 2012 by Ahmad Kamil

image

Persidangan Dewan Undangan Negeri ‘Diri’ bagi sesi penggal ke-8, tahun 2012 dilihat panas pada hari pertamanya lagi. Ia berikutan bajet tahun 2012 dibentangkan pada hari ini, yang mana ia ditangguhkan kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.

Topik yang dibincangkan ada melalut sehingga masuk ke isu-isu lain yang langsung tak ada kaitan dengan pembentangan bajet tahun 2012. Berikut adalah sebahagian manuskrip yang sempat dicatat:

YAB Iman: Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Yang saya hormati, Yang dipertua dewan undangan Negeri Diri, YB Akal, Sahabat-sahabat sama ada dari pihak kerajaan, mahupun pembangkang, serta hadirin sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Ta’ala atas nikmat dan kurniaNya, dapat kita berkumpul dalam dewan yang mulia pada hari ini.

Read more »

Imbasan Tahun Masihi 2011…

Posted in Coretan Kehidupan on 1 January 2012 by Ahmad Kamil

image

Tahun Masihi 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. Sesungguhnya, tercatat pelbagai peristiwa dalam tahun ini yang bakal menjadi memori dalam diari kehidupan kita di muka bumi Allah ‘Azza Wa Jalla yang sementara ini, sama ada suka mahupun duka, kedua-duanya akan terpahat dalam benak fikiran kita.

Hakitkatnya, terdapat banyak juga perkara yang berlaku pada tahun ini dalam bahtera kehidupanku, yang sudah tentunya bakal terus diingati dalam diri ini. Pengalaman-pengalaman baru yang ditimba sudah pastinya mengajar diri ini perkara baru yang sangat berguna dan bermanfaat dalam meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.

Read more »

Indahnya Sebuah Persahabatan Sejati…

Posted in Coretan Kehidupan on 28 December 2011 by Ahmad Kamil

Pertama sekali, coretan ringkas ni tertulis dalam keadaan aku menikmati hot cup tea bersama twiggies, dalam bilik hotel Flemnington, Taiping yang sejuk ni. Hehe.. Bercuti bersama keluarga tercinta di sini. Bukan selalu cuti-cuti 1Malayisa ni. huhu..

Kedua, aku pun tak faham kenapa aku pilih tajuk ni bagi coretan kali ini. Huhu. Ayat tak ketahuan. Tak mengapalah… Itu soal lain. Tajuk memang penting, tapi kandungannya jauh lebih penting!

Alhamduillah, aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semester,  cuti semester selama lebih kurang 2 minggu. Lama ke? Erm. Entahlah.. Boleh la. Kalau bandingkan dengan cuti semester sebelum ini, kira separuh la. Cuti semester sebelum ini 4 minggu atau sebulan. Tapi yang pastinya, Sabtu minggu depan nak bertolak balik ke kampus dah. Wooo.. terasa dekatnya.

Read more »

Masa: Tak Cukup Atau Kurang keberkatan?

Posted in Cetusan Pemikiran on 24 December 2011 by Ahmad Kamil

Pertama sekali, ingin dimaklumkan bahawa artikel ini ditaip ketika saya berada di atas bas, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Perlis. Dek ‘kesesakan’ lebuh raya utara selatan yang menyebabkan trafik menjadi perlahan, terasa diri ini sukar pula untuk melelapkan mata walau agak letih pada hari ini. Cuma lambat post sebab tak ada broadband ke wireless connection dalam bas ini. hehe..

Baiklah.. kembali kepada perkara asal. Saya pernah diajukan dua soalan yang berkait rapat dengan tajuk artikel ini.

Read more »

Bingkisan Ringkas Buat Calon PMR 2011….

Posted in Coretan Kehidupan on 22 December 2011 by Ahmad Kamil

download

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh…

Pertama sekali, selamat datang ke alam persekolahan menengah atas bagi tahun 2012 yang bakal menjelma kepada calon PMR 2011.. Mungkin kehangatan keputusan peperiksaan PMR yang baru diterima itu masih terasa bagi semua calon.

Sudah pastinya ada yang bergembira dengan kejayaan yang dicapai, rasa biasa sahaja atas keputusan yang dianggapnya biasa dan sudah pastinya ada juga yang sedih dan kecewa kerana tidak memperoleh keputusan seperti apa yang diimpikan.

Read more »

Jangan Berbicara Tentang ‘Politik’!

Posted in Coretan Kehidupan on 13 December 2011 by Ahmad Kamil

image

Ada seorang sahabat mengungkapkan kata-kata yang lebih kurang begini: “Tak best la ‘post’ benda2 yang tak ada kaitan dengan kita ni kan. Rasa tak ada guna je!”. Tatkala aku membacanya, aku masih terfikir, apa maksud tersirat daripada apa yang dikatakannya?

Aku meneka dia maksudkan ‘politik’. Aku bersikap ‘diam’ dan tidak komen apa-apa, hanya tengok komen orang lain. Sehingga ada seorang berkata, “Isu semasa kenalah ambil tahu. Jangan hidup umpana katak di bawah tempurung”. Komen itu membuka ‘pekung’ sebenar apa ‘motif’ post berkenaan apabila dia membalas “Ya la, tapi tak naklah isu yang boleh memecah belahkan kita kan…tak nak isu sensitif la”.

Tambahnya lagi, “contoh yang paling ketara adalah politik. Well.. semua orang ada pendapat masing2. Tapi jgn sampai sebab benda macam ni kita boleh bergaduh. Jangan sampai orang melayu sendiri berpecah belah dan bangsa lain asyik ketika melihat kita”.

Read more »

Soal Jawab: Tak Pakai Tudung Masuk Neraka?

Posted in Soal Jawab on 11 December 2011 by Ahmad Kamil

image

Soalan
Salam abg. ni ade satu bnde musykil. betul ke org yg xpakai tudong confirm masuk neraka?

sye ade tegur sorg pompuan ni. gewdikss la. hehe ni ha die post .
"ko pikir pompuan x pkai tdung,xd adat ker?ko pikir pompuan seksi,x smbhyang ker?ko pikir pompuan melepak,xd maruah ker? heah pompuan ad batas jgak.."
then sy pon tegur la.
"Perempuan yg pakai tudung tak semstinya masuk syurga,
tapi yg tak pakai tudung konfem masuk neraka."
based on ade byk artikel dakwah yg sy tgok sblom ni.
then die start berdebat dgn sy.
last2 die ckp tuhan yg tentukan sape masuk syurga.

Mohon pandangan abg. Tq.

Mohd Akmal

Read more »

Fenomena Gerhana: Suatu Kebesaran Allah. . .

Posted in Isu Semasa on 10 December 2011 by Ahmad Kamil

Daripada Abu Masud Al-Anshari radiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sollallhu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُم

Maksudnya: "Sesungguhnya matahari dan rembulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Dengan kedua ayat tersebut Allah membuat rasa takut kepada hamba-hamba-Nya. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seorang manusia. Kerana itu bila kalian melihatnya, maka solatlah dan berdoalah kepada Allah sampai hilang apa yang menakutkan kalian."

– Hadis Riwayat Imam Muslim(911), An-Nasaie(1490), Asy-Syaukani(6/2999), As-Suyuti(2016) –

* Klik sini berkenaan tatacara melaksanakan solat sunat gerhana

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,145 other followers